hai assalammualaikum

Klinik Pergigian Elaina Desa Pandan - Haritu tengah layan Tiktok, nampak pulak content Klinik Pergigian Elaina ni. Menarik tengok dalam dia, terutama sekali bahagian kanak-kanak punya.Lepas tu tengok lagi content yang lain, ada tunjuk lokasi. Eh, dekat dengan rumah kita la, terus screenshot, takut lupa nanti. Pulak tu masa tengok Tiktok tu Fariza ada sekali, terus dia beria ajak pergi ke klinik sini, sebab dia teruja tengok. 

Tapi, nad kata nanti la dulu, sampaila satu hari gigi depan dia tiba-tiba goyang dan nak patah. Dulu nad kecik-kecik, patahla sendiri, tapi bila masuk anak ni, tak berani nak patahkan. Beria dia nak pergi Klinik Pergigian Elaina ni, dengan gigi dah goyang , ngadu susah nak makan, tak sabar di anak patahkan gigi depan. Berani betul anak aku sorang ni, orang lain selalu tolak nak pergi Klinik Gigi tau..hahaha.