hai assalammualaikum

Antara Tempat Menarik Di Ipoh Yang Nad Pergi Buat Pertama Kali - Gembira bila dapat greenglight bercuti dengan kawan-kawan di Ipoh Perak. Selalunya susah sikit nak hangout dengan kawan-kawan ni, sebab fikir anak-anak, tapi memandangkan waktu tu cuti sekolah, nad fikir, anak-anak boleh balik kampung. Diaorang pun dah lama tak jumpa sepupu, jadi, diaorang boleh cuti seminggu dekat kampung. Nad pun bercuti pun tak lama, 2 hari 1 malam je. Bila ok, suami pun tak kisah, hah,jadi onz la dapat bercuti dengan kawan-kawan ke Ipoh Perak.

Lokasi yang nad pergi ni pun berpandukan google yang dikongsi oleh orang lain. Bab hotel, nad dah kongsi sebelum ni. Kitaorang menginap di Ipoh Bali Hotel.


Masa mula-mula sampai, tak sangka pulak Ipoh ni sesak ye, walaupun haritu kitaorang pergi hari weekdays. Sampai je memang takda parking, berapa kali pusing nak cari parking memang takda. Sudahnya kitaorang pergi lokasi yang jauh sikit, nak cari tempat makan dulu. Yela perut dah lapar, kena isi perut dulu. Kitaorang bercuti ni pun sebab nak foodhunting je..hehe.



Antara Tempat Menarik Di Ipoh Yang Nad Pergi Buat Pertama Kali







1) Asow Eatery Station

Kitaorang pergi makan dekat Asow Eatery Station. Lokasi dekat nursery. Tempat dia memang cantik. Tengokla ada pokok-pokok, bahagian atas tu hiasan rotan. Makanan dekat sini western dan haritu  kitaorang order yang ringan-ringan je,. Order kepak ayam dengan roti garlic. Nak hilangkan penat lepas penat mencari parking bagi isi perut sikit. Sebenarnya datang tu nak cari tempat sarapan, jadi kitaorang sarapan dekat Asow Eatery Station..hehe.

Lokasi : ASOW Eatery Station, Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru New Village, Ipoh



2) Nasi Ayam Hainan Ipoh

Waktu tengahari, masa untuk makan makanan yang berat. Jadi kitaorang waze yang berdekatan dan popular. Destinasi tempat makan seterusnya kitaorang makan dekat Nasi Ayam Hainan Ipoh. Masa datang beratur orang. Tapi takda tunggu lama. Dah masuk mestilah order Nasi ayam. Nasi ayam bagi nad biasa je, takda special apa. Dekat sini ada menu lain juga, tapi kitaorang order Nasi Ayam sahaja. Part parking memang susah jugala. Luck kalau korang dapat parking dekat.

Lokasi : 107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Dah kenyang, kitarang masuk hotel. Rehat sekejap, petang tu keluar naik grab pergi ke bandar Ipoh

3) Concubine Lane

Tempat popular orang pergi Concubine Lane. Dekat sini banyak jenis kedai dan makanan yang ada. Ada roti pelangi, ais kepal, gula-gula wana warni, dan macam-macam lagi. Nad cuci mata jela..hehehe.



4) Platform 9 1/2 Cafe

Tempat wajib pergi, Platform 9 1/2, cafe berkonsepkan Harry Potter. Cafe ni dalam kawasan Concubine Lane. Memang kena tengok satu-satu kedai, sebab padat dekat sini. Satu perkara datang cafe ni patut cuba ialah Butterbrew yang istimewa (iaitu tiruan Butterbeer) .



Jangan risau, Butterbrew bukanlah bir. Rasanya seperti rootbeer. Dalam cafe ni pun menarik, ala-ala dalam cerita Harry Potter. 










Boleh bergambar tau, ada prop topi ahli sihir, penyapu, buku untuk korang gayakan. Dalam ni pun banyak port menarik untuk bergambar.

Lokasi : 22, Lorong Panglima, 30000 Ipoh, Perak


5) Tempat Instgrammable

Kemudian ke tempat bergambar. So instagramable. Lokasi dekat-dekat je dengan Plan B. Nad tak masuk Plan B pun, just ambik gambar dekat luar.



6) Konda Kondi Cafe

Petang pulak kitaorang makan dekat Konda Kondi Cafe. Nama catchy betul kan, macam permainan Konda Kondi waktu kecil dulu. Nak ke sini kitaorang berjalan 2km kot..hahaha. Gigih tak gigih. Sampai je, kene scan dulu untuk order. Lepas tu naik tingkat atas cari tempat duduk. restoran ni dua tingkat. Order kena guna wahtsup yang dah di scan. Menu kat sini ada macam-macam ada western dan makanan bergoreng.





Ni yang kami order. Order tako, chicken chop grill dan nasi goreng. Tapi nad punya menu, chicken chop grill ada rasa masin sikit..hahaha. Harap dia perbaiki la menu tu.

Lokasi : No 183, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia



7) Canning Dimsum

Esok pagi kitaorang ke Canning Dimsum. Tempat tumpuan ramai untuk menikmati dimsum. Memang kena tunggu giliran nak masuk sini. Macam-macam jenis dimsum ada. Penting sini dimsum Halal. Lama dah tak makan dimsum, lepas habis je, tamabh lagi dimsum..hehehe. Kawan siap beli pau salted egg dekat Canning dimsum tu.

Lokasi : No. 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh.



8) He and She Menara SSM Ipoh

Sebelum balik cari cafe, terjumpa cafe He And She dekat Menara SSM Ipoh. 





Santai-santai kejap sambil minum kopi dan kek.

Lokasi : Menara SSM Ipoh




9) Tasik Cermin Ipoh

Last sekali, kitaorang pergi ke Tasik Cermin. Oh ni bukan tempat makanan, tapi tempat tumpuan ramai melihat gunung ganang dan tasik. Dekat sini boleh naik bot, dan banyak aktiviti lain. Kitaorang datang sini bergambar sahaja.

Sebelum sampai perlu masuk ke dlam gua dulu, berjalan beberapa meter. Tak jauh pun, perjalanan pun straight sahaja. Dah tempat jadi tumpuan ramai, mestila ramai orang. Memang kena tunggu turn nak bergambar. Masuk ke sini RM5 seorang.

Lokasi: Waze je Tasik cermin Ipoh Perak
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Banyak tempat makanan korang pergi eh.. menarik.. kalau ke Ipoh memag cari dimsum dan kopi

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS