nad suka beli daging kambing yang jenis frozen, lepastu siap dengan perapan. Senang, nak makan cairkan sekejap, dan terus masak. Lagi best siap ada sos dia, takyah buat..hahaa. Korang kalau teringin nak makan kambing bakar frozen siap perap ni boleh order dengan kambing bakar delivery ni

hai assalammualaikum

Kambing Bakar Frozen Pomo Siap Perap Dari Kambing Bakar Delivery - Siapa tak suka makan kambing oii. Kalau nampak daging kambing dekat sesuatu majlis, mesti cepat-cepat ambil. Laku keras daging kambing ni, sampai sanggup beratur panjang, sanggup tunggu nak makan. Bukan selalu dapat makan kambing. Tapi waktu sekarang, nak makan mestilah buat sendiri kan, tapi kalau malas, order je..hehehe. Tapi nad suka beli yang jenis frozen, lepastu siap dengan perapan. Senang, nak makan cairkan sekejap, dan terus masak. Lagi best siap ada sos dia, takyah buat..hahaa.


Kambing Bakar Frozen Pomo Siap Perap Dari Kambing Bakar Delivery

Korang kalau teringin nak makan kambing bakar frozen siap perap ni boleh order dengan kambing bakar delivery ni. Nad dah order, dua bekas sebab tau sebekas mesti tak cukup punya..hehee. Lagipun dah lama tak makan daging kambing, bila tau kambing bakar delivery ni siap perap terus dapatkan.


Masa dapat tu, bau dari luar pun dah sedap. Bau perapan dia tu, menusuk ke hidung tau, buat kita tak sabar nak makan.Perapan dia dari madu, gula, kicap, halia, sos tiram, bawang putih dan lada hitam. Makanan yang diperap lama ni lagi sedap. Sebab tu senang belikan yang dah siap perap, kalau buat sendiri, lama betul nak perap semalaman..haha.

Dapat je terus masak dan makan sama-sama keluarga. Daging kambing ni sekali ada extra sos boleh dibuat lumur sebelum/semasa/selepas grill.



Daging kambing bakar frozen ni Daging Premium Lamb Shoulder import dari Australia. Memang 100%  daging kambing guna bahagian bahu takda campur lain. Kitaorang nikmati daging kambing ni dengan sedap sekali. Paling best, daging ni sangatla lembut dan empuk, takde liat mana pun. Anak-anak pun suka, berebut kitaorang..hahaha. Daging kambing ni takde bau hamis, rasa daging kambing yang sungguh menyelerakan. Makan dengan sos yang dibagi tu, fuh, terangkat kau..hahaha..Sos dia pun sedap.


Kambing Bakar Frozen Siap Perap Senang Dimasak dan Sedap

Daging kambing bakar frozen ni sesuai dipanggang atas arang , magic pan , grill pan dan kuali non stick

1- Nyahbeku terlebih dahulu ⁣
2- Panggang dalam GRILL PAN dengan Api yang kecil sehingga Halfcook atau Garing ( Ikut kesukaan anda) dari 7-9 minit ⁣
3- Salut extra sos yang diberi pada keseluruhan Lamb , Sebelum/Semasa proses panggang dilakukan ( SGT REKEMEN SALUT EXTRA SOS KETIKA LAMB DAH HALF COOK )⁣



Masak Atas Arang Batu
- Nak rase lagi power , (Ini style bakar atas arang) ⁣
- Panggang lamb sehingga medium rare/halfcook kemudian keluarkan lamb dan letakkan dalam mangkuk berasingan , masukkan sos tambahan yang diberi dalam mangkuk , ⁣
- kemudian gaul lamb yg telah bercampur dgn sos tadi , panggang semula dalam 10-15 saat dan siap dihidang .⁣
 ⁣

Daging kambing bakar frozen ni boleh dimakan dengan macam-macam cara. Nak makan dengan nasi, nak ratah macam tu pun je boleh. Nak lagi macam kedai, boleh hidangkan dengan sayur salad, kentang lenyek (mashed potato), kentang goreng (french fries), salad, coleslaw, jagung bakar, pergh telan aiu liur dah..hehee..

Kalau nak buat majlis kecil-kecilan, atau nak sambut hari istimewa, nak makan kambing, hah order kambing bakar frozen siap perap ni. Dijamin sedap dan puas hati.


Area delivery: Meru , Bukit Kapar , Setia Alam , Aman Perdana , Klang , Shah Alam , Damansara , PJ ( lain-lain tempat area KL atau mana-mana pun boleh, tapi wahtsup dahulu ya,boleh bincang )⁣
 ⁣
Minimum order 2 bekas tak termasuk caj penghantaran.


Bolehla order dengan kambing bakar delivery ni kalau korang nak.
Facebook: https://www.facebook.com/kambingbakordelivery
Instagram: https://www.instagram.com/kambing_bakar_delivery
Contact: 0182744542.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

28 comments so far,Add yours

  1. Wahhh..kambing perap feveret IQ! Baru jer makan kambing perap tadi. Tringin nak try yang ni plak

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak kambing bakar ni Nad...akak ni memang fan kambing bakar...hihi

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan daging kambing. Makan yg bakar saja dah sedap. Boleh cuba nanti ni.

    ReplyDelete
  4. Fuhhh, mudah sangat ada yang frozen macam ni. Tak renyah nak sediakan bahan perap. Sesekali kena standby yang frozen juga bila tepu idea nak masak kan 😁

    ReplyDelete
  5. Merecik rupa paras kambing tu. Tapi ai tak makan kambing pula..

    ReplyDelete
  6. Wow bagusnya dapat makan kambing bakar delivery. Sedap!

    ReplyDelete
  7. wahhh sedapnya.. bila teragak terus je boleh bakar. tak payah la nak pergi pasar raya beli daging kambing. lepas tu buat sos perap.. tunggu lagi.. mudah dah sekarang

    ReplyDelete
  8. aduuuhhh... terliur sgt ni. awat nampak sangat sedap. kita suka tau lamb perap ni. mudah lah ada ready

    ReplyDelete
  9. Berkeroncong plak perut petang2 ni. Marina suka sangat makan kambing bakar

    ReplyDelete
  10. Saya tak minat makan kambing tapi family saya sangat suka.boleh la beli untuk diorang.

    ReplyDelete
  11. Aduii terliur pulak kambing bakar tu. senang la ada macam ni tinggal bakar je. rasa mesti sedap jugak ni. macam boleh cuba je ni.

    ReplyDelete
  12. Part gelap bahagian yang dibakar tu nampak menyelerakan... dengan sos yang buat kecur lidah lagi tu... peminat kambing bakar sure suka punyalah... saya tak boleh makan, allergic red meat... but I'll recommend to others, definitely...

    ReplyDelete
  13. baca ayat first tu, sayalah antara orang yang tak makan kambing. pernah sekali nak cuba, tapi terus rasa mual2 mcm nak muntah. tapi mak dengan ayah saya memang suka makan kambing. bolehlah nanti saya share dengan diorang. :)

    ReplyDelete
  14. Ooo sama laaa dengan perjiranan Sis sini ada jual, tapi Sis tak beli..nampak Nad review ni, terus rasa kecur plak...nak try laaa nanti, harap masih ada stok..

    ReplyDelete
  15. Wah sedapnye, kami mmg suka makan kambing grill, nnt boleh cuba oder dekat sini pulak nampak menarik jer nih

    ReplyDelete
  16. Mak aihhh.. sedapnya kambing bakar tu. Terliur kita ni haaa. Saya penggemar kambing heee. Kalau dekat, dah lama order ni.

    ReplyDelete
  17. Bedt tu dpt mkn kambing bakar yg dah siap diperap cuma tggl membakar ajer, dah lama xmkn

    ReplyDelete
  18. Lama tak makan lamb grill gini. Haish terliur plak kita tengok. Nak masak pun mudah, berbaloi gak beli ni

    ReplyDelete
  19. Alamak..
    Ni pun dah bikin terliur dipagi hari ni. Hahaha
    Adeh nad..
    Sedapnyaa..

    ReplyDelete
  20. Kambing Bakar!!! sis suka makan kambing aummm boleh lah order ni sebab semua dah perap siap cuma bakar kat rumah jer.

    ReplyDelete
  21. fav kita ni wak... adududu.. dapnyaaaa

    ReplyDelete
  22. Oh yumsss! sis pun suka makan kambing bakar ni lagi senang dah siap perap cuma kena bakar jer dah boleh makan.

    ReplyDelete
  23. Sedapnya la hai kambing ni. Fav betul la. Nanti nak contact penjual ni. Hehehe

    ReplyDelete
  24. Wah sedapnya kambing bakar, senang kalau bebila rasa nak makan order macam nie ja kan..

    ReplyDelete
  25. sedapnya kambing bakar. mommy bakar guna air fryer je sonang

    ReplyDelete