Selangor Youth Community (SAY) Memperkasakan Pembangunan Usahawan OKU Melalui Liga Usahawan OKU Malaysia  (SAY LEAD PRO)  Anjuran DYTM Raja Muda  Disokong Oleh Yayasan Hasanah - Baru-baru ni, nad menghadiri Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Malaysia SAY LEAD PRO di Sunway Putra Hotel KL. Bagus tengok semangat mereka membentangkan misi dan visi mereka untuk mencapai matlamat walaupun ada kekurangan dalam diri mereka. Cacat fizikal bukan penghalang untuk OKU cipta kejayaan tertutama dalam bidang keusahawan. SAY membantu Pembangunan Usahawan OKU Melalui Liga Usahawan OKU Malysia ( SAY LEAD PRO ).

Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M.) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor membangunkan usahawan OKU melalui program Liga Usahawan OKU Malaysia atau SAY LEAD PRO melalui Selangor Youth Community (SAY) disokong oleh Yayasan Hasanah. 


Usaha ini adalah untuk membangunkan usahawan OKU yang berbeza latar belakang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan melalui program keusahawanan yang telah berlangsung selama 18 bulan.


Selangor Youth Community (SAY) Memperkasakan Pembangunan Usahawan OKU Melalui Liga Usahawan OKU Malaysia  (SAY LEAD PRO)  Anjuran DYTM Raja Muda  Disokong Oleh Yayasan Hasanah 


Program Liga Usahawan OKU Malaysia ataupun SAY LEAD PRO bermatlamat untuk meningkatkan
tahap sosio ekonomi mereka agar dapat menjana pendapatan yang stabil melalui perniagaan dan
seterusnya mewujudkan sebuah komuniti usahawan OKU yang saling membantu serta bermanfaat
kepada masyarakat. 

Terdapat empat fasa program ini iaitu 
1) Unearth The Talent, 
2) Commercialisation,
3) Sustainability 
4) Giving Back to Society. 

Antara teras program ini adalah latihan keusahawanan, penglibatan mentor dari industri, sesi kaunseling dan penglibatan ahli keluarga.

Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Malaysia 


Pada fasa pertama program, seramai 90 usahawan OKU telah dipilih berdasarkan sektor makanan
dan minuman (F&B), jahitan dan perniagaan atas talian. 

Pada fasa ini, peserta diberikan latihan asas berdasarkan sektor mereka dan sejumlah RM90,000.00 telah diberikan kepada 30 peserta terbaik bagi semua sektor sebagai geran permulaan perniagaan. 

10 Orang Usahawan OKU Terpilih ke Liga Usahawan OKU Malaysia


Pada pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysia pada hari ini, seramai 10 usahawan OKU telah membuat pembentangan perniagaan di hadapan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. 


Pelbagai jenis perniagaan telah dibentangkan, antaranya ialah kerepek, minyak wangi, kedai runcit, jahitan baju dan beg batik, tanjak, panipuri, sambal hitam belimbing, rendang dan sebagainya.


Di akhir pembentangan, tiga usahawan akan dipilih memenangi pusingan akhir ini seterusnya
dinobatkan sebagai Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023. 


Pemenang akan membawa pulang trofi Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023 dan geran tambahan perniagaan bernilai RM2,000.00 seorang.

3 Pemenang Pusingan Akhir Liga Ushawan OKU Malaysia


Tahniah kepada tiga pemenang Pusingan Akhir Liga Ushawan OKU Malaysia yang telah berjaya menambat hati juri. Sangat bersemangat dan berkeyakinan. 



Tempat Pertama: 
Pn. Nor Zaidah binti Ab Rahman
Produk : Blaus Batik & Tanjak
Jenama : Zai Collection
Jenis OKU : Fizikal


Tempat Kedua: 
Lailatul Mawar binti Mohd Noh
Produk : Tote Bag, Book Cover, Table Runner, Placemat
Jenama : Lyla Rose
Jenis OKU : Fizikal


Tempat Ketiga: 
Nurzakiah bt Dzulkifli
Produk : Minyak Wangi
Jenama : Haruman Perfume
Jenis OKU : Fizikal



Pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysia pada hari ini telah diadili oleh juri berpengalaman
yang terdiri daripada:
1. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja
Muda Selangor merangkap Pengasas dan Penaung Diraja Selangor Youth Community (SAY)
2. YBrs. Encik Zadil Hanief Mohamad Zaidi - Ketua Pegawai Strategi, Yayasan Hasanah
3. YBrs. Encik Rizal Nainy - Ketua Pegawai Eksekutif, SMECorps
4. YBrs. Encik Muhd Firdaus Bin Azharuddin - Ketua Pegawai Eksekutif, INSKEN
5. YBrs. Puan Hairul Azrien Baharudin - Pegawai Pembangunan Usahawan, DDEC, MARA

BERKENAAN SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY)


Selangor Youth Community (SAY) telah ditubuhkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir
Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada tahun 2017. SAY ialah
sebuah badan bukan kerajaan, bukan politik dan bukan berasaskan keuntungan yang berusaha untuk
melahirkan belia yang dinamik dan progresif di negeri Selangor.

Berdasarkan kajian dan bengkel yang dijalankan oleh Boston Consulting Group dalam mengenal
pasti belia di Selangor, SAY berteraskan empat (4) teras utama iaitu Keusahawanan, Sukan dan
Kesejahteraan, Seni dan Kreatif, dan Khidmat Masyarakat. Empat fokus utama ini sejajar dengan
kepentingan belia di negeri Selangor. 

Sehingga 2022, SAY telah memberi impak positif kepada seramai 310,738 belia, bukan sahaja tertumpu di negeri Selangor malah juga di seluruh Malaysia melalui lebih 200 inisiatif dan program bermula dari tahun pertama penubuhan sekaligus menghasilkan pulangan sosial pelaburan (SROI) sebanyak 1:3.03.

SAY juga menjalankan program dan inisiatif holistic melalui rakan kongsi daripada pelbagai agensi kerajaan, syarikat komuniti untuk mengenal pasti jurang dalam ekosistem dalam memastikan tiada komuniti yang tercicir.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. It’s truly inspiring to see the determination and passion of the OKU entrepreneurs, despite any physical challenges they may face. The Selangor Youth Community (SAY) and Yayasan Hasanah are doing such a fantastic job in empowering and developing these entrepreneurs through the Liga Usahawan OKU Malaysia program. 👏💪

    I love how SAY LEAD PRO focuses on different phases of entrepreneurship, from unearthing talent to giving back to society. It’s a holistic approach that not only helps them generate stable income but also fosters a supportive and beneficial community of OKU entrepreneurs. 🌟

    ReplyDelete
  2. The final round of the Liga Usahawan OKU Malaysia must have been exciting! I can imagine the diverse range of businesses presented, from kerepek to minyak wangi, kedai runcit to jahitan baju. 🛍️👗 The three winners, Pn. Nor Zaidah binti Ab Rahman, Lailatul Mawar binti Mohd Noh, and Nurzakiah bt Dzulkifli, truly deserve their titles as Icons of SAY LEAD PRO 2023. 🏆💼

    I’m so glad that influential figures like D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, and the experienced jury members supported and evaluated the competition. Their expertise and guidance must have been invaluable throughout the journey. 👑🤝

    ReplyDelete
  3. SAY has certainly made a significant impact, not just in Selangor but throughout Malaysia, positively influencing the lives of more than 310,738 youths. 🌍✨ It’s great to see how SAY collaborates with various agencies and companies to bridge the gaps in the ecosystem and ensure no community is left behind. 🤝🌈

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2