Articles by "dapur"
Showing posts with label dapur. Show all posts
hai assalammualaikum

Susun Atur : Rak Rempah Ratus - Rumah yang nad duduk sekarang bersama suami sebenarnya rumah peninggalan arwah mummy. Arwah mummy duduk dengan mr mafia, jadi lepas kawin dengan mr mafia, nad tinggal sini. Jadi semua barang dah ada, cuma arwah mummy dulu jenis tak suka membazir dan suka simpan banyak barang. Lepas je nad stay sini, nad kemas bagi teratur dan kemas. 


Bila tengok bahagian dapur, memang kecik. Barang-barang dekat dapur pulak habis semua diletaknya sampai kadang takde ruang nak letak kuali yang diguna atau nak potong sayur..memang space dia kecik.  sebelah bekas tu dah ruang memasak.. Sebelah ruang memasak ade rak kuali..memang dah sempit. Lepas tu dalam bentuk L terus sinki. Dapur memang khas untuk seorang je..nak ubah kene ade duit..jadi takpe..nad pikir baik susun barang-barang ni bagi luas..Jadi nad pun selalu google macam mana nak bagi dapur nampak kemas.


Ni bekas lama untuk bubuh rempah ratus..besar gedabak..bekas daripada kayu..arwah mummy yang buat..memang dah lama nak tukar bekas rak rempah ratus ni..baru semalam tercapai..hahha..



rempah ratus la paling penting dalam dapur..kalau dekat tempat kita memasak lagi senang kan..kalau dulu dalam bekas papan sekarang dah ditukar ke rak besi dua tingkat. Mulanya nak pakai plastik, tapi mr mafia tak suka, dia kata tak lawa, sebab plastik macam tak menarik..kalau kotor dah kene bersihkan..ok kita ikutkan je..dan satu lagi beli bekas kecik ni warna..takut rak dua tingkat ni tak cukup kan. Kitaorang beli dekat tesco je..harga rak besi dalam RM30. Rak ni saiz kecik dan memang jimat ruang..lagi dua tingkat atas bawah..memang jimat



Jadi nad susun macam ni, bagi cantik. Bekas rempah ratus tu dapat masa kenduri..hahaha..biasalah bekas macam tu banyakkan time p kenduri..tersusun, sama dan kemas. Ruang pun ada untuk letak apa-apa, berbeza sebelum ni. Nampak tak blender sebelum ni macam mana, dah nak dekat dengan tempat memasak, lepas je beli rak dua tingkat ni, blender tu terletak elok dekat tepi dinding..kan kemas..

Hah nak masak pun sonang..lepas ni nak buat untuk rak kuali ni pulak..