Lagi beberapa bulan nak sambut Bulan Ramadan. Banyak hotel telah memperkenalkan menu berbuka untuk bulan puasa nanti. Masing-masing ada tema masing-masing. The Everly Hotel Putrajaya pun tidak ketinggalan untuk memperkenalkan Buffet Ramadan mereka. Tempat yang sangat menari untuk korang berbuka puasa bersama orang tersayang. Makanan yang dihidangkan adalah makanan Melayu dan Thailand

hai assalammualaikum

Ramadan Buffet Rasa Dua Sempadan Di The Everly Hotel Putrajaya - Lagi beberapa bulan nak sambut Bulan Ramadan. Banyak hotel telah memperkenalkan menu berbuka untuk bulan puasa nanti. Masing-masing ada tema masing-masing. The Everly Hotel Putrajaya pun tidak ketinggalan untuk memperkenalkan Buffet Ramadan mereka. Tempat yang sangat menari untuk korang berbuka puasa bersama orang tersayang. Makanan yang dihidangkan adalah makanan Melayu dan Thailand.



Ramadan Buffet Rasa Dua Sempadan Di The Everly Hotel Putrajaya

Tema Rasa Dua Sempadan, para chef di The Everly Hotel Putrajaya memasak hidangan bufet yang sempurna dengan menggabungkan rasa Melayu tempatan dengan masakan asli Thai! Jadi kalau rindu dengan makan Thai, boleh datang ke sini. Memang dari lauk pauk melayu , somtam, toyam, Thai Basil sehingga pencuci mulut, lengkap semuanya.


Antara masakan Melayu, nasi putih bersama lauk yang sedap. Ada ayam goreng, daging kicap, udang, paru sambal, ikan keli masak lemak, ketam masak nyonya dan banyak lagi.


Ikan Bakar dan ikan kukus yang sedap. Cepat je Ikan kukus habis.


Wajib ada mestilah Kambing Panggang Jitra.





Makasan Thailand, Tom Yum Goong, Thai Basil, Rice somtam, Banana crispy dan banyak lagi. Bila nampak kerang, pergh nad terus ambil. Lama tak makan kentang..hehee..





Ada juga satay, nasi impit, ketupat.





Lain makanan yang ada..







Bahagian pencuci mulut, ada kuih, kek, air batu campur, aiskrim dan coklat ar terjun..sedap semuanya.


Harga Buffet Ramadan The Everly Hotel Putrajaya

Mesti korang nak tau harga dia kan.
The Early Bird
Dewasa : RM 78
Kanak-kanak : RM 39

Harga Early Bird boleh dibuat bermula sekrang sehingga 30 Mac 2020.

Normal Price
Dewasa: RM 98
Kanak-kanak: RM49




Buffet bermula dari 6.30 malam dan seterusnya. Semasa makan, akan ada live yang akan menceriakan suasana dengan lagu klasik Ramadan dan Raya.

Everly Hotel Putrajaya juga menganjurkan majlis-majlis peribadi untuk Makan Malam Buka Puasa di Bilik Banquet mereka.

Untuk tempahan boleh call/whatsup 017 209 4619 atau email ke sales.tep@theeverlygroup.com. Mereka juga ada buat special promotion untuk Ramadan room packages. Korang boleh call 03-88922929 atau email ke reservation.tep@theeverlygroup.com.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Last gi putrajaya masa zaza kecik hehe...nanti kalau dtg sana lagi boleh la zaza singgah mai makan situ

    ReplyDelete
  2. Banyaknya makanan yang ada ni. Macam macam pilihan yang ada. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi berbuka kat sini sb jauh dr rumah. Kalau ada area sana boleh le cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Bestnya dpt makan buffet time ramadhan ni kan.. Moga virus ni cpt berlalu la.. Risau keadaan skrg nk keluar rumah.

    ReplyDelete
  5. Sekarang rindu kat ramadan review pulak, all the food looks so delicious.

    ReplyDelete
  6. Ok. Fine. Sekarang tengah lapo. Tengok makanan semua dah bernyanyi perut.

    ReplyDelete