Showing posts with label Pusat Pakaian Hari Hari
Persiapan Kelengkapan Sekolah 2026 Bersama Pusat Pakaian Hari-Hari - Saya ni sejenis mak yang kalau boleh, tak nak buat benda last minute. Setiap kali hujung tahun je, otak dah mula ligat fikir pasal sekolah anak. Baju sekolah cukup ke? Seluar masih muat ke? Stokin masih elok atau dah tinggal sebelah? Memandangkan kakak Fariza pun dah meninggi, baju dia semua dah tak muat, kain dah senteng, jadi kenala beli baru. Untuk si Kak Ngah, kena tambah lagi baju sekolah baru. Tapi tiap kali masuk sekolah tahun baru, mestilah semua nak baru kan..hehee.

Sebab tu tahun ni, Nad memang nekad nak siapkan persiapan kelengkapan sekolah anak lebih awal. Bila buat awal, kita boleh pilih dengan tenang, tak sesak, dan paling penting, tak stress. Dan seperti tahun-tahun sebelum ni, pilihan saya tetap sama iaitu Pusat Pakaian Hari-Hari. Bukan sebab ikut orang, tapi sebab memang dah terbukti memudahkan urusan mak macam saya.
Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari - Seperti biasa, Nad akan buat persiapan awal beli kelengkapan sekolah untuk tahun 2025. Beli awal senang, takda la kelam kabut. Bila dah siap awal semuanya jadi mudah. Dah nak masuk sekolah nanti semua dah siap. Macam biasa, Nad akan beli kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari. Tahun 2025 ni, kelengkapan sekolah lebih tertumpu kepada anak nombor dua, sebab dia nak masuk darjah 1. Semestinya semua baru bagi untuk persiapan sekolah nanti.

Tahun 2025 ni dua orang sekolah rendah, memang perlukan banyak duit. Jadi kenala bijak berbelanja. Setiap kali nak masuk sekolah, Pusat Pakaian Hari Hari akan buat Promosi Kembali Ke Sekolah. Hah, jadinya kita memilih untuk berbelanja di sini. Pusat Pakaian Hari Hari ni memang jadi pilihan sebab semuanya dalam satu bumbung, berkualiti dan harga sangat berpatutan. 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2