Mudah dan senang untuk tambah wang ke dalam ASB menggunakan myASNB

hai assalammualaikum

ASB Online ( Myasnb ) : Cara Tambah Simpanan ASB Melalui Transfer Di myASNB - Selama ni nak tambah duit dalam ASB nad selalu pergi pejabat pos, sebab alang-alang nak bayar duit bil, jadi tambah sekali ASB dekat situ. Pernah ada kawan cakap boleh transfer melalui maybank dan bank online lain, tapi sebab dah alang-alang nak pergi pejabat pos kan, so buat jela situ. Katanya kalau buat dekat bank online kene tolak, mayb sebab tu nad malas buat kot..hahaa. Lepas tu ada kawan belajar ni, memnag kitaorang ada group whatsup. Ada sorang kawan cakap, boleh ke transfer duit dekat ASB. Sorang kawan ni bagitau, boleh, guna myASNB. Nad pun baru tau..nad google, benda ni dah lama rupanya, tapi tu la, tak godek kan.


ASB Online ( Myasnb ) : Cara Tambah Simpanan ASB Melalui Transfer Di myASNB

Lepas kawan tu buat, tanya dia, masuk tak duit dalam ASB tu, dia kata masuk. Hah takdela was-was.Yela duit kita kot, kang takut ke tempat lain..hahaa. Dan menariknya, kalau melalui bank lain, ia ambil masa beberapa hari, tapi melalui myasnb, duit masuk terus ke dalam asb kita. Tak kena caj apa-apa pun. Nampak tak nad punya risau ni. Lepas tu, dia bagitau la cara-cara nak transfer tu.


Sebelum tu, kene daftar dulu myASNB tu. Klik https://www.myasnb.com.my/  . Kalau belum daftar kene daftar dulu. Macam nad dah daftar dah.

Lepas tu Log in akaun untuk masuk dalam myASNB.


Kemudian, pergi ke Amanah Saham Bumiputera, sebelah dia ada perkataan transaksi. tekan transaksi tu.






Lepas tekan transaksi akan keluar seperti dalam gamabr. Tekan Pelaburan Tambahan





Lepas tu baca apa yang ditulis, kemudia tekan tick dekat kotak kecik tu.


Lepas tu nad rasa dia akan tanya satu soalan, nad lupa nak screenshot.


Kemudian keluar seperti ini. Tulis jumlah duit yang korang nak masukkan. Minimum RM100. Tak boleh bawah RM100.


Hah, nanti keluar details semua. Lepas tu untuk transfer duit dekat myASNB ni guna Bank FPX. Bawah tu bank yang boleh dibuat untuk pemindahan duit di myASNB. Macam nad maybank2u.

Lepastu tekan tick, menandakan anda bersetuju dan paham.

Kemudian, dia akan pergi ke maybank2u dan masuk macam biasa.




Dah selesai, tadaa, siap dah. Dapat resit transaksi successful.

Nanti dia akan bagitau dekat phone juga, yang korang ada buat transaksi dekat ASB.

Senang kan. Tu la nad pun baru tau. Mesti korang dah lama tau..hahaa. Nad je terlambat, tapi takpela, nad buat entry ni untuk nad juga. Takut lupa..hehee..

So lepas ni tak perlu beratur bagai dah, isi borang ke apa, takda tolak caj transfer..kihkih..

Nanti korang pergi home, tengok duit terus masuk dalam ASB korang.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

10 comments so far,Add yours

  1. Baru tahu boleh rupanya.. senang nak transfer gaji.. hehe

    ReplyDelete
  2. Simpan kat Asb paling selamat buat masa ni.

    ReplyDelete
  3. Boleh eik.. selama ni pi bank terus je. Dah la bsn jauh.

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing. This is really useful for those who invest in it.

    ReplyDelete
  5. Tq Nad , nanti nak masuk duit k.sal refer sini je tau

    ReplyDelete
  6. Lama betuk tak tambah simpanan asb😅 apa khabar agaknya akaun asb daku

    ReplyDelete
  7. Thank you share nad. Lama dah tak tambah asb guna online

    ReplyDelete
  8. nice sharing..mungkin rmai jgk xthu bab ni mcm ida..hehehe

    ReplyDelete