hai assalammualaikum

Kes Covid Makin Hari Makin Naik, Jaga SOP, Jaga Diri Dan Doa Yang Baik-Baik - Bila tengok angka covid, macam tak percaya pun ada, tapi kena percaya juga. Dia macam tiba-tiba naik kes covid ni, macam tahun-tahun sebelum ni. Kes naik bila lepas perayaan CNY dan nak dekat dengan puasa dan raya. 

Tapi tak hairan juga, sebab masa CNY pun ramai yang berjalan sana sini, balik kampung. Covid ni mana la kita tau nak kena bila kan.



Kes Covid Makin Hari Makin Naik, Jaga SOP, Jaga Diri Dan Doa Yang Baik-Baik 


Masing-masing dah redha dengan kehidupan covid ni. Tapi macam terkejut juga kes covid makin hari makin naik. Walau kita dah jaga SOP, jaga batas, kadang ada juga yang leka. 

Nak salahkan orang pun tak boleh, melainkan dia memang dah kena covid, tapi tak bertanggungjawab merayau sana sini.

Kes harian sekarang 11,034 telah dilaporkan. Speachless, tak tau nak cakap apa. Buat masa sekarang memang tak pergi mana-mana tempat yang sesak. Nak keluar pun bersebab, lepas tu cepat-cepat balik rumah. 

Kita doa jela yang baik-baik. Haritu bercuti pun dengan keluarga bukan masa sesak. Jangan lupa sentiasa bawa sanitizer, bersihkan diri. 

Duduk dekat rumah je pun tak boleh, nanti kepala tak berfungai dengan baik. Jadi sentiasa patuhi SOP dan jaga diri masing-masing. Kalau ada tempat viral tu nak pergi masa tak ramai orang. 

Sekarang ni kita hanya berdoa dan terus berdoa semoga urusan kita dipermudahkan dengan baik. Selagi boleh elak, kita elak. Jaga diri, jaga SOP, jaga pemakanan, ambil vitamin atau apa sekalipun. Semoga kita semua dilindungi. 
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Betul, duduk rumah stress pulak terkurung. Semoga kita semua dilindungi. Amin

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS