Berbuka dengan Bubur Berlauk Jims Porridge yang beraneka jenis lauk.

hai assalammualaikum

Bubur Berlauk Jim's Porridge Aneka Jenis, Sedap Dan Mengenyangkan - Bulan puasa ni, bila takda bazar, memang kena masak jela. Tapi haritu, nad selsema, badan tak berapa sihat, suami pulak sakit gigi, teringin nak makan bubur. Nak masak tak larat. Lepas tu ternampak pulak Kak Nina dan Kak Julia Johari post diaorang berbuka puasa dengan bubur berlauk Jim's Porridge. Ya Allah, macam tau-tau je nad teringin bubur, tengok buburnya penuh, aneka jenis lauk pulak tu. Esoknya terus nad order bubur berlauk Jim's Porridge ni, order online je senang dekat https://jimsporridge.oddle.me/en_My, terus diaorang delivery sampai rumah.


Alhamdulillah, sampai dekat rumah dengan keadaan bubur masih panas. Masa tengok gambar macam kecik je, tapi rupanya portion dia besar. Bagusnya, lauk atau topping yang kita pilih tu dia asingkan. Jadi takdela bercampur dan topping dia masih segar dan sedap.  Masa terima tu, bau dia memang menduga tau..hahaa..Bau dah sedap apa lagi kalau makan nanti..hahaha..


Bubur Berlauk Jim's Porridge Aneka Jenis

Ni rupa asal bubur nasi biasa. Kalau korang nak baisa pun boleh, dalam ada ayam atau daging. Tapi mestila nak berlauk juga biar tambah sedap bubur tu kan. Dekat Jim's Porridge ada 12 ramuan atau 'lauk' yang berbeza bersama dengan bubur yang korang boleh cuba.


Antara lauk yang ada, kentang goreng, telur masin, kacang, ikan bilis, ikan masin lobak manis, udang goreng rangup, tempe goreng, halia goreng, lala lobak manis, sambal paru, kerepek peria dan sotong lobak manis. Setiap lauk ni korang hanya tambah RM1 sahaja.


Untuk Ramadhan ni, diaorang ada Ramadhan Combo, mana dapat 15% off diskaun dari total harga untuk setiap pembelian minima 3 unit mana-mana Bubur Berlauk set. Jadi, sebab ada diskaun nad pilih Ramadhan Combo ni. Nad pilih bubur berlauk Set A, Set B, Set C dan Set E. Sebab ingat portion dia kecik tu order 4 bubur. Rupanya portion dia boleh makan untuk dua orang...hehee. Tapi nasib baik sedap, anak-anak pun suka.

Ok, meh nad tunjuk apa lauk yang ada di set-set ni.
Set A - Bubur Berlauk, dengan ikan masin lobak, kacang, udang, kentang dan telur masin
Set B - Bubur Berlauk dengan kentang, telur masin, udang, kacang dan lala lobak
Set C - Bubur Berlauk dengan paru, peria, ikan bilis, telur masin dan kacang
Set D - Bubur Berlauk dengan paru, halia, tempe, telur masin dan kentang
Set E - Bubur Berlauk dengan sotong lobak, ikan bilis, peria, kacang dan telur masin.


Masa nak dekat berbuka tu, baru nad letak topping atas bubur.


Bagi nad semua sedap, dan paling sedap adalah Set C, sebab ada paru..ehhe.. Serius memang sedap sambal paru dia. Memang berbuka makan Bubur Berlauk Jim's Porridge ni kenyang sangat.

Macam anak-anak tak habis, nad masukkan dalam peti ais, dan masa sahur panaskan dengan microwave. Bekas dia boleh masukkan dalam microwave.

Nak makan bubur tak semestinya waktu sakit, bila korang dah rasa nak makan bubur, dah jemu dengan makanan biasa, boleh je order bubur ni.


Ok korang kalau nak tempah boleh klik link https://jimsporridge.oddle.me/en_My.
Waktu Tempahan :- Isnin - Ahad ( 11 pagi - 4 petang) ⁣
Lokasi penghantaran : Selayang, Gombak, Setapak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Keramat.
 ⁣
Jim's Porridge ada kios tau! So korang boleh laaa datang ke KIOSK tapau / take away menu-menu pilihan korang. Kiosk dibuka setiap hari dari jam 11am - 8pm⁣
 ⁣
Lokasi kiosk⁣
- Kiosk 1 : Ground Floor Busana@Menara MARA ⁣
- Kiosk 2 : walkway Jakel (sebaris dengan kiosk chatime)⁣
 ⁣
Nak tau lebih lagi boleh layari
IG: https://instagram.com/jimsporridge
FB: https://www.facebook.com/jimsporridge/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

17 comments so far,Add yours

  1. lazat nmpknya BUBUR BERLAUK JIM'S PORRIDGE...adik ada inform juga aritu...nanti bole la try order utk berbuka puasa

    ReplyDelete
  2. aduh! sedap nyer bubur berlauk tu, Nad.
    nampak telur asin tu, aduh, sgt menjemput.
    lumayan ekk bubur nyer. berbaloi la jims porridge ni.

    ReplyDelete
  3. lama tak makan bubur berlauk. selalu kalau teringin pinkat kg baru tu. pkp ni boleh la order online je

    ReplyDelete
  4. Mengoda gile bubur dia, penuh semangkuk, memang puashati leee makan tu kan...kat JB tak de ek..pless laaa sampai JB yaaaa

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nad. Kita suka sangat dengan bubur. Meriah betul bubur dia tu ye. Memang puas makan tengoknya tu..

    ReplyDelete
  6. macam2 lauk dia, mesti sedap. saya minat juga makan porridge macam ni. selalu kalau menginap di hotel, saya terjah dulu bubur dia

    ReplyDelete
  7. Tengok ramai makan bubur jim's ni semua cakap sedap. Lauknya pun banyak, puas hati kalau makan dengan harga yang berbaloi macam tu.

    ReplyDelete
  8. Amboiiii, sedapnya... saya paling minat yang Set A - Bubur Berlauk, dengan ikan masin lobak, kacang, udang, kentang dan telur masin... perghhhh, kalau dapat tu, dah tak perasan MIL lalu kat belakang tu... hehehehe... selambak ye lauk-pauknya... memang berbaloi...

    ReplyDelete
  9. Memang sedap bubur berlauk ni. First time kak ana cuba dan kena sangat dengan selera akak.

    ReplyDelete
  10. Boleh cuba beli untuk berbuka nanti...

    ReplyDelete
  11. Dah lama usha jims porridge ni tapi sebab tak terorder pun.. ni dah tengok terus rasa nak order nanti. Tgk lauk pauk dia banyak...

    ReplyDelete
  12. Bedtnya dpt mkn bubur dah lama xmkn bubur berlauk tentu sedap Bubur Berlauk Jim's Porridge ni mcm2 jenis lauk plk tu

    ReplyDelete
  13. Adoi terliurnya tengok bubur Jim porridge ni. Suka sangt bubur berlauk dari bubur kosong. Nak makan pun rasa berselera skit.

    ReplyDelete
  14. Baru perasan yang Rawlins tak makan bubur lagi ramadhan nie. Nak order jauh plak kan. Dia buat delivery tak? Hehe

    ReplyDelete
  15. ya ampun macam2ada..semuanya nampak sedap..terus tiba2 teringin nak makan..nanti nak order la hehehe

    ReplyDelete
  16. Wah mcm2 bubur ada ya... Bagusla ada produk cmni sbb bg anak yg xselera makan nasi ke apa.. Boleh try bubur cmni juga kan

    ReplyDelete
  17. Wahhh semua macam sangat sedap, rasa nak makan bubur nasi with telur masin.

    ReplyDelete