CARA MEMUDAHKAN UNTUK BERSALIN

in , , , by Nadia Johari, 16:00:00
hai assalammualaikum




setiap wanita pasti ingin merasa untuk mengandung..mempunyai baby di dalam perut..merasa tendangan baby di dalam perut dan mengikuti perkembangan baby di dalam perut. Setiap ibu pasti ingin sesuatu yang menyenangkan untuk melahirkan anak. Semasa bayi di dalam kandungan, ibu perlu menjaga dengan baik dan sentiasa mengamalkan perkara yang sihat supaya semasa proses bersalin mudah dan tiada masalah. Kata orang kalau hendak melahirkan anak dengan mudah perlu banyak berjalan, yup tu memang betul tapi ade lagi selain itu..nak tau ape..meh nad nak kongsikan..

Sebagai orang Islam, kita disarankan untuk memperbanyakkan zikir, berdoa dan amalan-amalan yang memudahkan untuk bersalin. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian..Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah. Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.


Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititikberatkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.



teringin nak anak kembar

Kemuliaan ibu mengandung 

1. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari
 
2. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
3. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

4. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

6. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
 
7. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Assalamualaikum. thanks sharing this kak nad! insyallah semoga kita dimurahkan rezeki baby banyak-banyak :)

    ReplyDelete
  2. sama2 sheila..amin..semoga sheila akan mendapat zuriat nanti..In Shaa Allah

    ReplyDelete
  3. shark tumpang baca bleh ker nie.
    hehe..
    untuk persedian awal :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum . terima kasih sharingnya . sama-sama kita amalkan dari sekarang . :) insyaAllah .

    ReplyDelete
  5. amboooii,, buat persediaan dah tuu,, hehe

    ReplyDelete
  6. tak lama lagi kak nad dah nak jadi bini org, lepas tu jadi mummy lak.. auuummm jeles la..


    Thanks sharing kak, insyaAllah, menjadi nota untuk ena juga pada satu hari nanti bila masa ena sudah tiba

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..nad :)

    bole tahan..ada surah yg panjang2 jugak tu...hehe :)

    ReplyDelete
  8. in sya Allah..boleh di amalkan..terima kasih

    ReplyDelete
  9. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2