hai semua

Game Online Yang Menyeronokkan Di Plays.org Sesuai Untuk Kanak-Kanak Dan Dewasa - Teringat masa kecil dulu, waktu tu takda internet lagi, nak hilangkan bosan, setiap petang keluar rumah, mainla  permainan Lompat Getah, Baling Selipar, Teng Teng dan macam-macam lagi. Main dengan kawan-kawan, memang seronok la masa tu. Bila zaman dah berubah, teknologi makin canggih, kita bertukar pulak cara permainan dengan bermain game online untuk keseronokan. Banyak game online yang ada, tapi nad jumpa game online yang menyeronokkan di plays.org, game yang sangat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Syok weii, main game dekat plays.org ni. Tak perlu download pun, main dekat website sahaja. Permainan dalam plays.org ni bukan sikit je tau, tapi nad rasa lebih dari 100 game online yang ada. Game online dalam ni bukan sahaja permainan untuk suka-suka, tapi ada juga permainan pendidikan untuk anak-anak. Tak percaya, silalah tengok di plays.org dan berterima kasih kepada nad sebab perkenalkan game ni dekat korang..hehee. Akhirnya jumpa game education untuk anak-anak juga.
 


Game Online Yang Menyeronokkan Di Plays.org Sesuai Untuk Kanak-Kanak Dan Dewasa


Game ni semua orang suka main, bukan sahaja dewasa, malah kanak-kanak pun suka main. Main game ni seronok tau, bukan setakat boleh hilangkan stress malah bagi kita keseronokan. Bila main game je rasa rehat sikit otak kita ni. Kanak-kanak lagi cepat bosan kalau diaorang dah tak tau nak buat apa. Jadi game la tempat diaorang hilangkan bosan tu. Tapi main game ni kena ada hadnya, jangan 24 jam mengadap.


Kalau korang tengok dekat categories dekat plays.org ni, banyak betul game yang ada. Sampai tak tau nak pilih yang mana. 

Bagusnya game plays.org ni tak perlu download dan tiada iklan yang menyakitkan hati. Main dengan senang hati tanpa gangguan. Paling penting game dekat sini "PERCUMA". Ya, takyah bayar apa-apa pun, terus je boleh main. 

Antara permainan yang ada di plays.org ialah Bingo, Educational Games, Barbie, sports Game, Cartoon, dan lain-lain.

Nad main mana yang nad tau main jela..hehee. Main untuk seronok, nak hiburkan hati macam tu.


Contoh macam Smurf Snowballs Game ni..hahaha. Main baling salji dekat dia. Kita lambat je, dia baling dekat kita pulak.hahaha.  



Pastu nad main Tetra Blocks ni. Huishh lama tak main..Tak sedar dah level 6 makin laju. Ni la score kita dapat.. Hehehe. Tengokla score nad dapat, bolehla tu.
 
Agak-agak nak advance, mainla boxing, tumbuk-tumbuk gitu...hahahaa. Hehee. Memang best main game dekat sini. Seronok betul. 

Bila dah nad main, Farhanah nampak, mula la dia sibuk nak main juga. Tapi memang nak bagi anak-anak main juga pun.. 

Boleh dikatakan banyak juga game pendidikan untuk anak-anak. Bagus tau game macam ni, anak-anak boleh bermain sambil belajar.




Macam permainan Alphabet Bingo ni. Sesuai la untuk anak-anak yang baru nak masuk sekolah kenal huruf. Macam Farhanah ni la, baru nak sekolah, main ni dia boleh kenal huruf. Bila menang "BINGO".


Bukan itu sahaja, ada lagi mainan comel, macam Barbie You Can Be Anything Matching ni. Cari kad yang sama. Banyak ;lagi sebenarnya permainan dalam Barbie ni. Ni salah satunya.



Lepas tu mainan pembelajaran yang ada di plays,org ni macam 5 sense ni. Belajar deria bau.

Korang memang takkan bosan main game dekat plays.org ni sebab banyak sangat. Setiap hari boleh tukar-tukar main. Selain bahagian categories, bahagian "New" tu untuk game yang baru manakala "Random" mana-mana game la nak dibagi. 



Ni contoh game di "New".

Mungkin ada game yang korang dah suka dan nak main selalu, korang boleh je save game tu. 

Bagus game dekat plays.org ni, dahla tak perlu download, takde iklan. Main banyak game. Dari main game yang entah apa-apa, kena download la bagai, buat penuh storage phone je. 

Game di plays.org ni boleh bermain pada peranti mudah alih seperti Apple, iPhone, ataupun Android. Boleh main dekat komputer, tab semua la. Main dekat mana-mana pun boleh. Tapi kena ada internet la, kalau takda, macam mana nak main.. Hehehe. 

Bagus kan. Main game ni sebenarnya banyak kebaikan dia selain dapat hilangkan stress, meneyeronokkan, ia juga dapat menguji minda kita. Pada masa sama, kita dapat belajar untuk susun strategi, beljar untuk berfikir dan buat keputusan. Mian biar berpada ok.

Sekarang ni ramai yang suka main game dekat gajet. Nak senang main je game di https://plays.org/games/ Macam-macam jenis game ada, dari yang senang sampai ke susah. Korang boleh bookmark page plays.org, ajak kawan-kawan dan keluarga main. Ok. Memang syok.
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2