hai assalammualaikum

Kisah Raya 2022, Raya Terkejut Yang Menjadi Kenangan - Perkara yang tidak dijangka pada tahun 2022, raya mengejut yang akan menjadi kenangan. Selama nad hidup, tak pernah terjadi kisah raya mengejut ni, tapi raya 2022 ni mnejadi sejarah dalam hidup. Selalunya raya n time je ikut kalendar tapi Raya 2022 kali ni, awal sehari dah raya daripada tarikh dekat kalendar. Satu rakyat Malaysia kena scam..hehee. Walaupun kene scam, raya tetap raya kan!!

Sepatutnya dalam kalender 3 Mei kita beraya, tapi anak bulan dah tunjukkan diri, maka, berayalah kita 2 Mei 2022. Nad memang dah rancang 1 Mei tu nak balik kampung terus, konon nak bersahur dan berpuasa sehari dekat kampung, sambil tolong mak masak, mengunjung, tapi sudahnya cerita jadi lain. Memang nad gerak 1 Mei malam tu, berbuka puasa di luar dan terus bergerak ke kampung. Lepas makan, masuk dalam keeta, dengar deat radio pengumuman raya. Terkejut oii bila diumukan esok raya. Mujurla malam tu memang nak balik kampung. 


Dalam group semua dah bising, oii esok raya oii! Ada yang tak percaya, ada yang keliru, ada yang was-was..hahaha. Satu MAlaysia kelam kabut. Habis semua status facebook, instagram, twitter semua cakap raya, semua kelam kabut dengan tak masak lagi, baju raya masih basuh, paling tak boleh blah, ada yang masih belum beli baju raya..hahahha. Mujur nad dah siap semua. Dahla 2 tahun tak beraya, bila dapat raya dia bagi kejutan pulak ye.


Kisah Raya 2022, Raya Terkejut Yang Menjadi Kenangan 


Tapi nak dijadikan cerita, malam raya nak balik kampung tu pulak kereta buat hal. Hey!! sabar jela tau. Ingatkan dah relaks, makin kelam kabut dibuatnya. Masa tu dah rasa isau, dalam masa sama doa la jangan rosak teruk Dua tahun tak beraya dekat kampung, jangan buat hal suruh beraya dekat KL juga. Berhentila dekat station minyak, tengok-tengok paa patut. Alhamdulillah, boleh jalan kereta tu. 

Masa dalam perjalanan, nad teringat, suami tak bayar Zakat Fitrah lagi. Memang suami nad, selalu dia bayar zakat malam raya. Katanya baru feel. Hah, tahun ni memang betul-betul feel, bukan setaat feel raya tapi kelam kabut raya. Terus berpusing cari masjid. Kitaorang google maps ke Masjid Wilayah. Ya ampun, sabar jela, dahla kita ni nak sampai kampung cepat, last jadi lambat, ingat nak buat lkejutan dekat mak ayah, dengan kita-kita sekali terkejut.

Alhamdulillah, dapat juga suami bayar Zakat Fitrah. Kenangan raya sungguh la. Suka buat last minute, macam ni la jadinya.

Selesai bayar terus berdesup balik kampung. Kampung Meru Klang je, tapi jauh juga..hahaha. Malam tu memang banyakla kereta dekat jalan raya. Berpusu-pusu diaorang nak balik.

Alhamdulillah, sampai juga kampung. Gembira tak terkata bila dapat berhari raya dekat kampung. Alhamdulillah, tahun ni dapat beraya bersama.


Memang malam tu terus masak. Jenis mak, memang dah siap semua pes untuk masak hidangan hari raya. Ayam, dah beli, sayur, acang, lontong pun dah tempah. Malam tu terus masak je. Cuma lontong la dpat esoknya sebab orang yang buat lontong pun terkejut..hahaha. Yang buat lontong pun pakcik nad juga.













Esok pagi raya dapat berbaju raya. sebab dah siap masak malam raya..hehhe. Lepas solat Aidilfitri, bersalaman dengan semua, mohon maaf, paling penting bergambar. 




Patutnya tahun 2022 ni nak tema biru light, tapi tak jumpa baju yang cantik, sudahnya, belila kelabu. Ya, tahun ni kita punya tema kelabu. Takpela, tahun depan jika panjang umur, dapatla tema biru ye. Asalkan raya sedondon..hehe. Tapi baju anak tu bukan kelabu sangat, tapi ada kebiruan gitu. Takpela, memang dah malas nak fikir, asal ada baju raya..hahhaa.



Hari raya pertama juga hari lahir ayah. Malam raya siap cakap, hah esok hari jadi ayah. Hahaha. Nasib abang dah belikan kek. Terus sambut hari jadi ayah. 

Dapat juga tahun ni beraya rumah saudara yang terdekat je. Alhamdulillah.

Memang cuti raya lama dekat kampung, melepaskan rindu dekat mak ayah, dekat kampung yang dah lama tak balik ni.

Meriah raya 2022 kali ni. Semoga sambutan seperti ini dapat dijalankan sampai bila-bila. Tapi tetap jaga kesihatan, jaga diri, jaga kebersihan sebab penyakit ada di mana-mana.

Selamat Hari Raya Aidilfitri korang.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Assalam nad tolong delete gmbr no 6 tu. Nmpk peha kakak awk terselak.

    ReplyDelete
  2. Kenangan kan nad.. Raya kelam kabut.. Hihi

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS