Pizza Parang Melaka - Kalau korang selalu lalu Lebuhraya Utara-Selatan dan tercari-cari tempat makan yang unik sebelum sambung perjalanan pulang, saya rasa korang wajib cuba Pizza Parang di Melaka ni. Itu pun kakak yang ajak. Ceritanya, kami sekeluarga pergi ke Johor untuk kenduri kawin anak Pak Lang. Lepas selesai majlis, kitaorang pun balik. Dah alang alang perjalanan balik lalu Melaka, jadi, nad pun cadang nak singgah ke Pizza Parang Melaka. 

Pizza Parang ni pun pernah viral kan. Jadi nad pun nak cuba pizza dia. Sedap ke tidak kan. Kita cuba pengalaman yang agak berbeza daripada makan pizza biasa.
AEON MALL Eco Journey 2026: Bila Membeli-Belah Menjadi Langkah Ke Arah Masa Depan Lebih Hijau - Sekarang AEON MALL banyak anjurkan pelbagai program yang bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi manfaat kepada masyarakat. Setiap kali berkunjung, pasti ada aktiviti atau kempen menarik yang membawa mesej positif. Kali ini, AEON MALL tampil dengan program Eco Journey 2026, satu inisiatif yang menggalakkan gaya hidup lebih lestari dan mesra alam sambil menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bermakna.

AEON MALL Eco Journey 2026, sebuah inisiatif yang membuktikan bahawa aktiviti membeli-belah harian juga boleh menjadi satu usaha untuk menjaga bumi yang kita sayangi.

Dengan tema "Every Purchase Plants a Better Future", AEON MALL meneruskan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar menerusi kempen berskala nasional yang melibatkan 27 buah pusat beli-belah AEON MALL di seluruh Malaysia. Kempen ini bukan sekadar menawarkan promosi atau ganjaran kepada pelanggan, malah turut mendidik masyarakat tentang kepentingan amalan hidup lestari melalui pelbagai aktiviti menarik dan kerjasama bersama jenama terkenal.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2