hai assalammualaikum

Buffet Ramadan 2022 Di The Venue Shah Alam - Cepatnya masa berlalu, tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadan tahun 2022 ni. Mulalah, tercari-cari tempat Buffet Ramadan yang menarik boleh kita berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Dah berapa tahun kita tak berbuka puasa buffet ni kan. Banyak yang kita lalui sepanjang 2020 dan 2021 ni, bermula dengan Norma baharu sehingga la ke endemik. Alhamdulillah, tahun ni dapatla kita bersama-sama orang tersayang berbuka puasa di luar. Salah satu tempat yang nad nak kongsi untuk korang berbuka puasa di Buffet Ramadan 2022 The Venue Shah Alam.

Tempat yang menarik dan selesa, jomlah beramai-ramai berbuka puasa di The Venue Shah Alam dengan tema Riang Ria Ramadan untuk konsep Buffet Ramadan tahun ini. Untuk tahun ini, lokasi Buffet Ramadan The Venue Shah Alam telah berubah iaitu di Plaza Alam Sentral, Tingkat 2, Shah Alam. Hah jangan salah pulak ye. Waze je Plaza Alam Sentral Shah Alam tau.




Buffet Ramadan 2022 Di The Venue Shah Alam


Mesti tak sabar nak tau menu apa yang ada di Buffet Ramadan 2022 di The Venue Shah Alam. menu makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia dan sesuai untuk pelbagai bangsa. 












Selain menu utama, The Venue juga menyediakan 8 stall yang terdiri daripada : 
- Nasi Arab Ayam Mandy 
- Kambing Golek 
- Aneka Mee Kak Mas 
- Shell Out Seafood 
- Apam Balik Abang Zam 
- Pencuci Mulut & Buah-buahan 
- Aneka Jeruk – Jeruk 
- Aneka Keropok 
- Ulam-ulaman Kampung dan Pelbagai Sambal 



Hah, bagusnya menu-menu ini akan berubah-berubah setiap minggu. Jadi pelanggan yang datang akan dapat merasakan masakan yang  berbeza beza setiap kali hadir ke The Venue. 


Selain itu, The Venue juga berkolaborasi bersama Abg Dee yang akan memeriahkan suasana. The Venue juga membawa Live Band OJKustik yang akan menghiburkan para pengunjung semasa majlis Buffet Ramadhan berlangsung. Mesti suasana jadi happening kan bila ada Abg Dee dengan Live Band. Sambil menikmati makanan, sambil dengar Abd Dee berceloteh, sambil dengar lagu.

Menariknya lagi pengunjung yang berkunjung ke Buffet Ramadhan The Venue berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000.00 tajaan Ariani, Jakel, Empire Classic Furniture dan Tupperware.


Promosi Harga Tawaran Awal (Early Bird) 
Dewasa : RM 66
Kanak-Kanak 5 – 12 tahun : RM 46
Grup 10 orang dewasa :  RM 600/meja

Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2021 sahaja. 

Harga Normal 
Dewasa : RM 88/orang 
Kanak-kanak 5 – 12 tahun: RM 49/orang 
Grup 10 orang dewasa : RM 800/meja 

PERCUMA untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun. 


Ruang Untuk Korporat

Tahun ini The Venue membuka ruang kepada pelanggan korporat yang ingin meraikan staf atau pelanggan mereka dengan mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup. Dengan ini, pihak pelanggan lebih selesa untuk membuat aktiviti bersama sama tetamu yang hadir di samping ruang yang luas dan tidak bercampur bersama tetamu majlis berbuka puasa secara terbuka. 

Pakej ini bermula daripada RM98/orang (Min. 150 orang). 

Program Infaq

Selain itu, The Venue Shah Alam juga akan membuat program infaq kepada rumah rumah kebajikan di sekitar Shah Alam. Pelanggan boleh menginfaqkan anak - anak ini untuk menjamu selera di Buffet Ramadhan The Venue. Selain itu, kita juga akan mengumpul dana untuk barang barang keperluan mereka pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

Jadi, pelanggan boleh menderma serendah RM60/orang untuk majlis berbuka puasa, dan RM50/orang untuk barang – barang keperluan Hari Raya. 

Event Space

The Venue juga adalah Event Space yang agak terkenal di Shah Alam yang menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan, hari lahir, nikah, tunang, pelancaran produk, reunion, seminar, majlis graduasi, majlis makan malam dan sebagainya. Pakej akan dibuka semula pada May 2022. 

Pakej Perkahwinan yang ditawarkan di The Venue adalah hanya serendah RM12, 999 untuk 200 orang dan RM 27, 999 orang untuk 1000 orang. 

Pakej lain-lain serendah RM 63/orang (Min 150 orang) sesuai untuk majlis seperti hari lahir, tuning, nikah, seminar dan sebagainya. Kesemua dewan kami dilengkapi dengan PA system In-House. 

Bersempena dengan Ulangtahun Ke - 7 The Venue Shah Alam,mereka menawarkan promosi Rebat RM1000.00 untuk setiap pelanggan yang mengambil minimum pakej 500 orang. Untuk tempahan 2022 dan 2023 juga sudah dibuka. 

Nak tau lebih lanjut berkenaan The Venue Shah Alam, nak tengok gambar dan video majlis yang lepas boleh layari 

Untuk keterangan lanjut dan tempahan pelanggan boleh terus lawati laman sosial mereka atau boleh 
menghubungi mereka di talian : 
018 – 205 1492 (Faridah) 
019 – 8585 825 (Lisz)
014 – 250 8160 (Bard) 
013 – 247 3767 (Safwan)

Hah apa tunggu lagi, booking sekarang!!
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2