Beef Lamb Chop bersoskan Blackpepper yang sedap dan mudah

hai assalammualaikum
 
Beef Lamb Chop Bersoskan Blackpepper - Western time!! Haritu ada dapat beef lamb, jadi kita buat lamb chop la. Beef lamb ni dapat dari supremefrozen.store. Dekat sini macam-macam jenis seafood ada, king crab pun nad beli dekat sini. Kalau nak dapat free shipping, berbelanja RM180  ( KL dan Selangor ) RM200 ( Outstation ). Macam-macam ada, salmon, beef, udang galah, sotong, macam-macam lagi la korang boleh tengok.
 


Ni la dia beef lamb chop, gril je dah siap. Sos blackpepper pun senang buat. Sayur rebus je, sedap makan begitu sahaja..hehehe..beef lamb dia besar, daging lembut je. Sesekali masak western kat rumah, boleh buh banyak-banyak kan.
 


Video ni nad buat step by step beef lamb chop.  

Bahan masak beef
- Beef lamb
- perapan daging
- Bawang putih 3 ulas
- Daun rosemary
- Butter

Cara memasak beef lamb
- Daging perap dengan perapan daging. Taknak pakai perapan pun boleh, just lumur denagn lada hitam dan garam. Perap lama sikit biar perapan meresap dalam daging. Baru sedap
- Cairkan butter dalam periuk grill
- Masukkan bawang putih dan daun rosemary.
- Kemudian masukkan beef lamb. Caranya 2 minit sebelah , 2 minit sebelah.
- rasa puas hati boleh angkat dan ketepikan.

Sayur
- Kentang
- Brokoli
- Lobak

Cara masak sayur
- Rebus semua sayur dalam satu periuk dan letak garam sedikit.
- Gaul dan biarkan sampai semua sayur lembut.
- Dah siap, toskan dan letak di pinggan lain

Sos Blackpepper
- 4 kotak Campbells crem of mushroom
- air
- sos lada hitam Mahsuri

Cara membuatnya
- Masukkan setengah air dalam periuk
- Masukkan 4 kotak Campbells mushroom dan gaul
- Kemudian masukkan sos lada hitam Mahsuri, letak setengah botol dan gaul sebati
- Kemudian masukkan lada hitam bagi tambah pedas sikit.
- kacau sehingga masak..kuah pekat dan likat..aummmm
- Tak perlu tambah perisa lain dah.

Selamat mencuba
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. sedapnya Nad..Pandai Nad buat.Kalau akak ni memang cari restoran je la.hahah

    ReplyDelete
  2. Cayalah Nad.. menu western mcm makan kat restoran dan hotel la..

    ReplyDelete
  3. sedap yer! resepi pun mudah, boleh la try buat sendiri kat rumah

    ReplyDelete
  4. Sedap nampak daging perap tu kak nad, senang je rupanya nak buat 😍😍

    ReplyDelete
  5. Craving for western lah. Tapi kalau beli makan kat rumah macam dah tak best. Buat sendiri takut tak sedap pula. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Wow! Nampaknya memang sedap lar. :D

    ReplyDelete