hai assalammualaikum

5 Tips Untuk Kekal Bertenaga Ketika Ramadan - Alhamdulillah, dah seminggu kita berpuasa. Walaupun dalam keadaan norma baharu, ibadah puasa dapat berjalan dengan sempurna. Korang ok lagi tak tu..hehee. Rasanya ok je kan. Ada yang pergi bazar, hah kalau pergi tu jangan membazir ye. Membazir itu amalan syaitan. Puasa ni bertenaga ke lemau je. Hah ni nak kongsi tips kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan.
 
 

5 Tips Untuk Kekal Bertenaga Ketika Ramadan


1) Jangan terlepas sahur..
- Hah!!, waktu sahur kalau boleh jamah makanan ya. Makan makanan yang berprotein tinggi seperti telur, daging, kurma atau kekacang. Macam and, mesti makan nasi dan lauk pauk..hehee. Lepas tu minum air kurma, guna produk Qaseh Gold. Insyallah, boleh bertenaga sepanjang Ramadan.

2) Minum banyak air.
- Bila sahur dan waktu berbuka tu minum air secukupnya. Ada waktu-waktu minum air kosong, masa sahur, selepas berbuka, lepas solat maghrib, lepas solat isyak dan sebelum tidur. Minum air untuk pastikan kita selalu terhidrasi.

3) Senaman ringan
- Jangan ingat puasa tak boleh bersenam, lagi digalakan, tapi senaman ringan jela. Ia dapat membantu dengan pengaliran darah dan meningkatkan tenaga. Jangan tidur je sepanjang hari dari lepas subuh sampai nak berbuka. 

4) Tidur yang cukup
- Pastikan dapat tidur yang cukup supaya bertenaga ye. Lagi elok tidur selepas isyak. Yela, pagi kita nak bangun sahur lagi.

5) Tidak makan berlebihan waktu berbuka
- Waktu berbuka tu makan bersederhana. Makan kurma dan air dahulu. Kemudian makan sebagai isi perut yang kosong. Makan yang berlebihan boleh buat badan lemah dan tak bertenaga.

Ok tu sahaja nak dikongsi.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2