Kalau sebelum ni, beg diisi dengan barang seperti dompet, makeup, kunci dan lain-lain lagi yang rasa perlu dibawa, sekarang disebabkan wabak covid, beg perlu ditambah lagi untuk diisi benda yang lebih penting. Mungkin ada beberapa barang sebelum ni yang kita bawak perlu dikeluarkan dan diganti dengan baru. Apa barang yang patut ada dalam beg norma baru ni ye?

hai assalammualaikum

6 BarangYang Patut Ada Dalam Beg Norma Baru PKP - Bawa beg ni bukan sahaja aset tapi memudahkan untuk mengisi barang tanpa perlu pegang barang tersebut. Bila ada beg ni masuk je dalam beg, dan bawa je ke mana-mana, tak kira la pergi tempat kerja, pergi kelas atau pergi jalan-jalan. Kalau sebelum ni, beg diisi dengan barang seperti dompet, makeup, kunci dan lain-lain lagi yang rasa perlu dibawa, sekarang disebabkan wabak covid, beg perlu ditambah lagi untuk diisi benda yang lebih penting. Mungkin ada beberapa barang sebelum ni yang kita bawak perlu dikeluarkan dan diganti dengan baru. Apa barang yang patut ada dalam beg norma baru ni ye?



6 BarangYang Patut Ada Dalam Beg Norma Baru PKP

Hah ni antara 6 barang yang patut ada dalam beg norma baru korang.


1) Facemask - Benda yang paling penting kena ada dalam beg kita. Lebih baik bawak lebih facemask, mungkin kita akan tanggalkan mask yang guan dan perlu guna mask yang baru.

2) Hand Sanitizer - Hand sani ni pun kena ada dalam beg kita. Kita akan gunakan sanitizer ni setiap kali kita nak menyentuh sesuatu permukaan. Yela kadang ada hand sanitizer dekat luar yang disediakan tak sesuai dengan tangan kita.

3) Telekung dan sejadah - Kalau sebelum ni, kita boleh guna sejadah dan telekung dekat surau yang disediakan, tapi sekarang kena bawak sendiri. Tak boleh berkongsi perlatan peribadi sebab tak tau siapa yang ada covid nanti.


4) Pen - Tiba-tiba benda ni penting ok. sekarang nak pergi mana-mana kene catit nama dan no telefon di tempat yang disediakan. Pen yang disediakan semestinyadah disentuh ramai orang. Rasa was-was lebih baik bawa pen sendiri.

5) Tisu basah - Macam nad dah biasa bawak tisu basah sebelum-sebelum ni. Jadi tisu basah ni memang penting ya untuk lap permukaan yang disentuh atau rasa nak bersihkan tempat tu dulu.

6) Plastik Sampah - Hah, mumgkin pelik kenapa plastik sampah. Yela, lepas guna tisu basah dan mask yang dah tak digunakan, kena la buang denagn elok, bukan buang merata-rata. Dari nak mencegah, kalau buang merata sama je nak bagi orang terkena covid. Lagipun kenala jadi orang yang bertanggungjawab sikit. Buang mask atau tisu dengan cara yang betul.

Mungkin macam makeup, patut dikurangkan, yela dah pakai mask, nak pakai makeup confirm tak nampak..hehee..bahagian mata je..ehhe


Beg pulak, dari sederhana, pakai beg besar..hehehe.. Lainla kelaur sekejap je, bolehla pakai beg kecik, kalau keluar lama, siap nak solat semua, hah beg besar terus.

Nad pun sekarang pakai beg sandar belakang,beg sekolah tu..hehee..Beg new norma..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

15 comments so far,Add yours

  1. Yeah kan. Sekarang ni pen memang penting. :) mana-mana kamu pergi mesti memerlukannya. :D

    ReplyDelete
  2. betul la new norma. tambah yg ada anak kecik kami siap bawa beg balik kg sekali haha

    ReplyDelete
  3. facemask sy ltk dlm kete je..
    sanitizer wajib dlm beg! aritu tertinggal sanitizer rs mcm xlengkap idup..
    tkot nk kuar dr kete.. hahaha..
    dh boleh terima ngn norma baru ni..

    ReplyDelete
  4. Hai kak Nadia, assalamualaikum... Aaaaaaa terima kasih mengingatkan! Kalau tak ada keperluan mendesak, memang #stayathome aje kite ni. Tapi esok cadang nak keluar beli barang keperluan diri, hopefully tak lupa la mask and pen. Walaupun rasanya banyak yang akan sedia hands sanitizer pastu check suhu sebelum masuk satu satu kedai, and just scan QR code. Takpelah, moga semuanya baik-baik saja untuk kita semua insyaAllah. Stay safe! ♥

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana berkongsikan info ini..

    memang ada logiknya dan cara begini jauh lebih selamat untuk prevent dari terkena covid-19

    ReplyDelete
  6. Nice info. Memang wajib ada semua tu sekarang dalam handbag

    ReplyDelete
  7. Wah...yesza plastik sampah. Never come into my mind.thanks Nad

    ReplyDelete
  8. The new normal yang alah tegal perkara biasa.

    ReplyDelete
  9. tu la tu,beg makin besar ni ni hehhehe

    ReplyDelete
  10. Makin gemuk beg.. Padahal memang dah sedia gemuk pun.

    ReplyDelete
  11. Betul...ni lah barangan yang wajib ada dalam handbag...lebih prepare untuk cegah wabak ni. #KitaJagaKita

    ReplyDelete
  12. Betul sangat2. Barang dalam beg semakin bertambah dah...utk keselamatan

    ReplyDelete
  13. betul. semua ni penting untuk dibawa ke mana-mana

    ReplyDelete
  14. Plastik sampah tu tak bawak. Yg lain bawak ke opis. Telekung memang tinggal kat opis

    ReplyDelete
  15. Beg saya pun sama.. saya juga bawa hand gloves sebab saya ni suka sentuh sini sana

    ReplyDelete