hai assalammualaikum

ProVita Secret Desire Kini Berwajah Baru, Ready-To-Drink - Baru-baru ni, nad ke pelancaran produk  Secret Desire iaitu ProVita. Produk ini telah diperbaharui dengan formulasi dan packaging baru yang memudahkan korang untuk mengamalkannya. Dahulu ProVita dalam bentuk serbuk, kini ia dalam bentuk cecair dan boleh diambil di mana-mana sahaja.

Secret Desire yang telah ditubuhkan sejak 2014 telah diusahakan oleh Rozita Baharom atau dikenali sebagai Che Ta telah mengeluarkan pelbagai jenis produk kosmetik dan skincare dan kini mempunyai lebih daripada 40 produk. Produk yang terbaru adalah ProVita.