hai assalammualaikum

Terbaik Drama Projek High Council, Drama Bersiri Di Astro - Siapa dah tengok drama Projek High Council, kalau korang belum tengok, baik pergi tengok. Tapi drama ni bersiri dekat Astro Go dan On Demand, Astro Ria dimainkan pada 23 Januari. Nad baru tengok sampai Episod 2 dekat Astro On Deman, pergh memang best dan terbaik ceritanya. Baru episod 2, tak sabar nak tengok sampai habis. Kisah berasrama penuh lelaki dan gangsterism di sekolah itu.

Semua pelakon yang terlibat memang hebat-hebat belaka, semestinya la kebanyakannya pelakon lelaki dan kisah pun tentang asrama lelaki. Antara pelakon yang terlibat ialah Nasar, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Mierul Aiman, Daiyan Trisha, Azhar Sulaiman, Sazzy Falak dan ramai lagi. 


Drama Projek High Council


Apa yang nad tengok tentang drama ni, kisah seorang pelajar pandai, tapi sering terlibat dalam pergaduhan dan diterima masuk ke sekolah asrama penuh lelaki yang berprestij. Di sekolah itu pulak ada kisah buli, gansterism dan pangkat High Council. Apa yang nad baca dari twitter, kisah ni, kisah benar apa yang terjadi di sebuah asrama lelaki di Malaysia. Tapi nak diikutkan, bab buli ni semua memang ada sampai sekarang cuma mugkin berbeza sikit cara buli tu.


Cara percakapan diaorang guna pun memang cara budak-budak muda yang masing-masing tunjuk hebat. 

Bila nad tengok cerita ni, nad boleh faham,cerita ni kisah buli, gangterism yang berlaku di sekolah berasrama. Memang menakutkan, yela, kita bayangkan datang sini nak belajar bersungguh-sungguh, nak ubah sikap, tapi jadi lain pulak. Kena buli, barang kena conteng, koyak semua. Lagi kalau datang dari keluarga yang susah, sedih gila. Tapi nad tau drama ni pasti ada baiknya.

Dalam drama ni nad suka tengok seorang pelakon nama Fakhri. Kira macam waktak utama la. Sebab kisah pun banyak dari dia. Nama sebenar Mierul Aiman. Tengok lagak muka dia berlakon, memang nampak kejantanan di situ ya. Bila marah, bila cool, dengan rahang muka besar tu..hahaha. Ni baru betul-betul jantan. Sebelum ni memang tak pernah nampak dia ni berlakon dekat mana-mana, rupanya dia ni Juara Hero Remaja 2021. Patutla, nad ni mana pernah tengok Hero Remaja ni semua, sebab menyampah tengok..hahaha. Sorry. Tapi bila tengok lakonan Mierul dalam Projek High Council ni padu, memang terbaik.

Oh, dalam drama ni bukan tunjuk lelaki hebat sahaja, tapi ada juga lelaki lembut yang dilakonkan Naim Daniel dan Azhar Sulaiman. Suka tengok Naim Daniel, lembut pun garang ye..hehehe. 

Yang nad tak paham cerita ni, macam mana Fakhri (Mierul Aiman ) dan Naim (Nadhir Nasar) boleh jadi adik beradik dan sama umur..hmmmm. Sebab si Naim ada cerita pasal ayah dia dekat kawannya. Konfius dekat situ je.

Takpela, kita tengok jela setiap episod Projek High Council ni, nanti lama-lama faham la..huhu.

Drama bersiri Projek High Council ni setiap hari Sabtu di Astro On Demand dan Astro Go. Astro Ria pula dimainkan pada 23 Januari. Nad selalu layan dekat Astro On Demand.


Sinopsis Drama Bersiri Projek High Council


Demi niatnya untuk berubah pada usia 15 Tahun, Fakhri, seorang pelajar yang bijak tetapi sering terlibat dalam pergaduhan, telah diterima untuk memasuki sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Namun, apabila Fakhri merungkai rahsia di sebalik tradisi sekolah tersebut, secara tidak langsung telah menjadikan dia sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin memanjat heirarki 'High Council'.

Nekad untuk menghentikan segala ketidakadilan dan salah guna kuasa yang berlaku di kalangan pelajar, Fakhri memasuki gelanggang 'Pilihanraya', pertandingan yang dilangsungkan secara sulit untuk menentukan 'Kepala' di sekolah tersebut. Walaupun dia tahu pilihanraya ini bakal berdepan dengan sesuatu yang terlalu sukar buatnya, berjayakah Fakhri merebut takhta menjadi 'kepala'? Apakah yang kesukaran yang bakal dia deapni demi mencapai matlamatnya?

Macam nad kata tadi, yang ditunjukkan kisah buli dan ganterism, tapi nad pasti ada pengajaran, positif yng boleh kita pelajari dari drama ni. Jangan la dibiarkan kes buli ni selalu ada di asrama, tidak kirala asrama lelaki ke atau perempuan.

Ok korang, tonton tau cerita ni. 

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. ayam ada mention fakhri lahir tahun 1991.."oo bdk lompat PTS..bdk pandai ni"..jadi sama2 form 4 tapi fakhri muda setahun

    ReplyDelete
  2. Kak Nina layan citer nih! Memang best Dan sebab citer ni gak laaa Eilman tetiba berubah fikiran tak jadi pegi interview shortlist masuk MTD. HAhaa.. belum cukup kental kot.
    Tak pe laaa nak, memana pun boleh belajar. Semoga Eilman sukses dalam apa jua bidang yg dia ceburi Dan jadi anak yg soleh. Aamiinn

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2