hai assalammualaikum

Bagus Juga Perangkap Tikus Jenis Melekat/Glue Ni, Beli Di Mr DIY, Guna Untuk Tangkap Cicak Pun Boleh - Lepas kucing mr mafia hilang bertahun dulu, memang kitaorang tak bela kucing dah. Adalah sebabnya kenapa, kitaorang tak bersedia lagi nak bela kucing. Sejak kucing takda, tikus, cicak mula la bermaharajalela di rumah ni. Asal ada makanan, adalah binatang ni. 

Yang cicak pulak, cicak moden mungkin, jenis makan nasi, lauk yang dibuang. Kalau pergi dapur nak buang ke, tiba-tiba ada je cicak tu bertempiaran lari. Dekat-dekat dinding nad letak periuk nasi pun ada. Sebab tu makanan, senduk ke apa ke, memang nad tak biarkan dekat luar. Takut cicak ni la, dia makan ke apa kan. Tak pasal-pasal kena penyakit kang.


Untuk hilangkan tikus, mr mafia ada beli ubat khas, tak pakai perangkap melekat ni. Selesai jugala, sebab tikus tu pergi makan terus mati. Ada nad share entry dekat blog ni, boleh baca ( Pagi yang mengejutkan ).Lama-lama tengok macam dah takda tikus ni, mungkin nad dah beli tong sampah ( Tong sampah jimat ruang ) memang khas untuk buang makanan, kemudian tutup, tak bau dah makanan, jadi tikus pun dah takda.

Bagus Juga Perangkap Tikus Jenis Melekat/Glue Ni, Beli Di Mr DIY, Guna Untuk Tangkap Cicak Pun Boleh


Datang pulak masalah cicak ni. Mula duk fikir memang nak kena bela kucing juga. Tapi lepas tu, mr mafi abeli perangkap tikus jenis melekat/glue ni dekat Mr DIY. Nama je untuk mouse/rat/tikus, tapi boleh je guna untuk binatang lain, macam lipan, cicak, lipas, semut, dan lain-lain. Harga tak pasti pulak, sebab mr mafia yang beli.



Ada dua jenis mr mafia beli, tapi dua-dua jenis pelekat. Satu jenis pelekat sehelai-sehelai, satu lagi jenis board.

Sebenarnya, apa jenis perangkap pun boleh, asalkan kita tau tempat dia selalu lepak..hahaha. Tempat selalu dia lalu, dia lari.

Macam kat rumah ni, cicak selalu dekat dinding periuk nasi, dekat bawah peti ais macam tu. Jadi kitaorang pun letak tempat laluan dia.

Cicak ni pun kadang suka minum teh uncang yang tak digunakan. Memang kadang, teh uncang yang tak guna nad letak dekat pinggan sekejap, esoknya nak buang. Bila nampak cicak jilat terus nad tak biarkan dekat luar. Kotor weii kalau tak nampk, lepas tu kita guna semula..euwww..


Tak sampai sehari, nah kau 4 ekor cicak hasil tangkapan menggunakan Mouse & Rat Glue Board.

Dekat petia ais pun dah dapat guna Rat Glue Trap. Tapi tak tunjukla, geli dowh..hahaha.

Banyak gila cicak dekat rumah ni rupanya. Mungkin ada anak-anak dia sekali. Tapi memang ada nad pernah nampak, satu ciak tu besar gila oii. Adakah hasil dari makan sampah dan teh ni. Geli oiii.

Harap guna perangkap ni, makin berkurangla cicak dekat rumah ni.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. seramnyaaa banyak makhluk menumpang. cepat la kau beredar dengan bantuan gam tu. heeee

    ReplyDelete
  2. allahu. banyaknya cicak. we al baru berdepan dgn masalah tikus ni. punya lah bijak pandai segala perangkap tak berhasil. last2 melekat kat pelekat mcm ni lah. menggelikan sungguh.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS