Raya Macam Dulu - Dulu, Hari Hari Sentiasa Di Sisi - Nad rindu sangat moment raya waktu dulu, dah nak dekat raya, malam tu ajak mak ayah pergi cari baju raya. Mak ayah cari kuih raya semua. Walaupun kadang-kadang penat berjalan dari satu kedai ke satu kedai, tapi perasaan tu lain macam. Excited dia tu dari awal Ramadan lagi dah terasa. Dapat baju yang kita berkenana, tak sabar Hari Raya Pertama nak pakai dan tunjuk dengan sepupu semua..hehee.

Masa kecil dulu, kita tak fikir sangat semua tu. Kita cuma rasa seronok sebab dapat baju baru, kasut baru, dan boleh pakai cantik-cantik pagi Raya. Tapi bila dah besar, baru faham sebenarnya moment tu sangat bermakna. Sekarang bila Nad dah ada anak sendiri, baru betul-betul faham rasa yang mak ayah rasa dulu.

Raya Macam Dulu-Dulu, Hari Hari Sentiasa Di Sisi


Sekarang bila Nad dah berkeluarga, perkara pertama yang terlintas dekat fikiran bukan lagi baju untuk diri sendiri. Tapi terus fikir, “Baju raya anak dah beli belum? Rasa nak bagi anak rasa moment yang sama macam kita rasa dulu.

Sekarang pula situasinya dah terbalik. Kalau dulu mak yang pilihkan baju untuk kita, sekarang kita pula yang pilih baju untuk anak. Dari pilih satu baju, tiba-tiba jadi pilih satu set untuk satu family. Dari baju sorang-sorang, sekarang dah jadi baju sedondon satu keluarga.

Beli Baju Raya di Pusat Pakaian Hari Hari


Itulah yang Nad rasa bila pergi shopping dekat Pakaian Hari Hari. Tempat ni memang buat Nad rasa macam kembali kepada moment raya dulu-dulu.







Jangan anggap kedai Pakaian Pusat Hari Hari ni biasa je tau, korang kene masuk dulu. Setiap tahun mesti ada promo raya dan baju dekat sini semua cantik tau. Tahun ni lawa juga baju raya yang ada, Baju corak bunga macam dulu dulu tau. Banyk pilihan juga dekat sini. Dari baju mak, anak perempuan, anak lelaki dan baju raya untuk si ayah, Baju sedondon untuk family pun boleh dapat dekat sini.

Kadang-kadang masuk kedai tu memang boleh ambil masa lama sebab banyak sangat pilihan sampai susah nak buat keputusan. Saiz pun lengkap dari kanak-kanak sampai dewasa.




Anak-anak dah besar ni, diaorang la yang pilih baju yang cantik...hahaha. Tapi kita tengok la juga sesuai ke tahun ni pakai warna yang diaorang pilih..hehehe. Kalau ok, Nad pun ok sahaja. Masing-masing teruja nak pilih baju. Bila dah jumpa warna baju yang berkenan, hah sibuk la semua cari yang sama. Tak sudah-sudah keluar masuk bilik fitting room ye..hahaha.

Kadang-kadang benda kecil macam ni lah yang sebenarnya buat kenangan Raya. Nad percaya, moment macam ni nanti anak-anak kita akan ingat bila diaorang dah besar nanti.


Ada juga jualan clearance stok RM5, RM10 dan RM25. Baju dekat Hari Hari memang berkualiti. Dah banyak kali nad beli dekat sini. Baju dua tahun lepas masih tahan sampai sekarang. Sebab tu nad suka beli dekat sini dengan harga berpatutan juga.

Promosi Raya Pusat Pakaian Hari Hari


Selain pilihan baju yang banyak, musim Raya ni dekat Pakaian Hari Hari pun ada promo yang menarik. Kalau shopping untuk Raya, memang rasa lagi best bila dapat freegift sekali.



Untuk pembelian RM120 dan ke atas, pelanggan akan dapat Freegift Paket Raya. Memang sesuai sangat untuk suasana Raya. Kadang-kadang benda kecil macam ni pun boleh buat kita rasa lebih excited nak shopping.


Kalau pembelian RM200 dan ke atas, ada pula Freegift Woven Beg yang boleh dibawa balik sekali.

Kenangan Raya di Cipta Bersama 

Bila shopping untuk satu family, sebenarnya tak susah pun nak capai jumlah tu. Tambah pula kalau beli baju untuk anak-anak, pasangan, dan mungkin juga untuk ibu bapa sekali. Yang penting, kita bukan sekadar beli baju raya tapi kita sebenarnya tengah cipta moment.

Moment yang mungkin nampak simple, tapi akan jadi kenangan bertahun-tahun.

Sekarang Nad makin faham kenapa mak dulu selalu ajak pergi shopping baju raya sama-sama. Bukan sebab nak beli baju semata-mata. Tapi sebab moment tu lah yang buat Raya terasa lebih bermakna.

Dan bila sampai pagi Raya, Moment yang paling Nad tunggu sebenarnya sangat simple.


Bila anak bangun pagi, pakai baju raya yang kita pilihkan. Lepas tu dia datang dekat kita, panggil…

“Mommy…”

Kemudian dia salam tangan kita. Masa tu lah tiba-tiba rasa sebak sikit. Sebab moment tu terus buat kita teringat zaman kita kecil dulu. Waktu kita buat benda yang sama dekat mak kita. Salam tangan mak pagi Raya dengan baju raya baru.

Rupanya sekarang kita dah berada di tempat yang sama.

Kita pula yang jadi mak.

Kita pula yang cipta kenangan Raya untuk anak-anak.

Dan masa tu kita baru sedar, semua moment kecil yang mak ayah buat untuk kita dulu sebenarnya sangat bermakna. Sebab tu Nad suka konsep “Raya Macam Dulu-Dulu, Hari-Hari sentiasa di sisi.”

Sebab perasaan Raya tu sebenarnya bukan pada baju semata-mata, tapi pada kenangan yang kita cipta bersama orang yang kita sayang.

Dan mungkin suatu hari nanti, bila anak-anak kita dah besar, diaorang pula akan cerita perkara yang sama. Tentang moment shopping baju raya dengan mak ayah.

Moment simple yang buat Raya rasa sangat istimewa. 
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2