Hari Raya 2025, Berlima Kali Ini - Raya pun dah habis, baru nak menulis coretan raya 2025 ni ha. Almaklumla, bila ada anak nombor 3 ni, penatnya lain maciam ye. Nak mengadap laptop, dia dah datang dekat. Anak nombor 3 ni nak lekat je dengan mommy dia. Raya 2025 ni ya kali ni kami berlima. Tahun 2014 kita dapat anak nombor 3. Tu pun belum cerita lagi kisah mengandungkan dan bersalinkan anak nombor 3. Nanti kita story ye..hehee. Raya kali ni, kita #teamrayakl. Kalau ikutkan nak balik Meru Klang je, tapi entahla suami kita sibuk nak raya KL. Malaih nak gaduh, ikut jela.

Persiapan raya semua dah siap awal. Memang selalu siap awal sebab malas last minit nak sibuk-sibuk. Kalau boleh malam raya nak relaks dan tenang sahaja. Malam tu jalan-jalan TAR, memeriahkan suasana, jadi tukang himpit juga, cari kuih raya..hahaha. Biasalah nak rasa vibe raya macam tu la. Balik dari cari kuih raya, kita layan rancangan malam raya di TV.