Dari sehari ke sehari, Covid- 19 semakin meningkat. Walaupun sudah tiga hari Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, namun masih terdapat segelintir orang awam yang ‘degil’ tidak mematuhi arahan tersebut.

hai assalammualaikum

Covid 19 : Doktor, Nurse Dan Frontliner Pertaruh Nyawa Demi Kita - Dari sehari ke sehari, Covid- 19 semakin meningkat. Walaupun sudah tiga hari Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, namun masih terdapat segelintir orang awam yang ‘degil’ tidak mematuhi arahan tersebut.


Di sebalik kekalutan ini, pihak yang paling terkesan dengan kedegilan orang awam tersebut adalah petugas kakitangan hospital dan frontliner.

Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan rakyat dan negara. Pihak KKM dan semua kakitangan hospital, bertukus lumus merawat pesakit Covid-19 ni.

Perlu berpakaian yang panas, menutup segala badan mereka untuk beberapa jam sehingga tangan kecut, muka berbekas sebab pakai mask. Semua demi menyelamatkan pesakit covid ni.

Kerana kedegilan segelintir masyarakat yang menipu, tak bagitau perkara sebenra, mereka juga boleh dijangkiti. Yes, ada yang dh dijangkiti, nampak tak kesannya, orang yang tak bersalah kena. Orang yang nak merawat dan membantu anda kena. Macam mana kalau mereka sakit, siapa nak rawat pesakit covid ni.

Mereka juga ada keluarga. Mereka juga perlu bertanggungjawab atas kerja mereka lakukan.

Kakak nad, sepupu nad nurse. Dan mereka berhadapan dengan pesakit, contact covid ni. Kalau keadaan tak terkawal, mereka kene kerja lebih masa, dan tidak boleh pulang ke pangkuan keluarga.


Ni sepupu nad. Merayu supaya orang duduk sahaa di rumah. Dengar nasihat PM, jangan pentingkan diri sendiri.. Allah dah bagi kita akal untuk berfikir.


Terima kasih kepada doktor, nurse, frontliner  KKM dan polis. Ya Allah jaga la mereka ketika dalam tugasan. Ku mohon Ya Allah, semoga covid 19 ni berkurangan dan kamo dapat jalani hidup seperti biasa.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. betul tu kak.. sy pun rasa kasihan dgn semua staff KKM.. walaupun sy xda keluarga doktor atau nurse but still kalau wabak ini menjangkiti org sekeliling siapa lagi yg kita nak harapkan utk merawat.. Kalau semua staff burnout, jatuh sakit dan kurg rehat siapa lagi yg nak rawat.. huhu.. sedih dgn manusia yg masih degil.. org lain pun berniaga juga, ada yg tak makan, ada yg takda duit tetapi terpaksa menahan..

    ReplyDelete