SALAM KEMERDEKAAN 56

in , by Nadia Johari, 17:11:00
hai assalammualaikum

Hari ni hari sabtu, dah 31 Ogos rupanyer..apa yang ada dengan 31 Ogos??..hari kita menyambut Kemerdekaan.you alls sambut merdeka dekat mana..tengok facebook ada yang sambut dekat dataran tengok bunga api..ada yang sambut kat kedai mamak..nad la paling sedih sambut dekat rumah je..hohoho...takda sape nak ajak kuar..pejam celik pejam celik dah 56 tahun kita merdeka..nad plak dah 25 tahun menjadi anak Malaysia..bila tengok cerita berkenaan kemerdekaan mesti rasa terdetik macam mana la orang zaman penjajah di siksa oleh penjajah dan bersatu demi negara..mereka sanggup terkorban demi memberi kemerdekaan kepada negara kita..


Hari Merdeka ( Hari Kemerdekaan ) adalah hari kebangsaan Malaysia memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajah British pada tahun 1957, disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Pada malam 30 Ogos 1957 , orang ramai berkumpul di Kelab Diraja Selangor Padang di Kuala Lumpur untuk menyaksikan penyerahan kuasa dari British. Bendera baru Malaya telah dibangkitkan sebagai lagu kebangsaan Negaraku telah dimainkan. 

Pada pagi 31 Ogos, 1957, perayaan berpindah ke Stadium Merdeka. Mereka yang hadir termasuk raja-raja negeri-negeri Melayu , orang kenamaan , ahli-ahli kabinet persekutuan, dan rakyat.  Tunku kemudiannya membaca Perisytiharan kemerdekaan, yang berakhir dengan melaungkan "Merdeka !" tujuh kali dengan orang ramai yang masuk menyertai majlis diteruskan dengan menaikkan Bendera Kebangsaan Malaya diiringi oleh lagu kebangsaan.

Pada masa itu pasti orang-orang dahulu berasa gembira bercampur sedih kerana akhirnya mereka terlepas daripada penjajah. Tiada lagi siksaan, tiada lagi sakit perit hidup..mereka hanya mahukan kehidupan yang aman damai. Itu yang mereka harapkan sehingga arini ini. Namun kini semakin hari semakin banyak gejala sosial yang tak dapat dibendung. Pelbagai cara dah dilakukan namun masih tiada perubahan. Perubahan akan terjadi apabila diri sendiri sedar akan kesalahan sendiri. 

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA 


 
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. selamat menyambut hari kemerdekaan..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..salam kemerdekaan nad...:)

    padang Kelab Diraja Selangor tu skrg nilah yg dikenali dataran merdeka kn.:)

    selamat hari kemerdekaan nad...:)

    merdeka! merdeka! merdeka!

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut merdeka nad,, muja ni tak de lagi tulis entry merdeka,, tunggu 16 sept laa,, entry merdeka dengan entry hari malaysia,, hehe,,

    ReplyDelete
  4. smbut kt mner? hehe



    dah update jom check

    ReplyDelete
  5. selamat hari merdeka nad.. muja dh 21 tahun jadi anak merdeka :D

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2