hai assalammualaikum

Jom Iftar Together -Gather Buffet Ramadan Di Bangi Golf Resort - Sebelum munculnya covid, Bangi Gold Resort memang tempat wajib nad pergi untuk berbuka puasa. Semenjak pandemik, 2 tahun rasanya tak dapat berbuka di Bangi Golf Resort. Alhamdulillah, tahun ni, 2022, dapat jejak semula ke Bangi Golf Resort untuk mengajak korang semua berbuka puasa together-gather di sini dengan membawa semangat " Balik Kampung". 

Teruja, seronok semua ada, sebab, nad rindu dengan makanan Bangi Golf Resort. Jangan risau, bab SOP semua, sebab Bangi Golf  terus mematuhi dan melaksanakan prosedur Operasi Standard ( SOP ) yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kapasiti tempat duduk di ruang makan telah dikurangkan sebanyak 50% daripada kapasiti asal untuk memudahkan semua orang mempunyai ruang yang selesa untuk kekalkan jarak sosial di tempat makan dan juga kawasan bufet.


Paling penting, tetamu yang datang ke BGR, mestilah lengkap kesemua dos vaksinasi. Pegawai RELA akan cek ye untuk pastikan pematuhan SOP ditetapkan. Nampak kan tegasnya BGR dalam pematuhan ini, untuk elakkan kita dari dijangkiti covid dan pada masa sama mengambil berat dekat pengunjung serta beri keselesaan  menikmati hidangan ketika berbuka puasa di sini.

Harga Buffet Ramadan Bangi Golf Resort
Dewasa : RM60
Kanak-kanak : RM30

Jom Iftar Together-Gather Buffet Ramadan Di Bangi Golf Resort

Lagi beberapa minggu lagi kita dah berpuasa kan. Dah berapa tahun kita semua tak berbuka bersama orang tersayang kan, jadi kali ni, bolehlah iftar together-gather bersama keluarga, sanak saudara dan rakan menyambut bulan Ramadan yang mulia ini di Bangi Golf Resort.

Pertama sekali mesti ke Kambing bakar, sebab port ni tempat kegemaran..heehe.

Daging yang lembut dan sos yang sedap

Aummm, senang nak ambil bila dah dihiris tersusun cantik macam ni kan

Ya, sup kambing mamak, makan denagn roti..aummm

Menu kegemeran di Bangi Golf Resort juga Sous Vide Egg with Mushroom Espuna. Memnag tak mengecewakan dari dulu

Ni la dia smoked spaghetti carbonara. Kalau belum pernah rasa boleh datang makan di Bangi Golf Resort Ramadan ini.

Kalau nak cerita bab hidangan, mestila semua sedap-sedap..hehee. Dari dulu mesti ambik Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Smoked Spaghetti Carbonara. Lagi nad suka telur setengah masak dia, Sous Vide Egg with Mushroom Espuma. Terbaik tau!!.

Seperti baisa, BGR akan menampilkan hasil tanaman segar dari ladang mereka. Chef BGR akan memetik tanaman dan sayuran yang dijamin kesegarannya dan terus menggunakan bahan-bahan tersebut untuk hidangan iftar dan tetamu boleh merasai pengalamn menjamu selera yang unik iaitu "farm to fork ".


Nasi kerabu yo, lama betul tak makan. Sekali ada dekat BGR. Mesti ambil. Nasi biru dari Bunga telang

Nikmat tak terkata, ayam goreng rangup, nasi sedap, tambah dengan sambal, bangkit selera

Sayur ulaman pun ada

Siapa suka makan Nasi Kerabu, hah dekat sini ada menu tersebut. Nasi Kerabu hidangan tradisional yang berwarna biru dan ulam-ulaman segar ditanam sendiri dan disajikan bersama ayam kampung goreng, ikan masin, keropok serta sos dan bahan sampingan lain. Kalau korang nak tau, warna biru yang digunakan dalam Nasi Kerabu bukan pewarna tau, tapi warna dari Bunga Telang yang ditanam di ladang mereka. Menarik kan!!






Tahun 2022 ni, BGR ada sediakan menu baru iaitu Ayam Bakar Percik Selangor, Korean Fried Chicken, Korean Japchae, Japanese Beef Curry, Tom Yam Seafood, Pad Kra Pao ( Thai Basil Chicken ), Poach Chicken with Thai Suki Sauce. 




Nak makan sup, berkuah boleh cuba Mee Siam Goreng Meletup, Laksa Singapore, Penne with Creamy Korean sauce dan Liquid Snickers yang pasti akan membuatkan perut korang rasa gembira..hhehe.




Menu kegemaran semua, lemang yang pada waktu raya, masa Ramadan pun ada. Makan dengan rendang yang lazat

wajib ambik ni you alls. Pulut dan durian..perghh terbaik

Ada lagi, lemang danrendang, sate yang memang orang akan ambil. Paling best, pulut dan durian tu.. Aummmmm. 











Tak lupa juga pencuci mulut yang seperti kuih muih, buah-buahan dan minuman. Yela, makan dah berat-berat mestilah nak cari dessert kan. Sungguh perut nad gembira betul tengok warna warni dessert dekat sini. Meriah la, banyak jenis ok.


Makanan yang disediakan bukan sahaj sedap malah HALAL dan telah disahkan oleh JAKIM semenjak 2009 lagi. Selain itu BGR menerima Sijil HACCP untuk ruangan dapur yang tidak perlu dikuatiri komitmen BGR terhadap Halalan Toyyiban, piawaian kebersihan dan keselamatan makanan.

Nad suka berbuka dekat sini sebab parking yang luas, ada 800 parkir kerta percuma serta ruang solat yang besar untuk tetamu lelaki dan wanita.

Bufet Ramadan Bangi Golf resort bermula 4hb April 2022 sehingga 1hb Mei 2022.



Korang juga boleh layari laman web Bangi Golf Resort untuk harga secara berkumpulan dan membuat tempahan melalui https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2022/ Semua harga adalah tertakluk kepada 6% SST.

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari
Bangi Golf Resort
Alamat : No 1 persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 Malaysia
Koordinat : 2.95716N, 101.76518E
Tempahan dan pertanyaan : 1700 821 457
Emel: enquiry@bgrrest.com
Instagram: @bangigofresortofficial
SHARE 15 comments

Add your comment

  1. lama tk mkn buffet ramadhan kt sini..semestinya rindu menu Sous Vide Egg with Mushroom Espuma

    ReplyDelete
  2. pernah few times pergi sini dan memang suka sangat buffet kat sini. Sedap, banyak pilihan, ruang besar dan yang penting, staf pun ramah. Memang recommended juga sebab harganya pun berbaloi!

    ReplyDelete
  3. Harga tu ok sangat tu. Lama dah kan tak makan buffet ramadhan. Rindu plak

    ReplyDelete
  4. ya ampunnnn rambang mata nak makan, banyak betul pilihan makanananya, tak jauh dari rumah je ni, boleh masuk list berbuka

    ReplyDelete
  5. menu buffet terbaik. Dah nak masuk Ramadhan ni. Kalau ada kelapangan saya cuba ke sini nnt.

    ReplyDelete
  6. Biasalah klu ada bufet Ramadan mmg byk menu2 yg sedap, mmg blur nak pilih yg mana nak mkn dulu.. yg best tu sayuran dia segar

    ReplyDelete
  7. Rasa macam lama sangat tak pergi berbuka buffet dekat hotel or resort. Banyak pula tu pilihan makanan untuk berbuka. Semuanya sedap2 belaka.

    ReplyDelete
  8. Terus teringat sedapnya rasa Sous Vide Egg tu. Kalau pergi, memang situ panjang je barisannya kan

    ReplyDelete
  9. Wow! Menarik ye juadah2 berbuka puasa yang ada kat resort ni, nampak mewah dan sedap3 tapi hargs dia less than rm100! So affordable if nak go in a group!

    ReplyDelete
  10. Can't wait to try their Nasi Kerabu, it's one of my favourite dishes hopefully can have a great oen.

    ReplyDelete
  11. BGR ni dah macam lokasi wajib berbuka masa Ramadan, especially kalau ada family ramai sebab harga dia memang murah sangat!

    ReplyDelete
  12. best.. esp hidangan ayam korean tu... suka juga dengan nasi kerabu mmg terbaik

    ReplyDelete
  13. BGR ni nostalgia betul berbuka puasa di sini. Dari kawasan kecil, dah seluasnya. Makan Buffet Ramadan pun dah selesa. Harga pula affordable kan.

    ReplyDelete
  14. Memang best makan kat situ, banyak jenis lauk, tempat luas, and price pun affordable kan.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2