Sebagai tanda penghargaan kepada frontliner, McDonald's Malaysia menaja makanan ke lebih daripada 70 hospital di seluruh negara.

 hai assalammualaikum
 
McDonald's Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara - Saban hari, kes covid makin hari makin meningkat dan sebagai rakyat yang prihatin, kita perlulah mengikut SOP yang ditetapkan bagi mengurangkan penularan covid ni. 
 
Setiap hari, ada sahaja yang perkongsian video mereka yang dijangkiti covid ni, sedih memang sedih terutama kepada frontliner kita yang bertungkus-lumus berupaya merawat dan menyembuhkan pesakit covid ni.

Paling penat sekali mestilah frontliner perubatan yang bertugas, dengan tak cukup rehat,waktu makan tak menentu, perlu berpakaian PPE yang lengkap. Kita tau pakai PPE tu bukan selesa dipakai, tapi disebabkan tanggungjawab demi merawat pesakit covid, mereka tetap melakukan kerja dengan ikhlas dan tulus tanpa erti penat. Kita semua tau, waktu sekarang barisan petugas hadapan kita di hospital sangatla kritikal.
 

McDonald's Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara

Taktkala, kita diperintahkan untuk duduk di rumah, McDonald's Malaysia masih menjalankan Program Komuniti mereka di seluruh Malaysia. Memikirkan frontliner yang bekerja tanpa mengira waktu demi kesihatan rakyat Malaysia, sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa untuk membendung penularan wabak covid dan merawat pesakit, rangkaian perkhidmatan makanan, McDonald's Malaysia menaja makanan ke lebih daripada 70 hospital di seluruh negara.
 
Penghantaran makanan akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital. Tajaan makanan untuk hospital-hospital ini yang merawat pesakit COVID-19 akan menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan.
 
#KitaBoleh

Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh negara yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama tahun lalu.

Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat kepada semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga sesama kita, mengukuhkan semangat perpaduan dan perjuangan rakyat Malaysia dalam menghadapi saat-saat sukar ini. 

#KitaBoleh juga secara langsung mengetengahkan pengorbanan, keberanian para petugas barisan hadapan yang terus bertungkus-lumus bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak covid ini.

"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui pelbagai tahap kehidupan selama pandemik ini.” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

"Apa yang membuatkan keadaan sekarang terkawal adalah disebabkan ketekunan berterusan para barisan hadapan kita, yang bekerja seharian menjadikan kehidupan kita lebih aman setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir.

"Satu tepukan hebat kepada pasukan restoran McDonald's yang telah terlibat dengan hospital, dan memastikan bahawa barisan perubatan kita mendapat makanan kegemaran mereka," kata Azmir.


Penajaan makanan ni dilakukan selama sebulan bermula 24 Mei sehingga 30 Jun, dan dihantar sekali seminggu. Alhamdulillah, dengan bantuan seperti ini sedikit sebanyak memberi frontliner hilang sedikit rasa penat itu dan terus bersemangat merawat pesakit covid. Hebatnya frontliner dalam mengharungi saat-saat sukar seperti sekarang. 

Ketika petugas - petugas Covid 19 ini bertungkus lumus, mereka sangat memerlukan kita sebagai penguat semangat mereka. Semoga kita sama-sama bersatu membendung penularan covid ini.

Untuk maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia, sila lawati www.facebook.com/My.McDonalds/.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

14 comments so far,Add yours

  1. Patut di contohi lah kempen mcm ni. Stay safe semua.

    ReplyDelete
  2. Tahniah mcd buat inisiatif macam ni. Semoga frontliner kita terus semangat

    ReplyDelete
  3. Inisiatif yang sangat bagus . Program sebegini patut diteruskan dsri masa ke semasa

    ReplyDelete
  4. Well done McDonalds. Hope others will follow too.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... Bgus kempen ni...

    ReplyDelete
  6. 70 buah hospital tu.. byk yg MCD bantu utk frontliner.. terbaik

    ReplyDelete
  7. Baik sungguh usaha murni yg mcd buat ni... Moga berterusan pahalanya menolong frontliner yg dh ssh pyh jge kita

    ReplyDelete
  8. Bagus lah mcd ni, sentiasa buat kerja amal

    ReplyDelete
  9. Bagus! This is a very good initiative to appreciate at the same time help our frontliners too.

    ReplyDelete
  10. Tahniah McD atas usaha yang murni ni. Jom support McD.

    ReplyDelete
  11. Bagus usaha murni McD ni, tahniah!

    ReplyDelete
  12. Meang terbaik McDonald eaja akanan utk Frontliner yg bertugas semoga usaha murmi ni diteruskan

    ReplyDelete