Moira World Tour 2024, Memilih Malaysia Sebagai Lokasi Pertama - Siapa peminat Moira Rachelle Bustamanre Dela Torre, artis terkenal Filipina? Hah, kalau korang nak tau, Moira akan mengadakan konsert sempena Moira World Tour 2024 di Malaysia tau pada 20 april 2024 ni. 

Nad berkesempatan berjumpa dengannya di sidang media yang turut dihadiri oleh rakan-rakan media anjuran Liverpass Asia dab Banyak Bagus Entertainment.

Moira World Tour 2024, Memilih Malaysia Sebagai Lokasi Pertama 


Moira Rachelle Bustamanre Dela Torre, artis terkenal Filipina kini berada di Malaysia untuk sebuah sesi jelajah yang pertama dan memilih Malaysia sebagai lokasi yang pertama. Artis wanita berdarah seni yang cantik jelita ini berasal dari Olongapo, Filipina telah memulakan perjalanan seninya sebagai seorang penyanyi lagu runut bunyi, lagu tema iklam(jingle) dan kini sedang menempa nama di peringkat antarabangsa.

Karier Seni Moira Dela Torre


Segalanya bermula pada tahun 2013, di mana Moira telah terpilih sebagai seorang peserta The Voice of the Phillipines, Moira telah melancarkan EP yang pertama da n kini telah memenangi pelbagai anugerah shingga kini. "Most Streamed Filipina Artist" Selama tujuh tahun berturut-turut dan ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat Moira.

Setelah menempa nama di Filipina, kini nama Moira telah meniti di bibir peminat antarabangsa menerusi lagu-lagunya yang dicita sendiri selama lebih dari 10 tahun. Berjuta perhatian dari peminat antarabangsa, kini lagu-lagu Moira telah mencecah lebih 1 Billion stream di aplikasi penstriman muzik Spotify.

Jelajah Moira World Tour 2024


Untuk siri jelajah ini sebanyak 10 lokasi telah dipilih untuk Moira World Tour 2024 dan memilih Malaysia sebagai lokasi pertamanya. Bagi Moira, beliau berpendapat yang bahasa Melayu dan Tagalog tidak banyak beza dan suka dengan budaya yang ada di Malaysia.


Idola dan pujaan hati Filipina ini akan mengadakan konsert yang pertamanya bertempat di The Exchange Hall, Kuala Lumpur pada 20 April, pada jam 8 malam. Lebih kurang 20 buah lagu yang akan dinyanyikan pada konsert yang berdurasi lebih dari 90 minit itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peminat baik dari Filipina dan juga serata Asia.

Pembelian Tiket Moira World Tour 2024


Tiket mula dijual pada awal bulan Januari 2024 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan hanya dijual dengan dua harga sahaja. RM 333 dan juga VIP RM555.


Berikut merupakan senarai jelajah ke destinasi seterusnya bagi MOIRA WORLD TOUR 2024.

MALAYSIA 
April 20 - Kuala Lumpur

USA
May 18 - San Fransisco, California
May 19 - Los Angeles, California
May 24 - Washington State
May 25 - Pala, California Jun 01 - Stafford, Texas

CANADA
Jun 07 - Red Deer, Alberta
Jun 09 - Ontario, Toronto
Jun 15 - Saskatchewan
Jun 22 - Montreal, Quebec

All the best untuk konsert Moira di Malaysia Sabtu ini. Suara dia memang sedap, nad dha denagr sendiri masa press conference tu.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2