Dah banyak kali nad makan vietnamese spring roll ni, tapi vietnamese spring roll momster yang nad cuba baru-baru, bagi nad adalah spring roll yang pa

hai assalammualaikum
 
Vietnamese Spring Roll Momster Kitchen Tersedap Pernah Aku Makan - Vietnamese Spring Roll, mesti korang pernah makan kan. Makanan dari negara Vietnam yang dah popular di Malaysia. Makanan yang bahan-bahannya seperti udang, ketam dan sayuran semuanya dihidang segar dan kemudian digulung menggunakan rice paper. Dah banyak kali nad makan vietnamese spring roll ni, tapi vietnamese spring roll  momster yang nad cuba baru-baru, bagi nad adalah spring roll yang paling tersedap sekali. 

Vietnamese Spring Roll Momster Kitchen Tersedap Pernah Aku Makan

Pemilik Vietnamese Spring Roll Momster Kitchen ni, Noor Lieza. Lama dah kawan dengan Liza ni sebab kami sama-sama blogger. Memang nampakla kalau dia post vietnamese spring roll ni telan air liur je. Memang rasa nak order tapi pernah dia cakap jauh, penghantaran pun mahal. Jadi kita pun takpela, takde rezeki lain, tu pasal beli spring roll dekat orang lain.
 
Tapi, bulan ni, alhamdulillah, ada la rezeki lebih, nampak pulak, Liez suruh share bisnes dia dekat twitter, tolong la share, pada masa sama kita tengok terliur je..hehee. Dia buka based Batu Caves, tapi ada juga open dekat area Kuala Lumpur.Terus cuba cakap nak order juga. Hah!!, Liez cakap boleh je. Punyala seronok, yela, tengok Vietnamese spring roll dia nampak sedap. 
 

Dia jual 4 jenis Vietnamese Spring Roll, ada grilled udang, grilled beef, smoked duck, grilled chicken dan smoked salmon. Untuk satu bungkus ada 5 rolls, tapi korang pun boleh campur2 satu bekas. Hah!!, ada ke orang macam tu..hehee.
 
Mula-mula tak tau nak pilih yang mana, sebab dalam rumah ni kurang makan spring roll ni, sebab pernah beli kan, diaorang kurang makan. Tengok semua sedap, udang, beef, smoked duck tu tak tahan. Pastu Liez la cakap boleh campur-campur. Hah!!, apa lagi kita pun ambik Vietnamese Grileld Prawan (udang ) dengan Smoked Duck. Liez kata Smoked Duck tu ramai orang suka.
 
Pastu dia cakap kos penghantaran. Ya!!, memang jauh dan mahal kos dia, tapi sebab nad nak cuba juga, arghh tolak tepi kos tu. Terus order. Lagi pun dah bajet-bajet memang untuk membeli..hahaa. Boleh support kawan-kwan sekali kan.


Janji hantar hari Ahad, jadi hari Ahad pun sampaila Vietnamese Spring Roll Momster Kitchen ni.


Wowwww!!! Besar dan gemuk-gemuk kau.
 
Terus makan, gigitan pertama, terus cakap, sedapnyaaa!!!. Pastu makan sampai 2 ketul..hahaa. Nasib ingat anak-anak dan suami, kalau tak habis nad makan..hahaa. Walaupun diaorang tak berapa suka, tapi nak bagi rasa juga yang ni.
 
Apa nad suka Vietnamese Spring Roll ni?
- Sebab dia punya isi macam udang di grilled, pastu smoked duck, selalu nad beli isi dia direbus, jadi rasa tu biasa je.
- Vietnames Spring Roll Momster Kitchen ni besar-besar, gemuk-gemuk. Puas sangat makan.
- Boleh campur-campur dalam satu bekas
- Sos dia sedap sangat, pedas dan terangkat. Memang padu..hehee.



Semua nad cakap betul. Mana taknya, suami dan anak-anak makan diaorang pun kata sedap. Ya Suami paling cerewet, dia sendiri cakap Vietnamese Spring Roll Momster ni sedap tak macam yang nad pernah beli sebelum ni. 
 
Memang tak menyesal la bayar kos penghantaran mahal, sebab sedap..ehhee. 

Oh harga setiap Vietnamese Spring Roll Momster
- Grilled Chicken = RM 20/set
- Grilled Prawn ( udang ) / Beef  = RM 25/set
- Smoked Duck = RM 30/set
- Smoked Salmon = RM 35/set

Combo 1 set 10 rolls ( 2GC + 2GP + 3SD + 3SS ) = RM 50

Liza kata Vietnamese Spring Roll ni boleh disimpan 2,3 hari, tapi nad sehari dah habis..hehee. Kalau simpan dalam chiller, letak dekat luar 20 minit sebelum makan.

Hah, korang kalau terliur tu, nak cuba rasa, mana yang berrdekatan bolehla order
Contact: wa.link/0ilpk
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

19 comments so far,Add yours

  1. wah.. tak pernah tgk lagi yang jual smoked duck tu. first time tengok

    ReplyDelete
  2. Thanks share. Nampak gemuk spring roll tu. Harga pun ok

    ReplyDelete
  3. Wow so many different varieties and each of them looks so delicious. :)

    ReplyDelete
  4. wow ada macam-macam variasi la popia vietnam ni. biasa makan yang udang jer. fuh memang nampak sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap pulak spring roll ko makan ni Nad, biasa yang ada Sis beli, kurang sedap dan kosong aje isinya, yang ni nampak gemuknyaaa...

    ReplyDelete
  6. Baru je semalam anak dara dok tanya bila nak buat vietnamese spring roll ibu?... laa ni dok jauh, tak duduk kat rumah memang payah sikit la nak masak itu-ini, buat itu -ini kan... makanya, dengan pantas, akan ku recce Momster Kitchen bila balik KL insyaAllah hujung minggu ni... dah terkena penangan gambar yang menyelerakan ni lah katakan... hehehehe...

    ReplyDelete
  7. Fuh . Gemok-gemok vietnam roll tu . Padat isi kat dalam

    ReplyDelete
  8. Duk nampak liez buat tu mmg terliur jugak sebab mmg nmpk dia punya spring roll tu padu... Bestnya nad da dpt rasa

    ReplyDelete
  9. Kalau vietnamese spring rolls ni saya biasa makan yg berisi udang je. Teringin pulak nk cuba yg lain2 tu.

    ReplyDelete
  10. Wah. Dah ada di KL ye. Memang nampak gemuk betul udang-udangnya. Nie kena bagitau my sis nie - dia peminat Viet foods.

    ReplyDelete
  11. This looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 this and i cant wait to try this for myself :)

    ReplyDelete
  12. Gemuk dan padat isinya puas makan ni. Walaupun jarang beli tapi kalau dapat mcm ni mmg pias hati

    ReplyDelete
  13. Terliurnya tengok. Saya pun suka makan vietnamese spring roll nih cicah dengan sos dia tuh memang mengancam !

    ReplyDelete
  14. Haiippp kak nad ni. Tadi emi baca tajuk sekali imbas nampak perkataan vietnamese spring roll je. Tak perasan ayat2 belakang. Lelaju bukak ingat akak nak share resepi buat benda alah ni haha. Suka makan tapi tak reti nak buat sendiri.

    ReplyDelete
  15. Oh mine, after see you makan Vietnamese Spring Rolls ni, i pun nak order.

    ReplyDelete
  16. Sedap nya tengok. Gemok gemok rolls nya. Dah lama tak makan, nak bikin sendiri cam malas lak. Nanti nak try order laaa

    ReplyDelete
  17. Sebenarnya kita pernah nak cuba buat Vietnamese Spring Roll ni tapi masyaallah tak jadi buruk rupanya hehehe beli saja senang nampak menyelerakan dan sedap. Cuma yang kita pernah makan hari tu kuah yang disediakan adalah peanut butter lain daripada cara orang tempatan kita makan..

    ReplyDelete