Korang tau tak, bila kita keluarkan duit KWSP, jika cukup syarat, kita wajib bayar Zakat KWSP. Mungkin ada yang tak tau atau tak ambil tau, ni nad kon

hai assalammualaikum
 
Zakat Pengeluaran Wang KWSP, Ini Syaratnya Dan Cara Kiraan - Korang tau tak, bila kita keluarkan duit KWSP, jika cukup syarat, kita wajib bayar Zakat KWSP. Mungkin ada yang tak tau atau tak ambil tau, ni nad kongsikan berkenaan Zakat KWSP, syarat dan cara kiraan. 
 
Zakat terbahagi kepada dua iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah adalah zakat yang kita bayar setiap tahun dalam bulan Ramadan manakala dalam Zakat Harta, dibahagi kepada Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas & Perak, Zakat Pelaburan & Saham, Zakat Takaful dan akhir sekali Zakat KWSP. 
 
Wang KWSP diwajibkan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan cuma bezanya, wang KWSP ni tak boleh dikeluarkan sesuka hati. Kewajipan membayar zakat bagi pengeluaran apabila memenuhi syarat " Sempurna Milik ".
 
Dalam waktu sekarang, kerajaan membenarkan pencarum untuk mengeluarkan wang KWSP melalui Skim i-Lestari dan i-Sinar disebabkan pandemik, dan ini dapat meringankan beban mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup. Tapi adakah pengeluaran dibuat pada waktu sekarang perlu membayar zakat? Hah korang kene baca sampai habis.


Zakat Pengeluaran Wang KWSP

Wang KWSP adalah harta simpanan  yang dicarum drpd pendapatan pekerja dan caruman majikan di dalam akaun KWSP pekerja berdasarkan akta KWSP.
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan. 
 
Di bawah akta KWSP, semua rakyat Malaysia yang bekerja diwajibkan untuk mencarum sebahagian pendapatannya didalam kumpulan wang ini. Caruman tersebut akan dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun caruman terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan diterima.
 

 
Wang KWSP ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara. 
 
Ia juga boleh dikeluarkan atas pelbagai sebab lain yang dibenarkan dibawah Skim Pengeluaran KWSP. Wang KWSP diwajibkan zakat (setelah memenuhi syarat-syaratnya). Wang yang masih tersimpan di dalam akaun KWSP pencarum, mereka terlepas kewajiban dari membayar zakat kerana ia tidak mencukupi salah satu syarat wajib zakat iaitu syarat milik sempurna. 
 
Namun, apabila pencarum diberi kebenaran untuk mengeluarkannya (sama ada sudah capai umur atau pengeluaran lain yang dibenarkan dibawah Skim Pengeluaran KWSP) syarat “Sempurna Milik” tu terlaksana dan mereka wajib membayar Zakat KWSP. 
 

 
 Jenis Zakat KWSP
1) Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna) -  2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat. Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
 
2) Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna ) -  2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP
 
Syarat Zakat KWSP
 - Pencarum KWSP yang telah menerima wang simpanan, atau telah layak mengeluarkan wang KWSP tersebut, tetapi memilih untuk terus menyimpan di KWSP, yang dibenarkan untuk mengeluarkan pada bila-bila masa seperti simpanan yang melebihi ‘Ringgit Malaysia Satu Juta’ adalah wajib mengeluarkan zakat setiap tahun apabila telah cukup nisab dan haul kerana wang tersebut telah sempurna menjadi miliknya.
 - Wang simpanan KWSP wajib dikeluarkan bagi pekerja-pekerja Islam sebagai zakat bila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya.
- Pencarum KSWP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus selepas menerima wang wang KWSP jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.
 
Bagi pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka sebelum umur 55 tahun, kaedah taksiran zakatnya perlu melihat kepada kewajipan zakat pendapatannya. Kaedahnya sebagaimana berikut:

1. Jika ia adalah pembayar zakat pendapatan. - Pengeluaran KWSP wajib dizakat walaupun jumlah pengeluaran kurang drpd nisab.

2. Jika ia bukan pembayar zakat pendapatan. - Jumlah pengeluaran zakat KWSP perlu dicampurkan dengan jumlah pendapatannya untuk dinilai samada melebihi nisab atau tidak.
ii. Jika melebihi nisab, ia wajib dizakat.
ii. Jika tidak melebihi nisab, zakat tidak wajib dikeluarkan.
 
Galakan ini termasuk semua jenis pengeluaran samaada pengeluaran penuh atau sebahagian yang dibenarkan KWSP dan telah cukup nisab.

  Nisab Dan Kadar Zakat KWSP 

Nisab zakat KWSP sama seperti nisab zakat wang yang lain iaitu 85 gram emas. Kadarnya ialah 2.5% daripada jumlah simpanan yang dibenarkan untuk pengeluaran (cukup syarat milik sempurna dan tertakluk kepada jenis-jenis pengeluaran)


Kiraan Zakat KWSP

Jumlah Wang KWSP yang dikeluarkan** x 2.5%

contoh : RM20,000.00 x 2.5 %

Jumlah Zakat = RM500.00
 

 
 

 Contoh Pengiraan Zakat KWSP

Nisab Tahun 2012 : RM13 000.00

Encik Ali berumur 35 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.

Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000 X 2.5% = RM500.00

Boleh gunakan Zakat Kalkulator untuk mengira zakat korang. Senang semua dah tersedia.

Zakat juga boleh dibuat secara online. Semua dihujung jari.

 
Keperluan Mendesak Dikecualikan Zakat KWSP
 
Ok macam nad kata tadi, waktu sekarang, waktu pandemik, pencarum yang mengeluarkan duit KWSP, adakah wajib membayar zakat juga? Jawapannya, tidak wajib.
 
Dalam situasi sekarang, ramai yang menghadapi masalah kewangan disebabkan covid, menyebabkan ramai hilang pendapatan, dibuang kerja dan seumpamanya dan perlu menggunakan wang pengeluaran tersebut utk menampung keperluan hidup, jadi ia terlepas dari kewajipan zakat.

Namun, jika pengeluaran dibuat dalam keadaan bukan terdesak, kewajipan zakat mereka wajib membayar zakat.
 
 


Akhir kata, jangan bertangguh lagi kerana dalam setiap bahagian harta kita, sebenarnya ada hak orang lain. Bahkan, zakat adalah cara bagi umat Islam menyucikan harta dan jiwa. Begitulah indahnya ajaran Islam agar setiap umatnya saling membantu dan mengasihani antara satu sama lain. Jangan takut, jangan resah. Kita tak akan sesekali jatuh miskin dengan berzakat mahupun bersedekah seperti mana janji Allah 

Untuk info lanjut boleh layari
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

29 comments so far,Add yours

  1. Terima kasih dengan informasi yang berguna ini (untuk orang Muslim). :)

    ReplyDelete
  2. Banyak cara nak berzakat kan... Jom berzakat...

    ReplyDelete
  3. Good sharing Nad.. boleh refer sini nanti..

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang bagus ni nad.. Ni time2 skrg ni ramai yang kuar kwsp kan. Good info utk diaorang

    ReplyDelete
  5. Maklumat yg bagus utk zaza..zaza bab ni mmg kurang tahu sgt..blh buat rujukan entri ni..

    ReplyDelete
  6. bagus perkongsian nie Nad. Mula2 mmg tertanya2 sbb skrg nie kan tengah sibuk dengan i-sinar.. Baru tahu perlu bayar ke tak..

    ReplyDelete
  7. Terima kadih kongsi maklumat yg memang penting utk kita yg beragama Islam, zakat sememang wajib ika cuup syaratya

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang sangat bagus dan bermanfaat untuk kita semua

    ReplyDelete
  9. Thanks for the information, now i get to know more about Zakat and the calculation also.

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yang lengkap untuk rujukan semua.

    ReplyDelete
  11. nice info nad... tq share.. br tau...

    ReplyDelete
  12. senang ada kalkulator dekat situ, tak ragu2 dah nak kira macam mana. Semoga perkongsian ni membantu pencarum kwsp menunaikan zakat

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian. Zakat adalah wajib ☺️☺️

    ReplyDelete
  14. Ramai yang Rawlins rasa tak sedar pasal zakat pengeluaram kwsp nie. Dengan adanya artikel ini, mudahan ramai yang mendapat manfaat

    ReplyDelete
  15. kalau ada apps yg boleh buat pengiraan zakat memang banyak memudahkan urusan orang yg nak menunaikan zakat. perkongsian yg menarik :)

    ReplyDelete
  16. wah info baru ni. saya pun tak tau pasal ni. memang bagus artikel ni sebab rasanya ramai yang tak tahu tentang zakat kwsp ni :)

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas peringatan dan perkongsian yang sangat berguna bagi orang Islam yang cukup syarat.

    ReplyDelete
  18. Bila ada kalkulator senang nak tau terus berapa zakat yang perlu dibayar. Memang memudahkan.

    ReplyDelete
  19. haa sapa yang nak keluar kwsp tu elok tau cara pengiraan. kadang kita tak perasan zakat harta ni

    ReplyDelete
  20. Alhamdulilah, ramai dah share, ramai yang dah celik mata mengenai zakat ini.. kalau tak, ramai yang tak tau kan Nad..

    ReplyDelete
  21. Ilmu penting ni. Terutama dalam hukum mengeluarkan zakat. Tq for sharing this ya

    ReplyDelete
  22. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu macam ni..lengkap dengan cara pengiraan lagi..zakat tu wajib bagi yang layak..semoga kita semua dapat tunaikan..insyaAllah

    ReplyDelete
  23. Thanks for the sharing babe! It's important for ppl to follow Syarat Zakat KWSP and do their part to the community

    ReplyDelete
  24. Satu informasi yang perlu diketahui mereka yang blm tahu mengenai pembayaran zakat.

    ReplyDelete
  25. Kena share information ni dengan rakan2 yang wajib tahu tentang Zakat KWSP ni.. good information ni..

    ReplyDelete
  26. Terima kasih bg info tentang Zakat kdg2 bkn semua yg tahu dan fhm tentang perkiraan Zakat

    ReplyDelete
  27. This is great info to know how to do our financial planning.

    ReplyDelete
  28. this is a great sharing about zakat benefit. nice to know it

    ReplyDelete