hai assalammualaikum

Tips Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gajet - Penggunaan gajet dekat anak-anak memang tak boleh dielakkan. Ada tu, gajet ni sebagai penyelamat, bila anak tantrum, menangis bila ibu atau bapa sedang melakukan kerja, bagi handphone, pasang lagu kegemaran, baru budak-budak diam. Yela, kadang tak tau nak buat macam mana, hanya gajet je dalam fikiran.

Lagi zaman sekarang, semua zaman teknologi, handphone, komputer, laptop, tab dan mcam-macam lagi, di mana ia menjadi penggunaan utama waktu kini. Nak taknak, kena dedahkan anak-anak dengan gajet ni, kerana ia bukan sahaja tujuan untuk pembelajaran malah lebih dari tu. 

Contoh, waktu pandemik ni, pembelajaran sekolah menggunakan medium online, di situ dah nampak pentingnya gajet ni. 


Ada masa, gajet ni bukan sahaja untuk pembelajaran, malah untuk anak-anak tonton cerita atau bermain game yang diaorang minat. Yela, diaorang pun nak berhibur sekejap seperti kita. Jadi, gadget ni memang tak dapat elak untuk anak-anak. Takut kalau kita tak bagi, dia akan ketinggalan dari segi teknologi pulak. 

Tips Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gajet


Masalah bila dah duduk depan gadget ni, anak-anak akan leka dan ambik masa beberapa jam dengan gajet. Perkara yang membuatkan ibu bapa risau ialah penglihatan anak-anak. 

Terdedah pada screen terlalu lama, dengan cahaya screen depan mata, bimbang mata tu akan rosak. Penggunaan gajet tanpa kawalan sangat bahaya kepada mata anak, jadi sebagai ibu bapa, kenala ambik tau cara jaga mata anak walaupun tanpa meninggalkan gajet.


Sebagai ibu, nad memang ambil berat tentang kesihatan mata anak. Jadi nad ambil kesempatan mendengar FREE TALK yang dikongsi oleh Doktor Mohd Hafidz Ithnin, Palar Mata di Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM Kuantan dengan tajuk yang sangat bagus iaitu " Bagaimana Nak Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gajet ".

Doktor Mohd Hafidz pun berkata, gajet ni memang tak dapat dielakkan. Hampir kesemua orang menggunakan gajet untuk kegunaan harian termasuk anak-anak kita. 

Mengikut kajian sekumpulan pensyarah kejururawatan, data menunjukkan kanak-kanak 12 tahun ke atas, remaja, bermain smartphone lebih dari 3 jam pada waktu weekend. Memang sangat merisaukan. Yela, trend diaorang tengok Tiktok, game Mobile Legend dan macam-macam lagi.


Kesan Penggunaan Gajet Pada Mata

Penggunaan gajet terlalu lama, lebih dari 3 jam boleh beri kesan kepada mata anak. Ini adalah perkara yang sangat membimbangkan dan merisaukan. Antara kesan yang boleh menganggu mata anak ialah



1) Peningkatan Power Spek Mata
Perkara ini berlaku apabila anak sudah mula memakai cermin mata sejak kecil lagi. Contoh 5, 6 tahun pakai cermin mata, dan mengadap gajet akan menyebabkan power makin meningkat. Lagi menakutkan apabila power makin meningkat, bola power makin memanjang dan akan menyebabkan saraf dekat belakang mata akan koyak sehingga boleh menyebakn mata buta. Macam ni la jadi bila main gajet yang tidak dikawal.



2) Otot Fokus Mata Yang Tidak Stabil
Mata kita ni macam kanta kamera DSLR, perlu fokus. Bayangkan bila kita main gajet terlalu lama, otot fokus terlalu aktif, lama-lama penglihatan anak menjadi kabur. 



3) Mata Cepat Penat
Mata pun akan cepat penat, tak berehat kerana terlalu aktif mengadap gajet.



4) Juling
Pengalaman Dr Hafidz sendiri dengan pesakitnya yang berusia 14 tahun yang mempunyai mata juling disebabkan main game PUBG 5 jam sehari  dan kadang kadang lagi lama menjadikan auto fokus tak terkawal. Nampak, tak sangka kan, dengan gajet rupanya boleh buat mata kita juling juga. Juling boleh jika dirawat, ambil masa 6 bulan hingga setahun jika tidak serius.



5) Susah Nak tidur (insomnia)
Bila dah mengadap gajet terlalu lama, akan menyebabkan seseorang itu susah tidur. Badan kita akan terlalu penat, dan ganggu penghasilan hormon tidur.


Tips Menjaga Mata Anak 

Kita yang dewasa ni mungkin boleh kawal penggunaan gajet tapi untuk anak-anak, diaorang kalau dah smartphone depan mata memang takkan berganjak. Jadi, sebagai ibu bapa, kenala ambil tau dan kawal penggunaan gajet dekat anak-anak. Memang gajet tidak dapat dielakkan, tapi kita boleh kawal dengan pelbagai cara. Antara tips menjaga mata anak



1) Berehat sebentar dan boleh sambung semula penggunaan gajet
Penggunaan gajet ni kita hadkan paling maksimum sejam. Lepastu bagi rehat mata ni dalam masa 15 minit. Contoh boleh ajak anak tengok pemandangan luar. Mata pun perlu berehat. Cara lain, ibu bapa boleh pasang alarm untuk bagi memberhentikan penggunaan gajet. Macam nad, suami ada buat satu app yang parents boleh guide berapa lama masa dia boleh gunakan gajet. Penting sangat rehatkan mata ni.



2) Galakkan aktiviti luar rumah
Satu aktiviti yang sanagt bagus dilakukan. Takdala anak bosan duduk dalam rumah tak tau nak buat apa kan. Cara ni mungkin dia dapat lupakan sekejap gajet. 



3) Kanta khas untuk penggunaan gajet
Ni salah satu cara yang sekarang ramai ibu bapa ambik tau. Gunakan cermin mata khas penggunaan gajet yang dapat membantu mengurangkan masalah mata anak.



4) Penggunaan kanta penapis warna biru
Perlu ada kanta yang ada penapis warna biru/ blue filter lens supaya cahaya tidak masuk dalam mata anak ketika mengadap gajet.



5) Beri ganjaran pada anak ( Tak semestinya duit )
Salah satu insentif ibu bapa perlu buat dekat anak-anak. Tapi nad rasa yang ni anak-anak paling suka bila sebut ganjaran atau "reward". Tapi elakkan bagi duit, boleh bagi reward jenis lain, seperti belikan apa yang diaorang suka atau bawa pergi bercuti. 

Banyak input yang kita dapat dari sini kan. Gajet memang tak dapat dielakkan tapi kita boleh kawal. Sesekali, pergila ke optom untuk buat rawatan mata, terutama sekali mata anak. Selagi boleh cegah daripada mata rosak, kita cegah, daripada jadi terlalu teruk.



Kiddos Eyecare Optom Bangi

Berita baik!!

OPTOM Eyecare ada menawarkan perkhidmatan rawatan khas untuk kanak-kanak iaitu Kiddos Eyecare. 

Mereka juga akan membuat pemeriksaan mata kanak-kanak pada 11/12/2021 ini bersama Dr Mohd Hafidz Ithnin. Ambil peluang ini untuk tanyakan apa-apa berkenaan mata, masalah mata supaya mata anak-anak tiada masalah mata. Kita ni kalau boleh nak mata anak sihat selalu.

Untuk info lanjut atau mahu dapatkan pemeriksaan mata secara menyeluruh, boleh layari website mereka atau terus ke premis mereka di Bangi, Selangor.

OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor 
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)

Instagram : Optom Eyecare
Facebook : Optom Eyecare
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Tq
    Info bermanfaat untuk dikongsikan

    ReplyDelete
  2. untuk anak, kne aware semua ni kan? lagi2 anak2 zaman skrg, fully dengan gajet

    ReplyDelete
  3. saya risau anak-anak duk selalu tengok handphone sebabkan penangan pdpr. huhu.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS