anak dah mula tidur sendiri tanpa paksaan

 hai assalammualaikum
 
Bila Anak Dah Nak Tidur Sendiri, Tanpa Paksaan, Mommy Gembira - Dari kecik sampai la ke besar, dua orang anak nad ni memang tidur dengan nad. Setiap kali nak tidur, masing-masing mintak usap sampai la diaorang terlena. Macam tu la setiap hari. 

Tiba-tiba bulan lepas, Fariza, si kakak, tidur sendiri dekat sofa. Nad terkejut la kejap, sebab masa Fariza start tidur sendiri dia tak cakap pun "mommy nak tidur sendiri", dia terus je tidur..hahaha. Nad perhati je.

Bila Anak Dah Nak Tidur Sendiri, Tanpa Paksaan, Mommy Gembira

Lepas tu nad cakap " pandainya kakak dah tidur sendiri. Kakak memang bagus ". Setiap kali dia buat sesuatu nad memang akan puji dia. Tersengih-sengih dia..ehehe. 

Nad cakap lagi " kenapa kakak tidur sendiri". Dia cakap " mommy kata nak bagi bilik atas dekat Fariza, hah Fariza tidur sendiri la. Mommy nanti buat warna pink tau". Dia dah siap bagitau ya warna pink..ehhehe. Memang penggemar pink sungguh. 

Ya, Fariza dah 6 tahun, memang ptut ada bilik sendiri. Dalam rumah ni ada 3 bilik, bilik utama, bilik tengah dan bilik kerja suami. Bilik tengah tu la bilik anak-anak. Buat masa sekarang bilik tu tak dapat lagi jadi bilik diaorang sebab bilik tu masih lagi ada barang-barang adik ipar dan arwah mommy (mak mertua )

Sebenarnya, bilik tengah tu bilik adik ipar. Jadi banyakla barang dia yang dia tak ambil lagi. Adik ipar tu dah kawin, lama dah, dah ada rumah sendiri. Mungkin tak terfikir rumah ni bakal diduduk abang sulung, jadi relaks la barang-barang tu semua dalam bilik. 

Sekarang tengah fikir macam mana nak bersihkan. Bilik tu dah jadi macam tempat simpanan barang. Kesian dekat anak-anak nak ada bilik dah susah.


Ni la bilik tu. Ni nad yang kemas sikit-sikit, bagi ruang untuk anak-anak main dalam bilik ni. Nad ni boleh je kemas, tapi kalau nad kemas, mestila nad akan buang je semua barang yang tak guna. Tapi dah orang punya, takkan kita nak buang sesuka hati kan.

Setiap kali adik ipar datang, suami adalah bagitau, mintak ambil barang-barang tu sikit, tapi entahla, bila dia nak ambilnya. Kena bersabar.

Fariza la setiap kali tanya, bila nak ada bilik, bila nak ada bilik. Sedih pulak bila dia cakap. Dah nak tidur sendiri tapi bilik pulak takda.

Orang lain selalu struggle nak tidurkan anak. Kena buat bilik dulu, bagi cantik-cantik, baru dapat ajar anak tidur dekat bilik sendiri, tapi anak kita, dah tidur sendiri, tapi bilik pulak tak kemas lagi..huhu.

Mommy dah excited nak kemas bilik anak ni. Almaklumla bab dekorasi dekorasi ni siapa yang tak suka kan..huhu. 

Antara tips nak anak tidur sendiri dan suka dengan biliknya ialah:
- Sediakan bilik yang selesa yang lengkap dengan semua seperti barang diaorang, pakaian , tempat bermain.
- Bilik ikut tema yang anak-anak suka. Kalau anak suka pink buatla tema pink
- Sediakan katil yang selesa. Bilik tu memang semua katil dah boleh dibuang, sebab si adik mesti muka gatal-gatal kalau kena katil dalam bilik tu
- Hias bilik cantik-cantik

Itulah antaranya. Buat masa sekarang kitaorang tidur dekat ruang tamu depan tv. Bilik utama tak cukup untuk kami bertiga, lagipun anak-anak lasak tidur. 

Harapla bilik tu dapat digunakan sebelum anak-anak besar.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. besaq dah anak dara tu, mmg nak bilik la nak privacy..hihi..

    ReplyDelete
  2. amin semoga dapat tidur di bilik yang selesa nnt. amin

    ReplyDelete