Mereka yang dah lengkap vaksin, ni kelonggaran yang korang akan dapat

 hai assalammualaikum

Complete Dose Kedua Cucuk Vaksin, Alhamdulillah - Alhamdulillah, alhamdulillah, complete dah untu dose cucuk kedua vaksin. Sebelum ni dapat vaksin pertama, nad dapat vaksin Sinovac. Untuk Sinovac hanya beberapa minggu sahaja untuk dose kedua. Dan 2/8 haritu selesai dose kedua. Ya lama dah kan, baru nak cerita..hehee.

Untuk dose kedua, lagi laju ya berjalan, hanya ambil masa beberapa minit sahaja. Nad punya waktu petang, dan petugas haritu cakap, waktu nad pergi tu tak ramai, dari siang tak ramai, selalu ramai. Ok la tu, mujur tak ramai. Laju je proses nak cucuk dose kedua ni. 


Proses sama je macam pertama, cuma, sebab cucukpertama dah isi borang, lepastu kau ada dapat kad kan, hah masa dose kedua tu bawak kad. Nanti pandai la petugas dekat situ bagitau nak buat apa, sekian-sekian. Memang lancar je. Tengok-tengok dah cucuk dah ada dekat photobooth gambar..hahaa.



Untuk dose kedua, nad terajin buat video..heheee. Yela tak tau bila nak keluar lagi kan. Masa ambik dose kedua pun pakai baju cantik sikit..haahha.

Kelonggaran Penerima Vaksin Lengkap Disusuli SOP

Baru-baru ni, Perdana Menteri ada buat pengumuman kelonggaran untuk mereka yang dah lengkap vaksin ( Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca). Hah!! bagus apa yang dibuat kerajaan ni. Sekurangnya rasa selamat sikit, walaupun takda la selamat mana. Dah cucuk vaksin pun masih boleh kena covid ni. Sebab tu masih kena jaga SOP.

Hah yang tak antivaksin tu, selagi takda sijil cucuk, tak dapat buat apa-apa aktiviti..huhu.



Ni panduan senang untuk tengok apa yang boleh dilakukan.

Pada yang sedang menunggu vaksin tu, insyallah korang akan dapat tarikh appoitment vaksin. Pada yang dah lengkap, tahniah. Pada yang baru cucuk dose pertama, alhamdulillah.

Semoga kita semua akan dapat vaksin dan terhindar daripada sebarang penyakit.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours