Mungkin nampak tong sampah je, tapi tong sampah nad nak tunjukkan ni tong sampah yang jimat ruang, design menarik dan pelbagai guna. Macam biasalah, nad dapatkan tong sampah ni dekat Shopee.

hai assalammualaikum

Tong Sampah Jimat Ruang, Design Menarik Dan Pelbagai Guna - Halah, tong sampah je pun, tu pun nak buat entry ke.. Kotla ada orang tanya macam tu kan.. Hahaha. Tak kisah, nak cerita juga, mana tau, tong sampah ni unik untuk korang, macam nad rasa. Mana tau korang nak jimatkan ruang, taknak guna tong sampah atau kotak banyak-banyak untuk buang sampah atau buang barang kitar semula tu.Mungkin  nampak tong sampah je, tapi tong sampah nad nak tunjukkan ni tong sampah yang jimat ruang, design menarik dan pelbagai guna. Macam biasalah, nad dapatkan tong sampah ni dekat Shopee.


Tong Sampah Jimat Ruang, Design Menarik Dan Pelbagai Guna

Kalau tengok design dia, memang sangat cantik, menjimatkan ruang dan macam-macam boleh guna. Masa nad tengok, baca feedback, semua kata bagus. Mula-mula fikir juga, nak ke taknak, nak ke taknak,..hahaha, delima juga ye. Pastu tengok description, ada ukuran, buatla ukuran muat ke tak dengan tempat tong sampah nad. Yes, muat, pastu delima lagi nak beli ke tak.. Hahaha. Tapi fikir punya fikir, arghhh masukkan dalam cart, terus check out.. Kihkih.. Sebab berguna sangt tong sampah ni.



Macam nad, sebelum ni ade dua tong sampah, tapi saiz sederhana. Tong sampah nad buat untuk buang sampah dan pampers. Kadang tong sampah tu tak dapat nak tutup sebab dah terlalu banyak sampah. Nad selalu letak sampah dekat luar ikut hari lori sampah datang. Jadi apa-apa buang sampah dekat tong sampah dalam rumah dulu. Tu kadang penuh tu. Tong sampah pulak saiz sederhana, memamg kadang tak muat. Bila tak dapat tutup, berbau la kan.

Jadi bila beli tong sampah Locaupin Household Sorting Trash ni, banyak ruang, dan bakul dalam satu tingkat sahaja. Jadi dekat sini dah jimat ruang. Tak perlu banyak tong sampah. Lepastu dia ada saiz dia, ada 38L dan 45 L. Masa nad beli 38L dah habis, grab jela 45L. Baca komen 45L besar. Harga pun murah bagi nad la RM 79..tapi ni tak termasuk shipping..

Nad order 7/6, sampai 12/6..kira cepat jugala. Sampai pun dalam keadaan baik. Takda pecah ke apa. Kalau ada masalah, chat je dengan seller, dia respon.

Tong sampah sampai pun, teruja kemain.. Hahaha..




Nak pasangnya pun mudah. Tinggal cantum bakul, masukkan bakul bawah, dan letak penghadang tengah. Taknak letak penghadang pun boleh.


Tingginya dah sama macam anak.. Hahaha.. Senang diaorang nak buang sampah. Tinggal buka, takyah tunduk-tunduk.

Nasib baik saiz 48L tinggal, puas hati, sebab besar betul. Nak buang banyak sampah pun ok. Takda dah sampah terkeluar-keluar ke, tong sampah bersepah atau bau yang kurang menyenangkan.




Tong sampah ni ada pemegang dan roda. Senang nak sangkut apa-apa. Macam nad sangkut lap tangan.

Roda tu memudahkan untuk alihkan tong sampah. Takyah angkat ke apa. Suruh anak tolak pun boleh.. Hehehe. Nak bersihkan lantai, tolak je tong sampah.

Tong sampah ni jenis plastik, tapi plastik yang tebal, tahan ama, tahan kelembapan dan tahan cendawan. Warna pun cantik, putih je. Trend sekrg semua kan nak warna putih baru lawa.. Hehehe.. Lagipun tong sampah ni mudah dibersihkan.


Macam nad buat tong sampah ni untuk buang sampah kering, sampah basah dan pampers. Suami pun suka nad beli tong sampah ni, sebab takde bau. Yela sebelum ni pmpers anak, tong sampah depan bilik mandi, jadi kadang bau. Sejak pakai tong sampah ni, takde bau apa.

Tong Sampah Pelbagai Guna


Tong sampah Locaupin Household Sorting Trash ni boleh buat macam-macam. Selain sampah, boleh buat barang kitar semula ke atau simpan barang anak. Boleh juga buat macam almari ke.. Letak simpan buku atau majalah. Yela design dh lawa.. Hah, sayang nak guna untuk sampah, guna untuk lain. Betul tak.. Pulak tu ada roda, boleh bawak kesana ke sini.

Memang puas hati la beli. Dapur pun takda dah banyak tong sampah. Kotla korang nak juga, boleh usha  TONG SAMPAH LOCAUPIN HOUSEHOLD SORTING TRASH. Tengok dekat shopee. Nad tengok sekarang dah sold out, tapi mungkin ade dari seller lain.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

16 comments so far,Add yours

  1. Sukanya sebab ada roda..boleh tolak sana sini. mudah nyaa'

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak beli nad..dah abis di jual

    ReplyDelete
  3. Sampah penuh nak buang kat luar tarik je. Tak payah angkat berat-berat.

    ReplyDelete
  4. menarik.. boleh asingkna terus sampah ikut jenis

    ReplyDelete
  5. Wow memang besar dan mudah untuk asingkan

    ReplyDelete
  6. menarik dan boleh konsider tuk beli jugak nie

    ReplyDelete
  7. Menarik gak design sebegini - jimat ruang kan. Memang tak keluar bau ek? Kalau betul, Rawlins nak beli untuk rumah kat kampung Sarawak nun. - beli untuk my mum sebab my family sejenis yang suka jamu saudara-mara almost every weekend - memang banyak la sampah bila dah berkumpul beramai-ramai kan

    ReplyDelete
  8. eh serius best gilerr macam ni...memang tengah cari tong sampah gak ni..tapi harga dia tu boleh tahan jugak kan...kumpul duit dulu!

    ReplyDelete
  9. Bagusnya tong sampah macam ni. Siap ada roda. Mudah yang alih-alih

    ReplyDelete
  10. Wah menarik ni. Sampai pon ada nampak unik pelbagai guna. Boleh ajar anak seronoknya buang sampah ke dalam tong sampah mcm ni

    ReplyDelete
  11. Menarik.Boleh jadi macam-macam fungsi pulak.Kalau ada peluang kena beli ni.

    ReplyDelete
  12. Cantek dan kemas tong sampah ni.. nanti bolehla ricky2 kat shopee hehhee

    ReplyDelete
  13. Menarik plak sekali nengok, boleh tarik ke sana sini kalau nak guna... ada color putih aje ke Nad?

    ReplyDelete
  14. Cantik plk dedign tong sampah Locaupin Household Sorting Trash ni, nti blhlah beli satu

    ReplyDelete
  15. Bab roda dan besar tu saya suka sangat... Senang kannnn... Kat rumah ni pun dok pantau regarding pembuangan sampah... Bukannya apa, tak nak ada bau-bauan yang kurang menyenangkan gitu...

    ReplyDelete