hai assalammualaikum

Ubi Kayu Rebus Di Chow Kit Kuala Lumpur - Bukan senang nak cari ubi kayu rebus berdekatan rumah ni. Tanya suami, dia pun bukan tau sangat. Nama je orang KL, tapi banyak perkara dia pun tak tau sangat. almaklumla, dia pun pergi tempat yang dia biasa pergi je, tak hairan dengan tempat viral ke apa. Nad jela sorang yang teringin pergi bila nampak makanan viral ni, tapi tak semua kesampaian dapat pergi..huhuhu. 

Biasala, tekak, kadang teringin nak makan sesuatu. Nampak pulak video dekat tiktok ubi kayu rebus. Hah, macam tahu-tahu sahaja nad tengah teringin nak makan ubi kayu rebus. Mujurla nampak video dekat tiktok, ubi kayu rebus di Chow Kit Kuala Lumpur. Terus kongsi video tu dengan suami. Suami cakap ni dekat dengan Pasar Chow Kit, kalau nak pergi pagi-pagi, sebab dekat situ susah parking.