Fernleaf Lancar Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-kanak dengan Nutrisi SmartGro™ - Dalam dunia keibubapaan masa kini, satu perkara yang sering bermain di fikiran ibu bapa ialah, adakah anak-anak kita mendapat nutrisi yang cukup untuk membesar dengan sihat, bijak dan seimbang? Baru-baru ini, Nad berpeluang menghadiri satu majlis pelancaran Fernleaf, yang memperkenalkan Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak dengan nutrisi SmartGro™ yang dipertingkatkan. 

Seiring dengan perkembangan teknologi, kanak-kanak hari ini membesar dalam dunia yang serba pantas dan digital. Statistik yang dikongsikan semasa majlis tersebut agak mengejutkan di mana lebih daripada 90% kanak-kanak di bawah umur lima tahun melebihi had masa skrin yang disarankan. Ini bermakna pendedahan awal kepada peranti digital semakin meningkat, sekaligus memberi kesan kepada perkembangan fizikal dan mental mereka.

Dalam masa yang sama, data daripada Our World in Data menunjukkan kadar kebantutan di Malaysia meningkat daripada 19% pada tahun 2000 kepada 24% pada tahun 2024. Ini jelas menunjukkan bahawa isu pemakanan dalam kalangan kanak-kanak masih lagi membimbangkan.

Sebagai ibu bapa, kita bukan sahaja perlu memantau masa skrin anak-anak, tetapi juga memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka secara menyeluruh.

Fernleaf SmartGro™: Nutrisi Direka untuk Keperluan Kanak-kanak Moden



Apa yang menarik perhatian saya adalah bagaimana Fernleaf memahami keperluan kanak-kanak masa kini. Melalui formulasi baharu SmartGro™, susu tepung ini dirumus khas untuk menyokong tiga aspek penting perkembangan kanak-kanak:





1. Perkembangan Otak

Diperkaya dengan 5X DHA dan zat besi, ia membantu menyokong fungsi kognitif dan perkembangan otak yang optimum.

2. Kesihatan Mata

Mengandungi lutein yang membantu melindungi mata daripada kesan cahaya biru, sesuatu yang sangat relevan dengan gaya hidup digital hari ini.

3. Tumbesaran Fizikal

Dengan kandungan protein dan 100% kalsium, ia menyokong perkembangan tulang yang kuat dan pertumbuhan fizikal yang sihat.

Bagi Nad, ini bukan sekadar susu biasa, tetapi satu solusi nutrisi yang lengkap untuk membantu anak-anak membesar dengan lebih yakin.

Perkongsian Pakar: Asas Kukuh untuk Masa Depan



Kemudian, sesi perkongsian daripada pakar menerangkan tentang bagusnya anak mendapat nutrisi yang baik. 

Dr. Nisa Khalil, Pakar Pediatrik dengan minat khas dalam perkembangan kanak-kanak. Beliau menjelaskan bahawa tahun-tahun awal kehidupan adalah fasa paling kritikal dalam membina asas perkembangan.

Menurut beliau, perkembangan kanak-kanak ibarat membina sebuah rumah—ia memerlukan asas yang kukuh untuk kekal teguh dalam jangka masa panjang. Nutrisi yang seimbang, termasuk susu, memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan otak, kesihatan mata dan tumbesaran keseluruhan.

Selain itu, Dr. Fatin Liyana turut berkongsi pandangan tentang realiti kehidupan ibu bapa masa kini. Dengan jadual yang padat, ibu bapa perlu bijak mengimbangi masa kerja, keluarga dan keperluan anak-anak.

Beliau menekankan bahawa amalan kecil seperti menggalakkan aktiviti fizikal, mengurus masa skrin, mewujudkan rutin harian dan menggalakkan pembelajaran melalui permainan boleh memberi kesan besar kepada perkembangan anak-anak.

Tetamu Jemputan Ayda Jebat dan Nabil Mahir



Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir, yang berkongsi pengalaman mereka sebagai ibu bapa.

Apa yang saya suka tentang perkongsian mereka adalah kejujuran dalam menghadapi cabaran keibubapaan daripada mengurus masa skrin hingga memastikan anak kekal aktif dan suka belajar.

Menurut mereka, memilih Fernleaf Growing Up Milk dengan SmartGro™ memberi ketenangan kerana mereka tahu anak-anak mendapat nutrisi yang menyokong perkembangan menyeluruh.

Aktiviti Menarik & Roadshow Fernleaf




Selain pelancaran produk, Fernleaf juga mengumumkan siri jelajah (roadshow) di seluruh negara. Ini satu inisiatif yang sangat menarik kerana ia memberi peluang kepada ibu bapa untuk:
- Mempelajari lebih lanjut tentang nutrisi SmartGro™
- Menyertai aktiviti interaktif bersama anak-anak
- Mendapatkan ganjaran eksklusif



Antara yang mencuri perhatian adalah:
- Blind box edisi terhad Fernleaf Famooly
- Beg tote DIY yang comel dan kreatif

Dengan pembelian minimum RM40 dan RM60, pengunjung boleh membawa pulang hadiah menarik ini.

Mudah Didapati & Sesuai untuk Semua



Susu Fernleaf SmartGro mudah untuk didapati di kedai runcit, pasara raya dan pasar raya besar, serta platform dalam talian seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Susu tepung Fernleaf ini tersedia dalam pelbagai saiz, 250g, 500g, 850g dan 1.6kg yang sesuai dengan keperluan setiap keluarga.

Memilih nutrisi yang betul adalah satu pelaburan jangka panjang.

Dengan formulasi SmartGro™, Fernleaf menawarkan satu solusi yang praktikal dan dipercayai untuk membantu anak-anak membesar.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2