Raya 2024: Meriah Raya Tahun Ni - Dah masuk raya ke 20, baru sempat nak update story pasal raya dalam blog ni. Setiap tahun mesti nak cerita sebagai kenangan..hehehe. Alhamdulillah, dipanjangkan usia untuk sambut Syawal tahun ni setelah penat berpuasa sebulan. Raya tahun ni, kitaorang beraya dekat Meru Klang, rumah mak ayah nad. Kitaorang raya dekat kampung sampai hari Ahad. Malam raya memang nad baru kemas-kemas baju nak balik kampung. Pagi raya, bersalaman dahulu dengan suami dan anak-anak dekat rumah, kemudian baru gerak balik Meru, Klang.

Setiap kali raya memang berharap balik Meru, Klang kampung nad. Sebab belah nad kalau beraya dari satu rumah ke satu rumah. Dari kecik dah rasa macam tu, memang meriah raya. Orang datang beraya ke rumah pun tak berhenti sampai malam. Tapi belah suami takde macam tu, memang rasa lain je bila orang KL lain. Satu rumah berjam-jam lama, pastu tak ramai. Sebab tu selalu harap sangat raya pertama tu balik kampung nad. Yela dah berpuasa sebulan, mesti la nak raikan dengan meriah. Lagipun, tahun ni dua orang anak nad, Fariza dan Farhanah puasa penuh. Nak bagi lagi best bila raya ni.

Raya 2024: Meriah Raya Tahun Ni


Untuk tahun ni, nad pilih tema warna kuning untuk tema raya 2024. Kisahnya sebab laki dah bagitau awal-awal dia taknak beli baju, sebab baju yang dia ada dah banyak. Yela, orang laki bila je dia pakai baju Melayu tu. Suami kita memang jarang, jadi banyak Baju Melayu dia yang elok lagi. 

Selepas dibelek baju suami dalam almari, kita pilih kuning. Sebab apa? Hah, baju kuning tu, baju masa bertandang belah laki..hahaha. Bayangkan kitaorang dah kawin 10 tahun, baju Melayu masa bertandang dia elok lagi. Baju nad sendiri dah tak muat nak pakai, suami masih elok dipakai. Lagi, masih besar dan tak mengecil ye..ish2. Jadi dah tau nak warna apa. 



Baju nad dengan anak-anak jela beli. Nad beli awal baju raya ni, sebab senang, takyah fikir masa puasa nanti mencari baju raya. Takut lambat sampai. Nad beli sebelum puasa lagi dekat tiktok..hehehe. Beli simple je, sebab nad mengandung dan cuaca panas, taknak anak-anak rimas. Akhirnya jumpa yang berkenan dan beli masa live. Nasib baik seller bagitau ukuran ngam dengan saiz kitaorang. Kadang takut nak beli online sebab salah saiz. Alhamdulillah, semuanya ok. Tak mengandung mungkin syok jalan-jalan kedai cari baju raya, tapi mengandung macam letih pula.

Sampai rumah mak, terus cari makanan..hahaha. Lapar punya pasal. Nad kalau balik kampung memang tak masak kat rumah, jadi rumah mak la cari makanan. Macam biasalah, menu raya, lontong, kuah lodeh, kuah kacang dan ayam kicap. Kakak ada munjung bagi kat mak rendang dan lemang. Suami kita suka rendang, nasib ada..hehehe. Ku dah penat nak masak, sebab puasa dah memasak je. Raya ni nak rehat. 

Lepas makan, terus bergambar. Lepas bergambar, beraya rumah saudara mara yang dekat. Tahun ni dua orang adik beradik tak beraya bersama, abang dan adik sebab diaorang beraya belah pasangan masing-masing. Tapi diaorang petang dah balik rumah mak. Malam tu kitaorang sambung raya bersama..huhu.





Macam ni la gelagat masa raya kitaorang. Raya ramai-ramai, datang rumah kerumah memang best. Dapatla rasa kuih raya semua. Masa ni makan memang tak ingat dunia.

Lagi best, ada je cerita menarik keluar. ada kelakar, ada juga terkejut..Macam "alamak, alamak..alamak raya lagi, kuih raya tak jadi-jadi.." hah gitu.

Paling seronok budak-budakla, dapat duit raya. Penting ajar anak jangan buka sampul depan orang tu. Duit terus bagi mommy..heehee. Lagi satu, apa orang bagi cakap "terima kasih, Selamat Hari Raya". Jangan cakap benda tak bagus. Anak-anak memang mendengar arahan..hehhe..

Selesai Raya Pertama, dari pagi sampai petang. Malam pulak layan tetamu datang.


Raya kedua kita sambung lagi. Tema warna putih pulak, suci bersih ye..hehehe.


Raya ketiga pula, raya belah KL, area Puchong rumah Pak Usu dan Mak Usu mr mafia, rumah pak mertua dekat Serembang dan kawan mr mafia dekat Gombak.

Ya, sebab belah mr mafia ni tak ramai, jadi memang pergi raya ketiga ok sangat.

Cuti raya ni memang betul-betul la cuti raya. Lagipun budak-budak ni cuti sekolah sampai Ahad, jadinya kat kampung la sampai Ahad. Yela, sekarang balik kampung tunggu diaornag cuti sekolah je. Kalau sebelum ni, diaorang belum sekolah, sukati je nak balik kampung bila..hehe. Jadi bila ada cuti sekolah tu mesti balik kampung.




Jadi, macam mana raya korang meriah tak?
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Selamat Hari Raya, Nad. Comel je baby bump nya 🩷

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Kak Nad. maaf zahir batin. hehehe sama lah, meriah juga tahun ni, alhamdulillah. semoga urusan kak nad dan baby dipermudahkan!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2