Anak hisap ibu jari kaki, nak adik ke?

 hai assalammualaikum

Farhanah Mula Dah Gigit Ibu Jari, Tu Maknanyaaa - malam tadi, masa nak tidur, nad perasan satu yang selama ni nad tak pernah nampak Farhanah buat, tapi malam tadi buat. Dari dia baby sampai besar memang tak pernah dia buat, malam tadi pertama kali dia buat. Farhanah gigit ibu jari dia..hah!!, adakah tu maknanya dia mintak adik..hahahhaa. Farhanah pun dah nak masuk 3 tahun. Itula orang selalu cakap, asal anak gigit ibu jari, mesti nak adik. Eh, nad tak percara bulat-bulat pun, hahaha. 


Nad ada baca, bila anak hisap ibu jari ni, otak dia sedang berkembang. Setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu. Hah macam tu la. Mungkin malam tu dia tengok kaki dia ada something kot..hahaha. Tu tiba-tiba rasa nak gigit.


 

Soal tambah anak..ermmm..

Buat masa sekarang, nad dengan suami masih tak berfikir nak tambah lagi seorang. Dua ni pun dah cukup dulu. Lagipun dengan keadaan sekarang, kewangan kena stabil dulu. Dua orang ni pun, perlukan duit banyak. Mungkin orang lain nak suruh tambah sebab dua anak nad ni perempuan.

Bagi nad, tak salah pun kalau anak perempuan. Dua-dua datang dari sperm bapak dia juga..hahaa. Nak anak lelaki, tu kerja sperma lelaki la. Bukan kita boleh mintak, " hai sperma sila hasilkan anak lelaki ye". Mungkin kita dah usaha, tapi tak dapat lagi. Bukan dah putus asa, ekonomi sekarang belum mengizinkan untuk menambah. Memang kitaorang rancang nak dua anak dulu.





Buat masa sekarang, nad memang tumpukan dekat dua orang ni dulu. Nad nak rehatkan badan. Jarang diaorang pun dua tahun lebih. Dari lahirkan Fariza, sampaila Farhanah, badan nad pun tak pernah berehat lagi. Dari susukan si kakak, sampailah sekarang masih susukan adik, tak berhenti lagi susu badan ni. Terlalu penat. Ni pun tengah ajar adik slow-slow berhenti susu badan.

Mungkin orang cakap,"ala baru dua ". Lain orang lain situasinya. Jadi, janganla kata bab tambah anak semua tu. Biarla kitaorang yang tentukan.

Kalau nad, nak tunggu dua-dua ni pandai uruskan diri sendiri. Sekarang kakak dah tau buat semua sendiri, tinggal adik je. Bila nad dah rasa badan stabil, rehat dah cukup nak rasa tambah anak, tu akan tambahla. Siapa taknak ada anak lelaki. Semuanya Allah dah berikan. Dapat dua anak perempuan ni rezeki dari Allah. Kena jaga elok. Ni kalau tambah, masing-masing terabai, baik takyah kan.

Bab, anak lelaki, kitaorang ada rancang, tapi bukan sekarang..hehee.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Ya kenalar jaga badan supaya dapat sihat untuk meneruskan perjalanan yang panjang ni.

    ReplyDelete
  2. Dulu pun macam percaya tapi tak mo percaya sangat walaupun ianya betul-betul terjadi. Kebetulan kot. HAhaaa.. Ayat sedap kan hati

    ReplyDelete
  3. Tak lama lagi lah tu nak ada adik. kihkihkih.

    ReplyDelete