hai assalammualaikum

Nurflix Lancarkan The Journey Of Humankind Dan Siri Animasi 25 Rasul Edisi Bahasa Melayu - Platform penstriman video kandungan islamik, Nurflix telah melancarkan siri animasi 3D The Journey Of Humankind dan Siri Animasi 25 Rasul bermula dengan Kisah Nabi Musa A.S Edisi Bahasa Melayu yang mula disiarkan pada harini. 

Sejak pelancaran Nurflix pada Julai 2020, pelbagai hiburan sopan dan ilmiah yang telah disiarkan dan sehingga hari ini, aplikasi ini kekal komited bagi mencapai visi penubuhannya iaitu menjadi pusat kepada kandungan ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hiburan sopan yang boleh dicapai dari seluruh dunia. 

Korang dah langgan ke belum Nurflix, kalau belum boleh langgan sekarang. Sebab banyak hiburan sesuai untuk tontonan masyarakat muslim di Malaysia khusunya seperti pembelajaran kitab-kitab tradisional Turath, Tausiyah dari guru-guru, pengajian Al-Quran, hadith dan banyak lagi. Terbaru ni ialah The Journey Of Humankind.




Nurflix Lancarkan The Journey Of Humankind Dan Siri Animasi 25 Rasul Edisi Bahasa Melayu


Nurflix Production Sdn Bhd memulakan pembangunan katalog penerbitan filem dan siri animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor The Journey of  Humankind yang akan memaparkan secara menyeluruh  kisah ketamadunan manusia sejak bermula penciptaan Nabi Adam a.s berdasarkan rujukan daripada Al-Quran, Hadith dan sumber-sumber Islam yang sahih.



Syah Mohamed, CEO Nurflix berkata

kisah-kisah ini disampaikan daripada Allah swt kepada Rasulullah saw, telah ditafsir oleh ulama sejak ribuan tahun dahulu, jadi  kita fokuskan penyampaian kepada generasi hari ini dengan pendekatan terkini. Sasaran kami adalah untuk menyampaikan seluruh penceritaan ini di dalam dalam animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor. Insya Allah. 

Penerbitan animasi ini adalah satu langkah besar untuk menguasai teknologi penerbitan virtual (virtual production). Membuka ruang penerokaan teknologi dan kepakaran baru kepada bakat tempatan untuk menghasilkan karya bertaraf dunia.

Siri Animasi Musa A.S Kalimullah Edisi Bahasa Melayu, Siri Kisah Rasul Pertama Disiarkan Pada 27 Januari 2023

Mengetahui kisah Rasul adalah bukan sekadar untuk mengetahui kejadian-kejadian bersejarah yang telah dilalui oleh Rasul kita untuk meyampaikan risalah Allah S.WT, tetapi  menghayati kisah tersebut untuk dijadikan pengajaran dan peringatan kepada kita semua umat Islam. Kisah Rasul ni elok kalau ditonton seisi keluarga.  



Inisiatif pertama adalah adalah penerbitan Kisah-kisah 25 Rasul yang berdasarkan rujukan utama Kitab Qisas Al Anbiya’ karya Ibnu Katsir. Siri pertama yang akan ditayangkan adalah Kisah Nabi Musa a.s Kalimullah yang akan berada di platform Nurflix bermula 27 Januari 2023. 

Nurflix bekerjasama dengan ATA Animation, sebuah penerbit animasi dari Mesir dengan melakukan suntingan untuk menambah baik dan melakukan proses alih bahasa. 

Sebanyak 13 episod untuk musim pertama diterbitkan menggunakan Bahasa Melayu agar dapat memenuhi kehendak pasaran di Malaysia. Ini akan dapat memberikan kefahaman jalan cerita yang jelas serta sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur. 


Istimewanya siri ini menampilkan Rawi Al Hakim, watak pelakon maya (virtual actor) selaku penyampai cerita dan pengembara (lakon suara oleh Alwi Mustafa) yang dicipta untuk menyampaikan kisah-kisah dari dalam kitab Qisas Al Anbiya. Pembinaan dan penciptaan watak pelakon maya Rawi Al Hakim ini diusahakan sepenuhnya oleh pasukan animasi Nurflix sendiri.

Barisan Pelakon Suara Latar
- Dato Tuan Asmawi sebagai Firaun Seti
- Dai Syed sebagai Firaun Musa Muda
- Amran Asmuni sebagai Panglima Tentera
- Hana Ismail sebagai Permaisuri Asiah
- Ustazah Asni Mansor sebagai Yukabid
- Farihin Abdul Fattah sebagai Imran
 - Heliza Helmi sebagai Maryam  
- Irma Hasmie sebagai Safura
- Hazwani Helmi sebagai Permaisuri Neferteri
- Anas Tahir sebagai Qarun
- Mawi sebagai Firaun Musa
- Sheikh Ammar Kamal Ithman sebagai Qari



Serius menarik sangat cerita sebegini dalam bentuk 3D. Nad dapat tengok sedikit teaser siri ini semasa pelancaran, memang terbaik, dengan grafik dan audio yang memberi kita perasaan semasa menonton.

13 Episod Nabi Musa A.S Kalimullah
01. Kedatangan Bani Israel
02. Firaun Seti 1
03. Kelahiran Firaun Musa
04. Pewaris Tahta Firaun
05. Tragedi Anak Pertama
06. Kelahiran Nabi
07. Hanyut
08. Ibu Susuan
09. La Tahzan
10. Permaisuri Mulia
11. Keturunan
12. Rahsia
13. Kembali Ke Pangkuan
14. Perlindungan
15. Madyan
16. Kalimullah
17. Utusan
18. Ahli Sihir
19. Qarun
20. Lelaki Beriman
21. Peringatan
22. Azab
23. Tenggelam


Kuiz Dan Taddabur

Menarik lagi, pihak Nurflix telah mendapat kerjasama dari syarikat Simply Umrah untuk menaja peraduan kuiz sepanjang 13 minggu tayangan Siri Animasi Nabi Musa a.s Kalimullah. Sejumlah 3 orang pelanggan yang berjaya menjawab kuiz mudah yang disediakan di setiap episod secara terkumpul sepanjang 13 episod akan menerima hadiah utama pakej umrah. 

Manakala pemenang kuiz mingguan pula akan menerima hadiah seperti mini goldbar tajaan KABGold Sdn Bhd dan Al-Quran edisi Al Ghufran tajaan Telaga Biru Sdn Bhd serta set buku Kembara Mahsyar tajaan Mahsyar Group.

Dengan penyertaan kuiz ini penonton akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman terhadap kisah dan melalui proses tadabbur Al Quran. 

Menurut Pengarah Kandungan Nurflix, Ustaz Raja Ahmad Mukhlis: 
“sekurang kurangnya terdapat 5 surah yang terdapat di dalam siri ini dan ianya dapat membantu proses tadabbur kepada penonton”.

Ini kerana dalam setiap babak bacaan dan terjemahan Al Quran akan dipaparkan sebagai rujukan dan amat bermanfaat untuk tontonan sekeluarga. Langganan Nurflix ini mempunyai nilai penerapan ilmu , dakwah dan akhlak yang diperlukan  oleh masyarakat.

Cara sertai
1. Daftar & Langgan di www.nurflix.tv
2. Tonton & Jawab Quiz di setiap episod.  
Kategori i : Quiz Terkumpul 
- jawab quiz pada setiap episod sepanjang 13 minggu
- Keputusan pemenang akan dibuat selepas 2 minggu episod 13 ditayangkan.
Kategori ii : Quiz Mingguan ( 3 pemenang setiap Minggu )
- Jawab quiz bagi episod yang ditayangkan pada minggu tersebut. 
- Keputusan pemenang akan dibuat pada minggu ke 3 setiap bulan.

Daftar, langgan dan tonton. 

Jangan lupa sertai kuiz & Tadabbur ni!!


Langgan Nurflix sekarang!!, Hanya RM19.90 sahaja

Menyingkap tirai tahun 2023 Nurflix berusaha untuk memupuk menjadi sebuah komuniti yang dapat menyokong dan memperkuatkan pencapaian misi menjadi aplikasi konten islamik berkualiti dan terbaik. Oleh yang demikian Nurflix membuka seluas-luasnya pintu untuk menjemput dan mengalu-alukan pakar-pakar dari bidang penerbitan, sejarah, IT, animasi serta para dermawan untuk sama-sama menyumbang kejayaan projek ini. Setiap individu yang melangganan Nurflix Tv juga membantu kejayaan projek The Journey of Humankind serta penghasilan lebih banyak kandungan sopanstream untuk generasi masa depan.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2