Tak sangka minyak masak boleh dibekukan, dikeraskan dengan cooking oil hardner, beli di Daiso

 hai assalammualaikum
 
Tak Sangka Minyak Masak Boleh Dibekukan, Dikeraskan - Benda kalau orang tak bagitau, kita mana la tau. Macam yang ni, tak sangka pulak ada produk yang boleh jadikan minyak masak tu beku atau keras. Nak tau pun, sebab Sally yang bagitau, dia nak cari barang dekat Daiso, nak cari yang boleh bekukan minyak tu la. Terus nad cakap " hah, ada erk, nak juga la ".

Minyak Masak Boleh Dibekukan, Dikeraskan Dengan Cooking Oil Hardner


Ni la dia, namanya Cooking Oil Hardner. Alamak harga lupa la, sebab beli sebelum PKP lagi. Beli dekat Daiso Aeon Big Ampang. Tapi seiingat nad barang dekat Daiso semua sama harga, dekat situ la, tapi lupa. Murah je harga barang ni. Bila tengok gambar dekat kotak, teruja nak guna bila balik nanti. Pertama kali nampak barang ni.
 

Dalam dia bentuk paket macam ni. Satu paket dengan 650ml kita boleh guna dekat minyak yang kita nak buang tu.

Selalunya, nak buang minyak, nad akan masukkan dalam plastik dan tunggu lori ambik. Botol dekat rumah ni tak banyak pun sebab selalu beli minyak yang dalam plastik. Nad memang tak pernah jual minyak sebab dekat Ampang ni tak tau dekat mana, yang nad tau, dekat Cyberjaya ke Putrajaya. Nak pergi jauh pulak. Jadi, caranya memang buang je.

Bila buang dalam keadaan air tu, plastik tu nad akan lapik dua, biar minyak tak tumpah. Macam susah jugakla, tu sebab bila Sally cakap ada barang yang boleh keraskan minyak, terus nad beli.

Malam tu juga nad cuba pakai Cooking Oil Hardner ni. Memang minyak tu nad nak buang pun. 

Mula tak paham cara guna, pulak tu lupa nak tanya Sally, hahaha, tapi nasib baik ada tulisa B,English dekat depan tu.



Masukkan satu paket dalam minyak, tapi nad guna separuh , sebab minyak pun sikit je. Masa ni buka api tau, kalau tak buka dia tak menjadi. Dah tuang kacau sampai oil hardner tu cair. Kemudian biarkan dalam beberapa minit nanti minyak tu bertukar beku atau keras.



Lepastu bolehla angkat dan buang ke dalam plastik. Takdela menitik ke apa sebab minyak tu dah beku. Teruja tengok minyak tu beku..hahahaa.

Ada orang tanya, dah beku ni minyak boleh cair tak? 

Nad selalunya buang minyak ni, masa lori memnag nak datang. Jadi, tak tau la boleh cair ke tak. Tanya Sally, dia kata boleh jadi cair.

Korang kalau nak cari, boleh cari dekat Daiso. Dahla haritu masuk bukan beli ni je, beli lain sekali..hahaa. Biasalah tempat macam tu berhantu..kihkih. Pernah beli alat pembersih makeup comel dekat Daiso ni.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Wow...I have never heard or seen this before. Amazing. :)

    ReplyDelete
  2. Bila pergi daiso tak igt nak sambar ni.. selalu minyak tak guna simpan dlm botol yg besar tapi bila time nak buang jenuh angkut sbb berat

    ReplyDelete
  3. Akka pun first time tau pasal ni.. bagus juga ni

    ReplyDelete
  4. Lebih memudahkan nak buang lebihan minyak kannn

    ReplyDelete
  5. Menarik sebab ai selalu ada masalah nak buang minyak. Kalau keras macam ni senang nak buang dalam plastik.

    ReplyDelete