hai assalammualaikum

Sebab perlu Buat Pemeriksaan Mata Di Optom Eyecare - Baru-baru ni nad join sesi live di Facebook page BIZNETWORK dengan tajuk ' Dari Mata Turun Ke Hati' dengan objektif dialog berkongsi servis menerusi pengalaman mengurus masalah mata dan insentif oleh Dr Hafidz Ithnin Pensyarah Kanan Optometry UIA dan Puan Ameera Faiz, Pengurus & Optometris Optom Eyecare Bandar Baru Bangi. 

Nad tak lepaskan peluang mendengar perkongsian daripada mereka yang pakar tentang mata sebab sangat penting untuk menjaga dan membuat pemeriksaan mata supaya tidak menjadi lebih teruk. Pada masa live itu juga ada diberitahu tentang kolaborasi antara pihak Klinik dan Farmasi dengan Optom Eyecare dan kelebihan yang mereka dapat dengan kerjasama ini.



Sebab Perlu Buat Pemeriksaan Mata di Optom Eyecare


Kalau korang nak tau, Optom Eyecare ni bukan seperti klinik cermin mata yang lain. Optom Eyecare adalah Pusat Optometrik yang terletak di Bandar Baru Bangi dan servis yang dilakukan adalah pemeriksaan mata secara mendalam oleh optometry profesional yang pakar dalam pemeriksaan dan penjagaan mata. 

 

 Ni video semasa sesi live haritu, korang boleh tengok di sini.

Sebab perlu buat pemeriksaan mata di Optom Eyecare:

1) Pemeriksaan mata secara mendalam dan menyeluruh
Puan Ameera, yang mempunyai banyak pengalaman tentang masalah mata berkongsi servis yang dibuat di Optom Eyecare adalah secara klinikal, bukan setakat kedai cermin mata yang hanya menjual cermin mata dan hanya buat pemerikaan biasa tapi di Optom akan membuat pemeriksaan mata secara terperinci di bahagian kekuatan otot mata, saraf bahagian hadapan mata dan pada masa itu juga pesakit dapat maklumat tambahan tentang mata.

Contohnya, pesakit datang ke Optom Eyecare Bangi untuk membuat cermin mata, kemudian pihak Optom akan membuat pemeriksaan yang mendalam pada mata pesakit, dan baru tahu bahawa pesakit ini mempunyai masalah komputer vision syndrom. Syndrom ni bagi mereka yang banyak melihat komputer dan menyebabkan sakit kepala. Dari pemeriksaan ini, pakar mata akan buat pemeriksaan lebih lanjut untuk selesaikan masalah mata pesakit ini.

2) Boleh tau punca masalah mata
Ya, masalah mata ni boleh menyebabkan penyakit juga tau, sebab tu pentingnya pergi buat pemeriksaan mata di Optom. Mungkin korang fikir, sakit kepala sebab masalah lain, makan ubat pun tak berkesan, sedangkan sakit kepala tu berpunca disebabkan masalah mata korang. 

Bagus Optom Eyecare ni, sebab buat pemeriksaan secara mendalam sehingga saraf otot mata. Bila dah tau punca masalah mata, pihak Optom akan mencadangkan cermin mata atau rawatan yang bersesuaian dengan masalah mata pesakit.



Pengalaman Dr Hafidz pula menemui seorang pesakit yang sering mengadap telefon untuk membuat kerjanya dari pagi sampai malam dan apabila membuat pemeriksaan, pesakit ini mempunyai penyakit mata juling.

Memang tak dinafikan, sekarang kita bekerja dengan telefon, depan screen laptop, terutama semasa PKP, 24 jam depan handphone. Menurut kajian yang dibuat, Dr Hafidz berkata, masyarakat mengadap handphone lebih 9 jam sehari menyebabkan alignment mata boleh lari apabila mata tidak rehat dan penglihatan mata tak berapa jelas serta menganggu kerja harian kita.

Semasa live, Encik Danial, Host BizNetwork ada berkata tentang apakah simtom yang akan dialami oleh seseorang apabila mata itu sakit. 



Dr Hafidz memberitahu, pertama sekali, bila mata dah penat, seseorang itu akan mengalami pening kepala di bahagian dahi kemudian akan tarik ke belakang kepala dan mata akan berasa senak. Hah, jangan fikir perut je ada senaknya, tapi mata pun ada.

Selain itu, sinar blue light juga boleh menyebabkan mata kita kering. Mata kering disebabkan kita kurang berkelip. Pentingnya kerlipan mata secara semulajadi adalah untuk menghasilkan air mata, bukan air mata yang menangis tu, tapi air bagi memastikan depan mata kita sentiasa segar.

3) Mengetahui tahap kerabunan dan power mata


Kebanyakan masyarakat mengalami rabun silau yang tinggi, sama macam nad, nad alami sakit silau yang tinggi disebabkan terlalu lama mengadap screen. Dua sebab punca rabun dan silau yang tinggi ialah Kornea dan Kanta semulajadi. Ilmu yang nad baru tau dari sesi live tadi, silau yang tinggi disebabkan mata kornea kita berbentuk seperti bola ragbi. Nampak tak, kita tak tau pun mata kita ni macam mana melainkan buat pemeriksaan mata.


Masalah mata juga ada dikalangan kanak-kanak, sebab tu pentingnya buat pemeriksaan mata untuk anak-anak kita. Kanak-kanak ni kadang dia tak tau nak bagitau dia tak nampak, dia rabun, bila dah terlambat buat pemeriksaan, tengok-tengok dah ada masalah juling mata. 

4) Memilih kanta yang sesuai

Melalui perkongsian Puan Ameera Faiz menemui pesakit kanak-kanak tentang masalah mata yang dialami. Anak berusia 5 tahun ini telah dipakaikan cermin mata anti blue light yang dibeli oleh ibunya secara online supaya mata anak terjaga apabila mengadap telefon. Tapi lain jadinya, apabila kanak-kanak ini telah masuk ke kelas, cikgu beritahu anak ini tidak nampak semasa belajar di dalam kelas. Ibu pun bawa anak ini ke Optom Eyecare untuk buat pemeriksaan mata, dan apabila buat pemeriksaan dapat tau, anak ini mempunyai rabun yang tinggi iaitu 300 di kedua belah mata dan sedikit juling. 

Kalau korang nak tau, sebelum pakaikan anak cermin mata blue control ni, perlulah buat pemeriksaan mata anak dahulu untuk tahu tahap kerabunan mata anak. Bukan beli sahaja tanpa buat pemeriksaan mata. Cek power mata anak untuk bantu anak melihat dengan jelas dengan kanta cermin mata yang sesuai, bukan bagi cermin mata blue control dan andaikan mata anak ni ok.

Setiap kanta berbeza dan mengikut masalah mata seseorang. Penggunaan kanta yang sesuai bantu penglihatan kita melihat dengan baik. Jadi sebelum beli apa-apa jenis kanta, perlu buat pemeriksaan mata dahulu. 

5) Elakkan dari mendapat penyakit mata yang teruk
Mata ni ada macam-macam jenis penyakit, selain juling, rabun, ada juga penyakit mata seperti 'Lazy eyes' atau mata malas dimana penglihatan tidak seperti orang normal dan juga sapration di mana sebelah mata memang sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.  Jadi sebelum mata ni menjadi teruk, elokla buat pemeriksaan amta secara berkala di Optom Eyecare.

Program Rakan Niaga Optom

Peluang Kolaborasi Pengusaha Klinik dan Farmasi sekitar Lembah Klang Bersama Optom Eyecare dan Insentif Diberikan!!

Program Rakan Niaga Optom memberi peluang kepada Pegusaha Klinik dan Farmasi Sekitar Lembah Klang untuk bekerjasama dengan Optom Eyecare. 

Melalui kerjasama ini, Pengusaha Klinik dan Farmasi yang menerima pesakit mata dan mencadangkan pesakit tersebut untuk pergi ke Optom Eyecare bagi mendapatkan pemeriksaan mata dengan lebih lanjut.

Intensif akan diberikan kepada Pengusaha Klinik dan Farmasi yang bekerjasama dengan Optom Eyecare.

Cara untuk menghantar pesakit  ke Optom Eyecare, pengusaha klinik dan farmasi boleh mengisi borang yang disediakan dengan link yang diberi ini ( https://forms.gle/EoEf5NnwFZN83o2k8 ) , kemudian pihak Optom akan follow up pesakit itu atau boleh bertanya lanjut di facebook page Optom Eyecare Bangi.

Kerjasama ini juga memberi kelebihan kepada Pihak Klinik dan Farmasi yang ingin bertanya lebih lanjut tentang masalah mata, seperti pesakit mempunyai penyakit kencing manis dan power mata kejap naik kejap turun, pihak Klinik atau Farmasi boleh dapatkan maklumat atau konsultasi bersama Optom Eyecare. Optom Eyecare juga akan memberikan maklumat pemeriksaan mata yang diperlukan kepada mereka sebagai rujukan.

Kepada pihak Klinik dan Farmasi, ambil la peluang ni untuk sama-sama memberi kesedaran tentang mata kepada masyarakat.

Kita kalau boleh mata ni bukan sahaja melihat dengan jelas, tapi dalam keadaan baik. Jangan rasa mata kita ni elok, kita biarkan sahaja. Penting untuk buat pemeriksaan mata bukan sahaja kita orang dewasa malah anak-anak daripada mata terus menjadi rosak.

Boleh baca juga :



OPTOM EYECARE BANGI

No 37, Jalan 8/1, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
011-1147 9093 
Waktu operasi: 10.00 pagi - 8.00 malam

Untuk tau lebih lanjut bekenaan perkhidmatan penjagaan mata di Optom Eyecare Bangi, boleh layari:
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Banyaknya ilmu saya dapat dalam entri ini. Tq for sharing!

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bagus. Ramai orang ambil mudah skrg ni, good sharing . THanks :)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2