Kerusi gaming chair untukworkspace, selesa dan murah

 hai assalammualaikum

Smiley Cherry Gaming Chair, Selesa Buat Kerja Bila Pakai Kerusi Ni - Kebanyakan sekarang orang lebih suka pakai kerusi gaming, sebab lebih selesa dan tak sakit punggung, pinggang bila buat kerja. Masa mr mafia beli pun, nad dah rasa bestnya, tapi mahal sangat harga. Tu kita sabar dulu, takpa, nanti boleh dapat kerusi gaming ni. 

Disebabkan nak sangat, nad gigih promote business partime nad, promote supercube, buku dan mainan kanak-kanak, kain Norwex, dan Young Living..hehe. Korang kalau nak cari bisnes partime yang nad join ni, boleh roger nad..hehehe.


Kalau takda bisness partime ni, memang tak dan nak kumpul duit beli gaming chair ni. Sikit-sikit kumpul, alhamdulillah, dapat kerusi yang dihajatkan. Tu pun nampak yang murah dekat shopee. Setelah beberapa bulan juga survey dekat shopee tu..haahha. Biasalah banyak pilihan, paling penting tengok feedback orang.


Selama ni nad pakai kerusi kayu. Lama dah kerusi ni dari arwah mak mertua lagi. Kerusi ni ada pasangan, tapi pasangan dia dh rosak, ada meja sekali, meja masih elok nad pakai tempat letak makanan. Jadi kerusi yang tinggal ni nad buat kerusi kerja. 

Kusyen pun dah takda, tempat duduk nad guna bantal. Bahagian pinggang pun letak bantal sebab kerusi ni keras. Bagi cantik letakla karpet putih berbulu. Tapi lama2 tak tahan, sakit 7 tahun nad guna, akhirnya tukar kerusi lain. 

Tema meja nad hitam putih, jadinya, kenala cari kerusi hitam putih. Mr mafia yang beli meja hitam, sebab dekat rumah ni memang mudah kena habuk. Jadi hitam ni bantu sikit dari nampak kotor..hehee. Ok je hitam, nad pun kalau putih susah jaga..huhu.




Ni antara kerusi kerja yang nad pilih, tengok design ada yang unik sikit. Mula ingat nak design hitam putih yang belakangnya putih semua tu. Tunjuk dekat mr mafia pun dia suka. Tapi bila tanya ada stok ke tak, seller tu cakap takda buat delivery buat masa sekarang. Kerusi yang lain pulak macam 50/50 je.


Smiley Cherry Gaming Chair, Selesa Buat Kerja Bila Pakai Kerusi Ni

Gaming chair ni dah memang masuk dalam senarai juga. Takpa kita fikir lagi.

Sampaila sebulan fikir, sebulan dalam troli, akhirnya nad pilih Smiley Cherry Gaming Chair. Ni link dia kalau korang nak juga ( https://shp.ee/v47ghqj )

Terus order, dalam masa 3 hari dah sampai. Sangat cepat ye. Bagusla, lagipun nak guna cepat.


Ni cara pasang dia, korang boleh tengok dekat youtube ni. Pasangnya senang je, pasang part-part bawah kerusi, belakang kerusi, cantumkan kerusi, tempat letak tangan, letak leg rest. Siap..hehee.

Kerusi ni harga RM249, tak termasuk shipping. Harga gaming cahir ni yang ada leg rest, tempat letak kaki. Gaming chair yang takda leg rest RM235.






Nad pilih gaming chair sebab dah rasa mr mafia punya, jadi kita pun nak juga..ehhee. Lagipun gaming chair ni ada bantal dekat bahagian pinggang dan kepala. Jadi, selesa dan punggung dan pinggan tak sakit bila buat kerja. Yela, kadang rehat kejap dekat kerusi, nak sandar, mesti nak selesa. Tambah bantal kepala..huhu.

Tambah dengan ada tempat letak kaki. Masa rehat, nak renggangkan kaki, nak lunjurkan kaki, tu ambil yang ada tempat letak kaki.

Kerusi ni boleh ke belakang, ke depan. Ke belakang tu takdala sampai baring ke bawah, hanya separuh je. Tapi tu pun dah selesa. Ada nad tunjuk dekat youtube tu. 

Memang sesuai la kerusi ni dekat workspace nad. Kerusi ni pun nad guna masa tengok tv..hehee. 

Ok nad letak lagi link tu dekat sini ( https://shp.ee/v47ghqj ), mana tau korang nak usha ke, nak beli kan.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours