hai assalammualaikum
 
Program Bina Bisnes Berjaya, Peluang Usahawan Terkesan Disebabkan Pandemik Untuk Bangkit Berubah - Nad pasti, sekarang ramai yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Boleh nampak bidang ni dapat membantu kita dalam meneruskan kelangsungan hidup. Tapi, dalam berniaga, tak tau pula bagaimana nak ubah hidup.

 
Lagi waktu pandemik, mungkin ramai peniaga yang down, lemas, sebab tak sangka covid akan melanda. Setiap perubahan perlukan tindakan, dan setiap tindakan perlukan ilmu. Jadi, apa sahaja peluang yang ada depan mata mestilah kena rebut ye, lagi-lagi program yang melibatkan bisnes secara percuma ni. 
 
Nad nak kongsi satu Program Bina Bisnes Berjaya- Edisi Khas Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International yang dibimbing oleh Datuk Dr Azizan Osman dan ia adalah Percuma.
 

 
Siapa yang tak kenal dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman, Pengasas dan Pengerusi, RichWorks International yang telah banyak membantu para usahawan dalam setiap program yang diadakan. Beliau merupakan jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Ramai usahwan yang telah berjaya setelah menyertai program RichWorks International yang dianjurkannya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.
 

Program Bina Bisnes Berjaya Secara Percuma, Peluang Usahawan Terkesan Disebabkan Pandemik Untuk Bangkit Berubah

Kali ni, RichWorks International akan mengadakan satu lagi program, iaitu Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup selama 3 hari. Program akan dilakukan secara virtual online, dan paling menarik, program ni adalah secara percuma.
 
Program ni bagi mereka terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk bangkit ketika pandemik ini.
 

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd, program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad nanti dapat membantu mereka untuk menyaksikan perubahan yang lebih baik walaupun ketika pandemik ini.
 
Jelasnya, dalam tempoh mencabar ini, ada saja usahawan dapat berubah hingga saksikan pencapaian lebih baik seperti dialami ramai usahawan yang mendapatkan bimbingan bersama RichWorks.
 
"Kami faham, pasti ada usahawan di luar sana dalam keadaan yang susah, tak tahu apa lagi perlu dilakukan, bisnes jatuh malah ada terpaksa tutup hingga timbul rasa nak putus asa.
 
"Sebab itu, RichWorks bersama Pengasas, Datuk Wira Dr Azizan Osman menyediakan program percuma ini yang sudah terbukti berjaya ubah hidup ramai orang disamping sebagai sumbangan kepada masyarakat terutama bangsa usahawan,"
 

RichWorks sebagai syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara telah melatih lebih 1.1 juta orang daripada pelbagai tahap bisnes sejak 2008 lagi. 
 
Bagaimanapun tambah Radz, kesusahan yang dirasai ketika ini sebenarnya bukanlah penghalang untuk bangsa usahawan kembali berkembang dan berubah jadi lebih baik lagi.

"Berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam melatih dan bimbing bangsa usahawan, RichWorks menemukan formula - perkara dan langkah-langkah yang boleh membantu mereka untuk berubah dalam bisnes dan kehidupan, insyaAllah.

"Malah pada tahun lalu saja, meskipun ketika pandemik seramai 777 usahawan PKS di bawah bimbingan kami berjaya catatkan peningkatan hingga jumlah jualan keseluruhan melebihi RM2 bilion," ujarnya.

Justeru itu, Radz menyeru agar usahawan PKS dan mikro dapat memberikan peluang kepada diri mereka walaupun perubahan ini tidak mudah yang mana memerlukan kesungguhan seseorang.
 
 
Tinggal 2 hari lagi, Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup
 
Rebutla peluang yang diberikan ini. Ini masanya untuk usahawan kembali bangkit dengan ubah hidup dan bisnes ke arah kejayaan dalam keadaan pandemik yang semakin baik.
 
Apa Yang Akan Anda Belajar Di Program Nak Ubah Hidup? 
1) Mendalami Matlamat - Bagaimana untuk mendalami lebih jelas dengan matlamat anda serta berani untuk mencapainya.
2) Mengenali Ketakutan - Bagaimana untuk mengenali “Ketakutan” anda serta ramai manusia lain yang mungkin menjadi penghalang utama banyak kejayaan anda.
3) Mendalami Hidup - Bagaimana untuk hidup lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati.
4) Kenali Potensi Diri - Bagaimana untuk memaksimakan potensi diri anda dengan menguasai sikap diri anda seperti sikap mereka yang telah berjaya dalam hidup mereka.
5) Memahami Konsep 5K - Memahami Konsep 5K (Kebahagian, Keberkatan, Kesihatan, Kekayaan dan Kejayaan).
6) Kuasai 7 Aspek Kejayaan Hidup - Bagaimana menguasai 7 aspek kejayaan hidup anda supaya hidup anda & keluarga akan lebih berkualiti dan meningkat dengan segera.
 
Apa yang anda akan dapat setelah mendaftar Program Bina Bisnes Berjaya
- Tiket 1+2 & Akses ke Seminar Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup 3 Hari (26-28 Mac 2021)
- 1 e-Book Bina Bisnes Berjaya
- Akses ke Komuniti Facebook Group Bina Bisnes Berjaya
 
Untuk program ini, usahawan boleh membawa kakitangan atau keluarga bersama-sama untuk belajar dan memulakan langkah dalam bisnes.
 

Bagus kan!! Program Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Ubah Hidup ni dibuat secara online dan tiada bayaran, ia adalah PERCUMA. Program dilakukan selama 3 hari, pada 26-28 Mac 2021.  
 
CEPAT DAFTAR PROGRAM NI!!
 
Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, boleh layari laman web www.BinaBisnesBerjaya.com.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Memang bagus kan untuk menolong mereka yang memerlukan. :)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2