hai assalammualaikum

Buffet Ramadan 2023, Selera Juadah Kampung Di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur - Bila masuk bulan pausa, semestinya teringat juadah kampung, teringat masakan ibu dan nenek. Masakan ibu, nenek la yang sentiasa dirindui. Jangan risau, korang boleh nikmati kepelbagaian hidangan Selera Juadah Kampung di Thyme PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur. Tapi bukan juadah kampung sahaja ada tau, ada makanan laut segar serta sushi.

Masa ni la berbuka puasa bersama rakan atau keluarga dengan menikmati hidangan yang lazat yanga da di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur. Dengan suasana yang tenang dan selesa ketika berbuka puasa.


Buffet Ramadan 2023, Selera Juadah Kampung Di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur 


PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur membawakan hidangan lauk pauk kampung bukan sahaja masakan Melayu, malah ada masakan Cina, India dan Masakan Antarabangsa. Memang puas hati dan berbaloi kalau makan dekat sini tau. Banyak pilihan hidangan yang korang boleh nikmati sampai nad sendiri tak tau nak makan yang mana..hehehe.






Antara hidangan tradisional yang boleh dicuba seperti Kambing Golek, Nasi Kandar, Aneka Bubur, Rojak Lambung Mamak, Gulai Kawah, kerabu dan lain-lain.






Bukan setakat di dalam sahaja, ada juga gerai-gerai yang memasak di bahagian luar yang korang boleh tengok seperti Char Kuew Teow, dimsum dan macam-macam lagi.





Selain hidangan nasi dan lauk pauk, ada juga hidangan seperti makanan laut segar seperti dang, kepah, dan kegemaran semua Oyster..hehee. Nad ambik banyak kali Oyster ni tau. Memang laku keras..hehee. Hidangan laut dengan pelbagai sos disediakan.

Lagi menarik dekat sini ada sashimi dan sushi. 

Makanan sewaktu Hari Raya pun ada seperti lemang dan ketupat pun ada beserta rendang.





Pengunjung juga boleh menikmati kuih muih, pencuci mulut yang menyelerakan. Ada kuih tradisional dan moden boleh korang cuba. Selain itu ada pemanis arab turut disediakan. 


Minuman yang pelbagai dan menyegarkan. Ada yang panas dan sejuk.

Pengunjung boleh menikmati Selera Juadah Kampung di Restoran Thyme dalam suasana yang cukup meriah dengan alunan muzik ghazal dari persembahan live bagi memeriahkan suasana keseronokan berbuka.

Harga Buffet Ramadan PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur 
Dewasa : RM228nett 
Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun) : RM114nett 
Tarikh: bermula dari 24 March hingga 21 April 2023.

Diskaun diberikan untuk kad kredit dan debit terpilih.

*Early Bird 
Tarikh : Dari 1 hingga 15 Mac: pembelian  4 pax, percuma 1 pax (4+1)
- sahlaku digunakan pada 24 hingga 28 Mac 2023 sahaja. 

Bayaran penuh diperlukan semasa membuat tempahan.

Nostalgia Bazaaria Negeri di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur

Oh kalau korang nak tau, dekat  Aras 2 PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur, ruang konvensyen telah dijadikan seperti bazaar ramadhan. Di mana memberi peluang untuk pengunjung merasai sendiri pengalaman mendapatkan makanan jalanan - Nostalgia Bazaaria Negeri.

Menampilkan hidangan tempatan dari 13 negeri Malaysia yang berbeza seperti Johor's Briyani Gam Lamb Shank, Ikan Bakar Portuguese Melaka and Nyonya Asam Pedas, Nasi Kandar Pulau Pinang dan Terengganu's Nasi Dagang with Gulai Ikan Ayam.

Tidak lupa, juadah istimewa Malaysia Timur – seperti Ambuyat, salad anggur laut segar dari Sabah dan Ayam Pansuh dan Umai Ikan dari Sarawak. 

Harga Buffet Nostalgia Bazaaria Negeri
RM128 nett 
Percuma untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun.

*Early Bird 
1 hingga 23 Mac: 9 pax, percuma 1 pax(9+1) 
Sah laku  dari 24 Mac hingga 21 April 2023. 
Bayaran penuh diperlukan semasa membuat tempahan.

Untuk tempahan, sila hubungi di talian  +603-2782 8493 / 8411 / 8391 / 8465 / 8491 / 8413.

PARKROYALE COLLECTION Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang,
50250 Kuala Lumpur,
Wilayah persekutuan.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Ya Allah lapar pulak tengok gambar-gambar makanan ni padahal baru lepas dinner hahaha.
    Lama tak jenguk sini huaaa. Jemput mai blog usang sy jika berkelapangan ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih baca blog saya..hehehe..Bolehla nanti buka puasa dekat sini

      Delete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2