hai assalammualaikum

Lunavie Mini UV Sanitizer - Korang masih lagi setia dengan sanitizer ke? Nad masih gunakan sanitizer ni tak kira di luar atau di rumah, sebab kita masih tetap perlu jaga dan lindungi kita dari bakteria dan kuman berbahaya. Ada macam-macam jenis sanitizer yang korang boleh nampak, jenis cecair dan jenis UV. Lunavie Mini UV Sanitizer yang nad guna ni adalah cara paling mudah untuk melindungi keluarga daripada kuman,virus dan bakteria berbahaya.

Produk Lunavie ni memang dah terkenal dikalangan ibu yang mengandung dan barang baby. Dah banyak jenis produk Lunavie nad pernah guna tau, korang boleh baca


Mungkin sesetengah produk ada yang dah takda dan ada yang masih ada tapi design dah lain. Yela, nad beli dah lama kot masa anak nad baby, sekarang anak masing-masing umur dah 8 tahun dan 5 tahun..hehe. Tapi, produk Lunavie ni memang berkualiti tau. Sebab tu nad dapatkan Lunavie Mini UV Sanitizer ni.


Lunavie Mini UV Sanitizer


Lunavie Mini UV Sanitizer ialah peneman pensterilan yang sesuai tidak kira di mana sahaja, sama ada di rumah, pejabat atau hotel. Saiz yang kecil membantu membersihkan banyak permukaan. Ia bagus untuk peralatan tempat tidur, countertop, lekapan dapur / bilik mandi, mainan bayi, barang gajet dan lain-lain.

Bagaimana bakteria dan virus merebak


Kuman dan bakteria mudah tersebar dengan pelbagai cara, penting untuk anda membersihkan dan menyahjangkit permukaan yang “disentuh semua orang” dalam rumah anda seperti tombol pintu, suis lampu, permukaan kaunter dan permukaan meja

Basmi bakteria dan virus berbahaya sehingga 99.9%


Bakteria dan virus tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Terdapat bakteria yang berguna dan berbahaya, tetapi kebanyakkan virus adalah berbahaya kepada manusia. Bakteria dan virus ada disekeliling kita. Sebab tu, kita perlukan sesuatu untuk basmi bakteria dan virus ini. Mencegah lebih baik daripada merawat. 

Kita sudah pun tahu asasnya, kita perlu sentiasa cuci tangan dan sanitasi barang-barang milik anda. Jadi, penting untuk kita menjaga semua benda di sekeliling agar bebas daripada virus, dan tempat yang paling baik untuk bermula ialah di rumah.



Lunavie Mini Sanitizer ini  menggunakan teknologi canggih dengan lampu UV-C yang mampu membantu membasmi dan menghapuskan kuman, virus dan bakteria hingga 99.9% dalam masa 10 saat. Lunavie Mini UV Sanitizer ni sangat selamat dan Eco-Friendly.


Ciri-Ciri Lunavie Mini  UV Sanitizer


1) Sterilizer dengan mudah 
– Boleh membasmi kuman & menghapuskan sehingga 99.9% kuman, virus dan bakteria dalam 10 saat. Sebagai penyelesaian anda untuk menyahbau dan membersihkan rumah dan barang-barang anda dengan mudah.

2) Serbaguna dan mudah alih 
 – Gunakan Lunavie Mini UV Sanitizer di pelbagai kawasan: pembersih telefon, puting bayi, pembersih berus solek, topeng muka dan lain-lain. Ia boleh disimpan dengan mudah dalam beg tangan, beg galas atau bagasi. Nyah kuman bila-bila masa diperlukan semasa anda dalam perjalanan.



3) Tahan lama
 – Diperbuat daripada plastik ABS tahan lasak, peranti ini direka bentuk dengan bahagian yang bergerak mengurangkan kemungkinan pecah. Dan reka bentuk dengan lampu hayat lebih 8000 jam & dikuasakan oleh 4 x bateri AAA (tidak termasuk).

4) Cepat dan mudah digunakan
– Lunavie Mini UV Sanitizer memerlukan sedikit masa tinggal. Hanya menghapuskan 99.9% kuman, virus & bakteria dari permukaan dan menghantar tongkat terus ke kawasan tersebut kepada pembasmi kuman. Tiada bahan kimia & Tiada kucar-kacir.

Cara menggunakan Lunavie Mini UV Sanitizer

Produk ini menggunakan 4 bateri. Jadi nak bagi lampu menyala, kenala beli bateri dahulu. Beli bateri 4xAAAA. Lepas tu masukkan bateri di bahagian bawah. Boleh tengok dekat penutup tu ada tunjuk kedudukan positif dan negatif bateri. 



Nak guna senang sahaja. Dah masukkan bateri, tolak suis ke atas. Korang boleh tengok seperti dalam gambar. Hah, nanti menyala la lampu biru tu. Halakan Lunavie Mini UV Sanitizer ini perlahan-lahan ke depan dan ke belakang 1-2 inci ke atas permukaan yang perlu dibersihkan.

Apabila selesai, matikan suis dan tutup penutup lampu.

Hati-hati ya, ni bukan mainan tau, jauhi daripada kanak-kanak. Paling penting jangan dedahkan mata dan kulit terus kepada UV-C light.

Untuk membersihkan, hanya lap dengan kain lembap atau span mengikut keperluan. Produk ini tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya.



Boleh digunakan pada sebarang permukaan

Bagusnya, korang boleh gunakan Lunavie Mini UV Sanitizer ini di pada sebarang permukaan yang terdedah dengan kuman, virus dan bakteria seperti bantal, karpet, permainan anak-anak, handphone, laptop, remote control, kasut, pakaian, utensils, tuala dan sebagainya.

Mudah dibawa kemana-mana

Bentuknya yang kecil sangat efisien, mudah alih, dan senang disimpan hanya lipat sahaja, Lunavie Mini UV Sanitizer ini mudah di bawa ke mana-mana dan di simpan ke dalam beg. Jadi, bila korang pergi mana-mana, nak sanitizer senang. Dekat mana-mana kita boleh jaga kebersihan diri, basmi bakteria dan virus yang berbahaya. 

Spesifikasi Lunavie Mini UV Sanitizer 
  • Material - ABS

  • Penggunaan Kuasa – 2W
  • Bekalan Kuasa – 4 x Bateri AAA
  • Hayat Bateri – Sehingga 120 minit
  • Suhu Bekerja – 5 – 40 C
  • Dimensi – 4.8x 3.5 x 13cm
  • Hayat Tiub – >8000 jam
  • Kekuatan UV – >500w pw/cm²
  • Waranti – Waranti Terhad 12 Bulan


Harga Lunavie Mini UV Sanitizer


Sangat berbaloi kalau korang dapatkan Lunavie Mini UV Sanitizer ni. Harga pun sangat berpatutan. Harga Lunavie Mini UV Sanitizer ini hanyalah RM99.

Korang boleh dapatkan Lunavie Mini UV Sanitizer ini ini di 

Boleh juga beli secara online di
 
Untuk info lanjut mengenai Lunavie atau produk Lunavie, boleh layari

Pentingnya kita ambil peduli tentang kebersihan. Seeloknya, kita basmi bakteri dan virus tersebut agar kita selalu sihat dan terjaga.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. wah compact dan praktikal untuk digunakan...baru yakin semua jadi bebas kuman

    ReplyDelete
  2. Menarik produk ni, nk try lah

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2