hai assalammualaikum

Buffet Ramadan : Hidangan 1001 Rasa Di The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur - Dalam bulan puasa, mesti kita sibuk nak membeli belah kan untuk persiapan raya. Mana yang suka shopping di Sogo dan Jalan di Tuanku Abdul Rahman dan yang berdekatan, dan mencari tempat berbuka puasa, apa kata rancang berbuka di The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur. Lagi senang kalau booking dulu, dah selesai shopping terus berbuka puasa di The Grand Campbell Hotel.

Kedudukan di lokasi Hotel yang strategik di mana ia berhampiran denagn Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks Sogo menjadikan hotel ini menjadi tumpuan bagi semua lapisan masyarakat terutamanya ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan.


Harga Buffet Ramadan di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur
Dewasa : RM78
Kanak-Kanak: RM55
Tarikh: 27 Mac sehingga 20 April 2023

Beli 10 percuma 1

Buffet Ramadan : Hidangan 1001 Rasa Di The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur


The Grand Campbell Hotel, terletak di dalam Kompleks Campbell, yang dimiliki oleh SHAPADU  
akan menyediakan Buffet Ramadan yang berkonsepkan "Hidangan 1001 Rasa" dengan harga yang sangat berpatutan. 


Pengunjung dapat menikmati pelbagai menu dengan lebih daripada 100 aneka juadah yang akan disediakan pada Bulan Ramadan nanti di The Grand Campbell hotel.












Antara menu yang disediakan seeprti ikan bakar, paru berlada, daging salai masak lemak, sambal petai, lala, udang sambal dan macam-macam lagi. Sambal petai tu buat kita menambah ye..hehee. 



Macam biasa, takda kambing golek tak meriah la kan. Semestinya kambing golek yang dicari setiap kali Buffet Ramadan. 



Selain makanan berat, ada juga pencuci mulut yang boleh dinikmati seperti kek, kuih popia, jelly, jeruk dan lain-lain.


Pelbagai minuman disediakan untuk menyegarkan tekak apabila berbuka puasa.

Apa yang menariknya, sepanjang bulan Ramadan ini, selebriti terkenal Chef Dee atau lebih dikenali dengan watak "Dee Jangan Ketawa" akan menghiburkan pengunjung sambil menikmati juadah berbuka di hotel kami.


Ramadan Staycation

Selain dari menikmati juadah berbuka puasa, pengunjung juga boleh menginap di "The Grand Campbell Hotel" sepanjang bulan Ramadan dengan Harga Promosi. Sekali seakla, bulan puasa staycation, bersahur dan berbuka di hotel. 

Bilik Superior (termasuk Sahur untuk 2 orang) : RM150 semalam
Bilik Superior (termasuk Sahur dan Buffet Ramadan untuk 2 orang) : RM300

Nampak je hotel ni macam kecil, tapi ruang dia besar juga tau. "The Grand Campbell Hotel" menyediakan Pakej Perkahwinan untuk bakal Pengantin dengan kapasiti Dewan Utama yang boleh memuatkan 500 orang dalam satu masa, semestinya menjadi pilihan bakal-bakal Pengantin untuk meraikan hari bahagia mereka. Hah, ada yang rancang nak kahwin, bolehla buat di hotel ni.


"The Grand Campbell Hotel" juga mempunyai 153 buah bilik iaitu Bilik Superior, Bilik Deluxe dan Bilik Eksekutif. Kami juga mempunyai tiga bilik Seminar dan satu ruang majlis tertutup yang boleh memuatkan 100 orang. 

Di samping itu,The Grand Campbell Hotel memperkenalkan ruang majlis terbuka (open event space) yang boleh memuatkan sehingga 4000 orang di Tingkat Empat, Kompleks Campbell. Ruang ni boleh diadakan untuk pelbagai event.


Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Pn Fadzlina Fadzilah di talian 012 497 1600/ 018 976 7177 atau emel ke sales@thegrandcampbellhotel.com

THE GRAND CAMPBELL HOTEL
Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia

Boleh layari
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2