Hari Raya 2025, Berlima Kali Ini - Raya pun dah habis, baru nak menulis coretan raya 2025 ni ha. Almaklumla, bila ada anak nombor 3 ni, penatnya lain maciam ye. Nak mengadap laptop, dia dah datang dekat. Anak nombor 3 ni nak lekat je dengan mommy dia. Raya 2025 ni ya kali ni kami berlima. Tahun 2014 kita dapat anak nombor 3. Tu pun belum cerita lagi kisah mengandungkan dan bersalinkan anak nombor 3. Nanti kita story ye..hehee. Raya kali ni, kita #teamrayakl. Kalau ikutkan nak balik Meru Klang je, tapi entahla suami kita sibuk nak raya KL. Malaih nak gaduh, ikut jela.

Persiapan raya semua dah siap awal. Memang selalu siap awal sebab malas last minit nak sibuk-sibuk. Kalau boleh malam raya nak relaks dan tenang sahaja. Malam tu jalan-jalan TAR, memeriahkan suasana, jadi tukang himpit juga, cari kuih raya..hahaha. Biasalah nak rasa vibe raya macam tu la. Balik dari cari kuih raya, kita layan rancangan malam raya di TV.

Hari Raya 2025



Setelah 30 hari berpuasa, alhamdulillah, kita dapat meraikan Hari Raya ini pada 31 Mac 2025. Pagi tu macam biasa bangun awal dan bersiap dengan pakaian baju raya. Suami pergi sembahyang raya, nad dekat rumah siapkan anak anak dan makanan raya. 




Kali ni raya, hadir anak nombor 3, jadi berlima la kami kali ni beraya. Seronok rasanya, anak nombor 3 ni pun pertama kali dapat beraya, lagi bertambah seronok.

Tema kali ni, memnag nad nak sangat dari tahun lepas, tahun ni baru dapat. Tema warna biru muda. Tapi nad masih sedih baju nad dapat tu tak biru yang diinginkan, tapi okla nampak biru juga. Mak kena lain dari yang lain dengan anak-anak kan..hahaa. Baju anak-anak semua beli dekat Tiktok, murahla sikit. Diaorang ok je, asalkan dapat beraya.

Disebabkan tahun ni raya belah Kuala Lumpur dulu, jadi suami ajakla beraya rumah jiran. Lepastu baru pergi beraya rumah adik ipar. Memang satu hari tu raya sampai ke malam raya. 



Raya kedua pulak baru balik beraya di Meru Klang. Semestinya raya dekat kampung nad lagi meriah. dari pagi sampai malam tak habis beraya. Banyak rumah nak pergi. Anak-anak pun seronok sebab dapat berkumpul dengan sepupu semua. 




Kalau belah nad memang raya sampai habis cuti. Rumah kampung, semua kenal dengan mak ayah. Rumah kampung pulak dekat-dekat, hah memang terjah la semua. Itu yang buat anak-anak seronok.



Paling kelakar, nad ni jarang jumpa makcik semua, masa raya jela dapat jumpa. Bila masa salam, makcik nak bagi duit raya kat nad, sebab nampak nad macam budak lagi..hahaa. Masa tu pulak nad tak pegang anak, jadi nampakla masih muda remaja lagi..hahaha. Tapi nad takdela ambik duit raya tu, nanti apa kata orang pulak..haha. Tapi dalam hati, haishh rugi tak ambil..hahaa.

Bagi nad raya 2025 ni la paling meriah..heehe..
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Anak dah besar sikit ni baru best nak beraya, kan. Tapi risau jugak sbb skrg musim bnyk sngt penyakit.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2