hai assalammualaikum

Buat Rawatan Muka 4 in 1 Whitening Laser Di Renora Clinic Bandar Sri Permaisuri Cheras - Haritu nad buat rawatan laser muka dekat Renoraclinic. Pertama kali nak buat rawatan laser ni, tu pun sebab tengok bekas jerawat makin menjadi-jadi ye, taknak hilang pulak bekas jerawat ni. Kulit muka nad ni jenis sensitif, salah sikit guna produk atau tak jaga dengan betul, mula la buat hal. Jadi kali ni kita cuba buat laser. Orang cakap laser ni lagi bagus kan. 

Disebabkan pertama kali nad buat laser muka ni, buka sembarangan tempat nad pergi. Kalau diikutkan, banyak tempat rawatan laser ni, tapi nad pilih Aesthetic Clinic yang betul-betul bagus dan elok, ada doktor dan bukan aesthetic biasa. Macam Renoraclinic ni, sebelum pergi nad google dulu, tengok website dan media sosial dia yang lain. Tengok rawatan apa yang dibuat dekat sini.


Selain tengok rawatan, nad tengok juga pakar doktor situ. Dekat sini nad tengok yang buat untuk rawatan muka Dr Ruhil. Dr Ruhil is a Board Certified Aesthetic Medical Practitioner (LCP). Beliau memperolehi Certification of Medical Aesthetics (LCP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi takda was-was nak buat rawatan laser dekat sini, sebab Dr Ruhil bertauliah dan berpengalaman menjadi doktor lebih 10 tahun. Lagi satu selamat, sebab telah diberikan lesen oleh KKM untuk doktor membuat rawatan aesthetic.

Ya, sebelum dapat lesen, KKM akan tengok kriteria-kriteria lain juga dan doktor tu perlu ambil exam dan macam-macam lagi. Kalau korang nak tau bukan semua doktor boleh praktis aesthetic. Hanya doktor yang ada LCP yang boleh buka klinik aesthetic dan buat rawatan laser ni. Jadi, hati-hati bila pergi buat rawatan aesthetic dan laser ni. Korang kene tau juga, klinik aesthetic yang bertauliah semestinya telah diluluskan oleh KKM. Risau ye, muka ni kita nak cantik, bukan pergi buat rawatan, jadi effect yang teruk kan. Muka ada satu je wak, hahaha, mestilah nak cantik terus.


Buat Rawatan Muka 4 in 1 Whitening Laser Di Renora Clinic Bandar Sri Permaisuri Cheras

Rasa dah puas hati, nad set booking appoitment pada hari Rabu melalui whatsup sahaja. Senang berurusan dan pantas ye diaorang balas. Lokasi Renora Clinic di Kompleks Permaisuri Q, Bandar Sri Permaisuri Cheras. Kalau tekan maps ok je dia bawak sampai tempat tu. Nad punya appoitment pukul 11 pagi, jadi gerakla awal.



Dekat sini senang parking jadi tak kalut la kan. Renora Clini dekat Lot R-UG-17,Kompleks Permaisuri Q. Tapi kalau nak senang, dekat tingkat 1 je..hehee. Boleh tengok gambar tu, nak memudahkan  korang nampak lokasi tu dekat mana. Renora Clinic atas kedai makan Cik Jah Nasi Ayam Bakar.



Antara rawatan yang dibuat di Renora Clinic merangkumi seluruh badan. 
- Rawat Jerawat
- Parut / lekuk
- jeragat / Melasma
- Rambut Gugur / Botak
- Weight Loss / Double Chin
- Kedutan /anti aging
- Glass Skin Booster
- Keloid / parut timbul
- Parut gelap
- Cellulite/ Strect Marks
- Fractional Laser
- Whitening Laser
- Masalah kulit ( Eczema, Psoriasis, Fungal )
- Pembuangan tahi lalat / mole removal
- Scar removal
- Chemical Peeling
- Skincare
- General Medicine.

Sesuai untuk semua peringkat umur.

Rawatan dekat sini sesuai untuk semua peringkat umur, dari baby sampai la orang dewasa. 

Alhamdulillah, dekat Renora Clinic ni patuh SOP, ada scan mysejahtera, staff pun sentiasa pakai mask.





Suasana tempat sangat selesa dan menenangkan. Jadi kalau datang dengan pasangan, anak-anak ke, memang diaorang selesa je menunggu. Sebab dah booking, jadi proses masa datang cuma daftar dan tunggu turn untuk buat rawatan terus. 

Mula-mula, perlu basuh muka dulu. Macam nad datang buat rawatan ni memang muka tak makeup orang cakap muka togel je..hahaha. Sebab tau, kalau datang bermakeup, kena cuci kan. Yela, nak buat rawatan muka, muka kena bersih dari segala kekotoran ya. Tapi tak makeup pun kena datang cuci muka juga.


Oh yang ni cuci muka sendiri, jangan risau, masa buat rawatan akan dicuci lagi oleh staff. 


Lepas tu staff akan ambik gambar, nak tengok muka kita, jadi nanti doktor boleh consult.



Scan analysis ni memang wajib buat la kan. Nak tengok, keadaan muka kita mana yang baik, mana yang tak baik, mana yang perlu ditambah baik. Teknologi sekarang dah canggih, senang je nak analysis muka kita kan.



Jadi dari segi analysis ni, muka nad ni takdala terlalu teruk. Cuma sangat la kering sebab tu bekas jerawat hitam lambat nak hilang. Yang lain semua ok. Biasalah dah berumur, kurang ceramide, kulit terlalu kering dan oil jadi aktif. 


Lepas dah scan analysis, akan dapat consultant dari Dr Ruhil. Waktu ni memang panjang dia cerita bab kulit muka, tapi nad suka dengar. Yela, kita ni bab skin zero, kadang keadaan kulit kita pun tak tau kering ke, oily ke. Macam mana boleh terjadi masalah kulit kan. Waktu ni memang Dr Ruhil terangkan satu persatu dan rawatan yang sesuai untuk dilakukan.

Macam nad, liang pori kulit ni banyak tersepit dan menyebabkan munculnya jerawat dan kesannya parut. Mungkin bagi sesetengah orang, fikir jerawat je, boleh hilang, tapi sebenarnya kita nak elakkan daripada parut. Sebab kalau dibiarkan, kilang minyak dalam kulit akan pecah dan melekat-lekat akan menyebabkan parut lekuk. Walaupun parut boleh hilang, macam mana kita jaga kulit tu, ambil masa lama ke cepat untuk hilangkan parut. 


Macam nad, memang nak buat laser, jadi Dr Ruhil cadangkan buat 4 in 1 whitening laser. Laser pun yang mild dan gentle sahaja, sebab nad punya muka tak teruk sangat, cuma yang tinggal bekas jerawat.  Harganya sangat berpatutan ya hanya RM499 sahaja termasuk free snow facial dan aqua peel. Laser bukan dekat jerawat je, tapi laser seluruh muka tau.

Untuk 4 in 1 Whitening laser ni ia dapat membantu
- Cerahkan kulit , sekatakan tonakulit dan kurangkan parut gelap.
- Kurangkan gelap bawah mata
- Pink kan bibir
- Buang bulu halus yang jenis halus-halus sahaja.

Lepas dah consult, terus ke bilik rawatan muka. Bilik pun menarik je kan, kemas bersih dan selesa.

 
Ni video nad buat rawatan 4 in 1 whitenig laser dan di bawah 👇 ini adalah langkah-langkahnya
 



Langkah pertama cuci muka.

Macam nad kata tadi, walaupun dah bersihkan muka sendiri, tapi bila nak buat rawatan pun masih akan dicuci muka oleh staff. Muka ni memang kena bersih betul-betul bila nak buat rawatan. Takdala ganggu kulit kita bila nak buat rawatan.



Langkah kedua

Hah, masa untuk buat rawatan laser dekat muka. Sebenarnya banyak kali juga nad fikir nak buat laser ni, yela, seram sejuk bila dengar laser ni..hahaa. Duk fikir, sakit ke tak, macam amna dia laser, dalam fikiran dah macam-macam ni. Dalam fikir macam-macam, tetap nak buat juga..hahaa. Yela, tengok orang buat laser, kulit jadi semakin baik, why not kan nad cuba. Suami pun tak kisah, dia paham isterinya struggle nak cantik. Arghh gituu!!. 

Ok dah, berbalik kepada rawatan laser, Dr Ruhil yang akan lakukan. Yup, bukan staff yang buat, tapi doktor sendiri yang buat. 


Mula-mula mata nad akan ditutup bagi elakkan terkena mata. Lepas tu laser akan dihalakan ke kulit muka nad. Masa ni Dr Ruhil cakap " sakit bagitau ye ". Kita dah dup dup dup jantungnya..haha. Bila dah mula laser, la macam ni ke. Takdala sakit mana, rasa macam kena gigit semut dan rasa pans-panas je. Nad punya ni laser yang mild, sederhana, mungkin kulit yang teruk, lain sikit kot rasa. Tapi laser ni, nad ok je.


Bagusnya, rawatan 4 in 1 whitening laser ni, bukan dekat bahagian bekas jerawat sahaja, tapi dia termasuk pakej seluruh muka, laser bawah mata, laser bibir bagi pink bibir tu. Yela, bibir kita kan kadang adawarna hitam tu kan dan buang bulu halus dekat muka, macam nad dekat bulu halus dekat atas mulut, senang cakap misai la. Nad pun baru nampak ada bulu halus dekat situ.

Dr Ruhil buat elok je, takda kasar ke apa. Dan proses laser ni ambil masa sekejap sahaja dalam 10-15 minit.


Langkah ketiga

Seterusnya diletakkan towel sejuk dekat muka. Yela muka dah panas, jadi nak bagi sejuk muka, letak la towel yang sejuk tu. Best sungguh.


Langkah Keempat

Lepas tu, proses yang termasuk dalam package iaitu Snow Facial, dipanggil Cold Therapy. Ada mesin khas dia, hujung bentuk bulat tau. Bila benda tu letak dekat muka, sejuk je muka ni. Benda tu digerakkan secara membulat di seluruh wajah. Cold Therapy ni untuk hydration kulit yang kering. Nad memang enjoy waktu rawatan ni, hahaha.



Langkah Kelima

Selesai LED Light, pakaikan clay mask pulak. Clay mask ni untuk soothing dan hydration. Bagi tenang sikit muka, pada masa sama dapat anjalkan muka. Clay mask ni lama-lama akan keras, memang baring jela dekat situ tak bergerak..hahaa.

Langkah Keenam

Hah ni langkah terakhir yang memang akan dibuat selepas rawatan. Apply kan moisturizer dan sunblock. Dua ni memang penting dalam penjagaan kulit muka.

Oh, dalam package ada free Aqua Peel, tapi nad tak buat sebab kata Dr Ruhil tak boleh buat sekali dalam satu sesi, takut muka rosak. Jadi kena datang next appoitment. Dr Ruhil cakap, biasanya selepas 1 bulan laser baru boleh buat Aqua Peel.

Hah ni antara rawatan 4 in 1 whitening laser yang nad buat dekat Renora Clinic. 


Nanti akan dicadangkan juga skincare yang sesuai untuk muka kita. 

Kesannya ikut kulit masing-masing, buat sekali memang takda terus hilang la kan, kita kena buat banyak kali. Nad pun akan datang lagi untuk buat rawatan dekat sini. Paling penting penjagaan kulit dekat rumah pun kena ambik berat, seperti pakai moisturizer dan sunscreen setiap hari.

Kenapa perlu buat rawatan di Renora Clinic?

Sepanjang rawatan dekat Renora Clinic memang nad rasa tenang je, selesa dan best. Serius nad cakap best gila! Korang datang la sini kalau nak buat rawatan kulit muka atau rawatan rambut. Pengalaman nad buat rawatan dekat sini boleh dikatakan semua perfect. Peralatan yang digunakan semua selamat dan terbaik, mempunyai lesen sah dari KKM. Rawatan pun tiptop.


Dan diaorang akan pastikan setiap pelanggan yang datang, walaupun selepas rawatan, diaorang tetap bantu kalau korang rasa nak tanya sesuatu. Staff dekat sini peramah, doktor baik, jadi takda masalah nak tanya apa-apa sahaja.

Macam nad, kalau nak buat rawatan melibatkan muka, memang nad akan pilih tempat yang selamat. Di Renora Clinic, mereka utamakan safety dan akan pastikan result rawatan yang diberikan pelanggan terbaik.

Semua staff di Renora Clinic, bukan biasa-biasa, tapi dah ada kemahiran, pengetahuan dan Doktor sendiri merupakan doktor perubatan aesthetic ( certified LCP by KKM ) yang berpengalaman bertahun-tahun. 


Bagus buat rawatan muka ni, yela kadang kita dah jaga, dah ikut penjagaan muka dengan betul, kadang tak menjadi. Elok datang buat rawatan sekali sekala, tau berkenaan masalah kulit muka kita ni, consult dengan dokror. Paling penting, pergi ke tempat yang betul-betul klinik, yang doktor memang pakar dan dapat kelulusan KKM. Mahal sebab bagus, bukan pilih murah tapi jadi lain kan. Tak kisahla lelaki ke perempuan, mesti nak cantik kan. 

Mana yang tengah cari rawatan muka atau rambut, rawatan badan atau nak slimming boleh datang ke Renora Clinic. 


Untuk tau lebih lanjut, boleh layari

Renora Clinic Bandar Sri Permaisuri
Alamat: Lot R-UG-17, Kompleks Permaisuri Q, No 6, Jalan Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Waktu operasi : Isnin - Ahad ( Selasa tutup ) 9 pagi -7 petang 
Contact : 0116 098 8315
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Seronok dapat buat rawatan kat sini kak juju tgk video tu nampak selesa ya di sana. Bagus!

    ReplyDelete
  2. Rasa yakin sikit bila buat rawatan dgn memang betul2 doktor yg pakar dlm bidang ni kan nad. Cx lak rasa segar muka lepas tgk nad buat rawatan heheh

    ReplyDelete
  3. Bestnya. Asyik terleka tonton video Nad. Rasa teruja nak cuba jugak rawatan kat sini

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat buat rawatan muka. Lama dah tak buat ni.

    ReplyDelete
  5. Untuk lelaki ok tak? Rawlins pun dah kena mula memanjakan diri dan kulit muka nie. ALmaklum usia makin bertambah kan

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaa. Teringin nak buat rawatan macam ni 😍

    ReplyDelete
  7. Ladies will surely want to pamper themselves by having such treatment for sure.

    ReplyDelete
  8. Bestnya. Lama jugak tak buat rawatan facial macam ni. Sonok bila ada perubahan pada kulit wajah kan.

    ReplyDelete
  9. wow there are so many amazing services being offered at this clinic. definitely gonna try out this laser as well as the cellulite treatment!

    ReplyDelete
  10. Wahh rupanya aesthetic clinic sesuai untuk semua peringkat umur ye.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS