hai assalammualaikum..

nad ternampak kat group UUM..ade sorang post..nad sebagai ex student UUM..amat bersimpati dengan apa yang berlaku kepada pelajar berkenaan..sebelum ni ade jugak kemalangan yang berlaku melibatkan pelajar chinese mase nad study kat UUM, kemalangan terjadi kat EDC UUM...maut jugak..dan ini yang kali kedua nad dgr berita pelajar maut..

mari ikuti kisah ini..sumber dari SINAR HARIAN

Pelajar UUM maut kereta dihempap lebih 500 papan

25 Disember 2012
BUKIT KAYU HITAM - Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) maut setelah kereta yang dinaiki bersama tiga rakannya dihempap lebih 500 keping papan dari sebuah lori treler berhampiran Kompleks Kastam dan Imigresen Bukit Kayu Hitam di sini, kira-kira pukul 8.15 malam tadi.
Tan Chuan Ta, 20, dari Kajang, Selangor maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala rakan pelajarnya, Wang Zong Ching, 24, iaitu pemandu kereta; Khoo Kah Wai, 22; dan Yong Hoi Siong, 23, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohd Yusof berkata ketika kejadian sebuah lori treler dipandu warga Thailand membawa muatan ratusan keping papan terlanggar pembahagi jalan menyebabkan ratusan keping papan itu jatuh menghempap kereta dinaiki pelajar-pelajar tersebut.
Katanya Tan Chuan yang duduk di tempat duduk belakang sebelah kanan tersepit dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Dia dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.
"Tiga rakan yang lain hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di HJ (Hospital Jitra)," kata Ibrahim kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu lori berkenaan melarikan diri ke negaranya selepas kejadian itu dan polis sedang berusaha mengesannya Ibrahim berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) 1987.Empat sahabat itu dalam perjalanan pulang ke UUM selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di Pekan Danok yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam.- Bernama
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

15 comments so far,Add yours

  1. maut datang tak mengira umur dan masa :)

    ReplyDelete
  2. Tiap2 yang bernyawa pasti akan mati, begitu juga dengan kita ....

    mselim3

    ReplyDelete
  3. ngeri bace berita tu.. salah orang lain, orang lain jadi mangsa.. ish ish.. semoga roh dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  4. Hurmmm tak tahu nak ucap apa, orangnya cina.. apapun, ajal memang dtg memang tak diduga... ='(

    ReplyDelete
  5. semoga roh dicucuri rahmatnya..ngeri..huh

    ReplyDelete
  6. simpati kepada keluarga mangsa...

    ReplyDelete
  7. irwan..yup..betul tu..sentiasa beringat

    ReplyDelete
  8. mselim..betul tu..kita kene selalu beringat..sentiasa dektkn diri kepada Allah

    ReplyDelete
  9. kay are..betul tu...kdg2 kite dh pndu selmt pun tp leh kemlgn sebb org lain..xpela dh ajal..

    ReplyDelete