hai assalammualaikum
 
Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong Di Astro Citra - Huish, haritu tengok trailer dia dekat astro, seram oii. Selalu cerita hantu Malaysia ni tak berapa seram, ntah apa-apa punya hantu, tapi kali ni tengok, berdebar weii. Semalam tengok sikit je, astro tunjuk sikit je dulu, bagi orang tak sabar tengok, seram gila..hahaa. Cerita 44 Hari Bangkitnya Pocong di Astro Citra malam ni ye, pukul 9 malam. Tak sabar nak tengok. 
 
 
Ada la part macam kelakar semalam dia tunjuk sikit, macam pocong tu bergerak ke depan. Kita boleh fikir, dia gerak guna trail tu, ntah apa diaorang panggil..ahaha, sebab selalu tengok behind the scene..kihkih. Hari Bangkitnya Pocong ni, pelakon utama ialah Elly Suriati. Huishh kalau dah namanya Ellie Suriati, mestila dia berlakon macam betul. Kalau marah dia marah betul, kalau nangis, dia nangis betul. Ada part dia tarik rambut orang, hahaha, dengan orang lain kene humban. Hah!!, nanti malam korang tengokla. 
 
44 Hari Bangkitnya Pocong arahan Azmir Affandi. Antara barisan pelakon ialah Ellie Suriaty, Kody Rasheed, Riezman Khuzaimi, Anne Abdullah, Raja Syahiran, dan ramai lagi. 
 

Sinopsis 44 Hari Bangkitnya Pocong 

Kisah 44 Hari Bangkitnya Pocong ni suami isteri disebuah kampung, laki dia nama Pak Anjang ( Riezamn Khuzaimi ) dan Maimun ( Ellie Suriaty ) mempunyai seorang anak ( Kody Rasheed) yang bekerja di Singapore. Maimun ni guna-gunakan laki dia, dibagi nasi kangkang untuk dengar cakap dia. Taknak ada perempuan lain dekat dengan laki dia. Kalau tengok part dia kangkang dekat nasi, ermmm..boleh la kita imagine macam mana..huhu.
 


Maimun ni pulak asyik gaduh dengan jiran dan dibenci oleh orang kampung. Satu hari Maimun meninggal. Masa meninggal tu ada pulak kucing hitam lalu. Weii!!, terbangun mayat dia..serammm..Pastu mulalah kisah pocong Maimun ni. Mayat dia tak tenteram, dan mula muncul pocong ni. Mungkin dia nak mintak maaf dekat orang yang dah dia buat kot. HAh!!, kesudahannya tengok la malam nanti. 

Siap-siap sediakan popcorn, apa semua ya malam nanti. Standbay pukul 9 malam buka Atro Citra. Malam ni ok!!!
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. I am waiting for this too.. saya suka movie hantuuu.. Or movie seram.. tapi Sabtu haritu lebih kepada kelakar plak..

    ReplyDelete
  2. Sounds like an awesome horror movie for the whole family to enjoy. :)

    ReplyDelete
  3. lame naniey x tengok movie horror ni. Macam best je. Sepanjang PKP ni duk tengok cerita tamil/hindu crime/thriller je. Bile la ye nak habis PKP ni.. >.<

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS